Tuesday, October 20, 2015

Kelebihan Susu Ibu

Susu ibu merupakan susu terbaik di dunia untuk diberikan kepada bayi yang baru dilahirkan. Setiap ibu sudah pasti menginginkan yang terbaik buat anak-anaknya. Saat menyusukan bayi sudah tentu tidak dapat dilupakan oleh seorang ibu dengan keletah anak manja yang comel. :)

Apa kelebihan susu ibu?


1. Ibu cepat kembali ke bentuk badan asal. Cepat mendapat tubuh badan yang diinginkan.

2. Tidak perlu bekalan susu formula ketika keluar. Menjimatkan masa dan space kereta jika ingin travel ke mana-mana.

3. Mengurangkan masalah elergi dan penghadaman bayi (bayi lebih sihat). Anda akan dapat lihat perbezaan antara bayi yang menyusu badan mempunyai imuniti yang tinggi berbanding bayi yang menyusu susu tepung.

4. IQ bayi lebih tinggi.

5. Jimat tanpa membeli susu formula. Susu formula di pasaran tidak kurang juga mahalnya. :)

6. Mengurangkan risiko osteoporosis, kanser payudara & ovari pada ibu.

7. Kandungan nutrisi susu ibu berubah mengikut umur bayi. Subhanallah.

Semoga bermanfaat untuk anda. :)

0 comments:

Post a Comment