Monday, January 25, 2016

Sembelit Semasa Berpantang

 MANGKUK TANDAS PENUH DARAH

Semua wanita yang pernah melahirkan anak pasti ada kenangan kan, Ada yang kenangannya manis. Ada yang pahit. Ada yang ngeriiii~~

Pengalaman saya melahirkan anak pertama memang sangat manis. Yelah...first cahaya mata. Siapa tak Happy kan. Proses bersalin saya pun mudah je. Masuk2 labour room, tak sampai 30 minit dah selesai bersalin. Anak saya pun kecik je. So tak de la susah sangat nak teran. Rasa macam nak membuang air besar je..tup2 tengok baby dah keluar..=)

Tapi....lepas tu yang saya alami pengalaman yang saaaangat ngeriii. Sejak sebelum kahwin lagi memang saya ada sembelit. Kadang-kadang seminggu sekali baru membuang. Tapi tak teruk. Lepas Minum milo, mesti lawas punya. Tapi lepas bersalin anak no 1, sembelit saya jadi teruk sangat.
Ada sekali tu, saya pegi ke tandas nak buang air besar. Lepas membuang, mangkuk tandas tu dah tukar jadi warna merah. Penuh dgn darah!! Seram sangat. Dah la kita ni baru lepas bersalin. Hilang banyak darah. Tambah pulak dengan sembelit. Memang seksa sangat.

Masa berpantang anak nombor 2, saya tak alami masalah ni langsung. Masa tu saya ambil SET BERPANTANG SHAKLE : VITALEA + VITAMIN BCOMPLE + ZINC + ESP + VITAMIN C + OSTEMATRIX.
Alhamdulillah sangat. Takde apa-apa masalah pun. Saya recover lagi cepat dari berpantang anak no 1. Yang paling best, NO SEMBELIT AT ALL!!! Memang saya hairan sangat. So saya pun tanya la Mr Google, kenapa saya dah tak sembelit selepas ambil Shaklee. Baca punya baca...rupanya sebab OSTEMATRIX.

KENAPA OSTEMATRIX KALSIUM ATASI SEMBELIT???

Bagi yang tak tahu apa tu OSTEMATRIX, ia merupakan vitamin yang mengandungi KALSIUM + MAGNESIUM + VITAMIN D. Sebab ni la, pill kalsium shaklee ni YANG TERBAIK BERBANDING PIL-PIL KALSIUM KAT FARMASI. Kandungan Vitamin D dalam Ostematrix ni membantu penyerapan
maksimum kalsium dan membantu menyingkirkan kalsium2 yang terlebih. Ingat! Kalisum tak boleh diambil dalam kuantiti yang berlebihan tau...nanti rosak buah pinggang. Sebab tu penting ada Vitamin D sama. Manakala, MAGNESIUM pulak berfungsi untuk melancarkan pergerakan usus dan meyerap air dalam badan. Ia juga merangsang pergerakan otot.
Usus juga merupakan otot terpanjang dalam tubuh kita. So, bila usus digerakkan, sembelit tak berlaku la...

Haa..best kan ostematrix ni. Sekarang anak no 2 saya dah hampir 2 tahun. tapi saya still lagi amalkan ambil Ostematrix. Selain dari atasi sembelit, Ostematrix jugak baaaaanyak manfaat lain. Especially untuk kaum wanita. - Pn Hafidah


Produk yang diambil:
1. Vitalea
2. B Complex
3. Zinc
4. ESP
5. Vitamin C
6. Ostematrix

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Sunday, January 24, 2016

Keresahan Seorang Ibu Bila Susu Badan Berkurang


 Ini adalah #shakleeeffect saya sendiri.

Dari awal mengandung, saya memang sudah berniat mahu menyusukan anak saya selama yang boleh. Saya nak bagi yang terbaik untuk anak saya. Saya mula mendapatkan info tentang penyusuan susu ibu dari A-Z dari internet mahupun rakan-rakan yang punya pengalaman. Ketika itu, jenama Shaklee ni memang gah di dada-dada page segala group penyusuan yang saya join di Facebook.
Sebagai ibu yang bekerjaya, adalah menjadi lumrah untuk membuat stok susu sebanyak mungkin untuk si manja. Bermulalah kisah peti sejuk yang kebanjiran susu ibu itu. Hihihi.

Tetapi atas kesilapan sendiri yang malu pada mulanya untuk menyusukan anak ketika berada di luar rumah membuatkan stok susu saya semakin hari semakin susut. Sehinggakan stok saya boleh digelar 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' kerana hasil perahan harini adalah untuk kegunaan anak saya keesokan harinya. Anak pula makin hari makin bertambah kuantiti susu yang diminum.
Ketika usia anak saya hampir 7 bulan, perkara yang paling saya takut berlaku, telah terjadi.

Production susu merundum. Jika selalu, saya boleh dapat 10-12oz untuk satu sesi, kini semakin lama semakin kurang. Mulalah usahakan yang alami sahaja. Minum horlicks, air lobak putih malahan halba pun dijadikan air atau dimakan dengan nasi panas. Semuanya menjadi tetapi bila semuanya sudah imune , susu kembali merundum walaupun saya mengepam secara konsisten dan minum air masak yang banyak tetapi masih tidak ada sebarang perubahan. Oh ya, ketika itu ada mencuba fenugreek dari satu jenama yang agak terkenal. Mungkin tidak serasi dengan saya. ianya tetap tidak berhasil.

Suatu hari, pada satu sesi mengepam di pejabat selama 30 minit, saya hanya mendapat 0.5oz sahaja. Ya Allah, masa tu saya menangis. Menangis memikirkan anak saya. Saya tak sanggup untuk memberikan anak saya susu formula. Ketika itu terlintas Shaklee di fikiran. Saya bingkas mengambil telefon dan google set penyusuan. Nahhh.. Berderet blog yang keluar. Saya pilih satu, web yang sangat lengkap. Distributor dari Kelantan. Ternampak button order disitu. Tetapi saya tak mahu. Saya fikir mesti order itu akan dibuat malam nanti. Tak boleh, saya mesti pastikan set itu sampai ke tangan saya ESOK! Saya cari nombor telefon distributor itu dan terus call. Merayu-rayu minta beliau poskan harini juga. Allah, perancanganmu sangat teratur. Saya berjaya mendapatkan set itu pada keesokan harinya.

Set Sokongan Penyusuan
Pada kali pertama saya ambil B complex, Vitamin C, Vitalea dan Zinc, hasil perahan meningkat. Sungguh! Dari 0.5oz meningkat ke 4oz. Saya teruja. Bersyukur sangat walaupun bukan 10oz seperti selalu tetapi sekurang-kurangnya ia meningkat. Ye la, baru hari pertama kan? Saya telah jatuh cinta dengan Shaklee. Dan akhirnya saya telah tambah lagi 2 item dalam set itu.

Hasilnya? Alhamdulillah.. Everything back to normal. Malahan saya mampu membuat stok yang lebih dari biasa. Tiada lagi istilah 'kais pagi makan pagi' saya itu. Saya bersyukur Allah ketemukan saya dengan Shaklee. Saya bersyukur kerana usaha saya untuk memberi yang terbaik untuk si manja dipermudahkan Allah. Hingga kini, saya masih simpan stok beku saya walaupun dah expired (tak sempat habis digunakan walaupun ikut FIFO. Alhamdulillah rezeki anak) kerana ada sentimental value di situ.

Di sini, bagi saya tak salah mencuba asalkan cara itu halal dan tidak membawa kesan buruk kepada sesiapa. Saya yakin dengan Shaklee kerana ia sentiasa selamat dan semulajadi serta berkesan. Sekiranya anda atau kenalan anda mempunya masalah sama seperti saya, jangan malu-malu untuk bertanya. Insya'allah, saya akan cuba bantu anda semampu yang boleh. - Pn Ainur Azura

Produk yang diambil:
1. B Complex
2. Vitamin C
3. Vitalea
4. Zinc
5. ESP
6. Alfalfa

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Saturday, January 23, 2016

Perbezaan Berpantang Dengan Set Bersalin Shaklee



Wah...ramai yang viralkan #shakleeeffect ye...hehe..meh saya nak recall balik tentang pengalaman berpantang saya dengan shaklee.

ONLY A WORD . ' AMAZING'!

Rata- rata kalau orang nampak saya pun mereka cakap kenapa kurus sangat dah..Penat jawab juga. Tapi bestnya sebab dah kembali pada berat asal.

10 bulan menyusukan Aeisyah memang superb feeling sebab hasil susu alhamdulillah meriah, dan pekat. - Rehanwardrobe

Produk yang diambil:
1. ESP
2. B Complex
3. Ostematrix
4. Zinc

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday, January 20, 2016

Cara Mencegah dan Merawat Jerawat



Jerawat biasanya berlaku kepada remaja, kerana pada masa ini tubuh menghasilkan testosteron dan hormon kedewasaan lain yang meningkatkan penghasilan sebum itu tadi.

Jerawat biasanya banyak terjadi di bahagian muka, belakang, dada dan bahu kerana di situ terdapat banyak kelenjar sebaceous.

Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai yang menganggap jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan.

Misalnya makan kacang, coklat boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya faktor-faktor di atas boleh memburukkan lagi keadaan, tetapi bukan punca jerawat.

Cara mencegah jerawat:

1. Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia

2. Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.

3. Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.

4. Dapatkan rehat secukupnya.


Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:

 
1. B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi


2. Vitamin C – menjaga kesihatan kulit


3. Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.


Supplement untuk merawat Jerawat:


1. Vitamin E – membantu mengurangkan parut


2. Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak




3. GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Tuesday, January 19, 2016

Ketahui Manfaat Zinc

Zinc dijumpai paling tinggi kepekatan di dalam SPERMA
  • Meningkatkan sperma - bilangan, karakteristik dan pergerakan
  • Bantu mengurangkan pembengkakan prostat
  • Bantu mengurangkan mati pucuk di kalangan lelaki
Zinc merupakan mineral penting bagi tubuh. Ia merangsang tindakan enzim. Selain memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki.

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, January 18, 2016

Tip Atasi Masalah Rambut Gugur

Bagi ibu yang lepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih ketara kerana:

Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
   
Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
   
Kurang vitamin seperti zinc dan protein
   
Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.


Apa perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah rambut gugur selepas bersalin?


Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
       
Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.

           
Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein. (ini dia vitamin2 dan set syampoo yang bagus untuk kesihatan rambut)

       
Minum air secukupnya
       
Tidur dan rehat yang cukup dan jauhi stress


Sekian tips hari ini :)

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Sunday, January 17, 2016

17 Kebaikan Vitamin Zinc

Tahukah anda?

Zinc merupakan vitamin yang diperlukan dalam aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. Okey sekarang jom baca 17 kelebihan zinc
   
Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
   
Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
   
Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
   
Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
   
Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
   
Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
   
Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
   
Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
   
Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
   
Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
   
Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
   
Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
   
Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
   
Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
   
Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
   
Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Berapa banyak zinc yg anda perlukan? Sila rujuk jadual dibwh.
Birth to 6 months
2 mg
Infants 7–12 months
3 mg
Children 1–3 years
3 mg
Children 4–8 years
5 mg
Children 9–13 years
8 mg
Teens 14–18 years (boys)
11 mg
Teens 14–18 years (girls)
9 mg
Adults (men)
11 mg
Adults (women)
8 mg
Pregnant teens
12 mg
Pregnant women
11 mg
Breastfeeding teens
13 mg
Breastfeeding women
12 mg


Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan*

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia


Continue Reading

Saturday, January 16, 2016

Vitamin Untuk Lelaki


Zinc merupakan mineral penting bagi tubuh. Ia merangsang tindakan enzim. Selain memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki.

Kajian menunjukkan pengambilan asid-lemak Omega-3 dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal selain memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi

Vitamin E berfungsi dalam memelihara kesihatan jantung dan prostat selain meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan sistem tubuh. Ia juga dikenali sebagai vitamin cinta.

Kanser prostat dan sakit jantung adalah SILENT KILLER suka attack orang lelaki. Jadi, sayangilah diri anda dan orang tersayang :)

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Friday, January 15, 2016

Vivix Teman Setia Untuk Ibu dan Ayah


as salam dan selamat pagi..

vivix botol ke dua utk mak dan ayah ena..

ena berikan vivix kpd mak dan ayah start last month masa ada promo vivix
sebab ena nampak kesihatan mak dan ayah macam tak berapa nak ok
selepas sebulan lebih consume vivix shaklee
banyak perubahan pada mak dan ayah..

#shakleeEffect pada MAK
mak ena ada resdung yg teruk..darah tinggi...mata yg asyik berair..tak boleh berdiri lama..tak blh nak duduk lama2 waktu solat..kaki kanan mak terseliuh jd mmg akan rasa sakit selalu wpun sudah berurut..tangan kanan mak selalu kebas2.. nie antara yg ena ingat..banyakkan komplikasi yg mak ena ada..pd setengah org lain nie remeh temeh jea... tapi tidak yea jika dah ada darah tinggi..banyak komplikasi akan ada jika tidak dirawat dari awall..antaranya STROK...bahayakan!!!!
tapi kini mak dah rasa lain..antara sakit yg ena mention tadi dah pulih..tiada lg rasa sakit2..hari khamis nie ena nak bawak mak ena utk buat pemeriksaan, nak tahu baper bacaan darah tinggi mak skang nie...skang nie nak solat lama2 dan duduk mengaji lama2 pun dah takder masalah..Alhamdulillah

#shakleeEffect pada Ayah
ayah ena seorang pengidap gout yg sangat teruk..tak blh salah makan langsung..
jika terletak rencah ikan bilis dalam sayur pun...1/2 jam lepas tu confirm kaki ayah dah bengkak..kalau termakan kuah yang ada ayam pun, lagi teruk keadaan ayah..sampai terpksa merangkak kalau nak ke mana2 sebab kakinya tak boleh nak pijak lantai langsung..ayah cakap klu terpijak lantai tu mcm pijak atas bara api..dasyatkan...
setiap bulan mesti kena buat suntikan untuk redakan kesakitan...
rasa nak menangis tengok keadaan ayah..
lepas ayah consume vivix, keadaan ayah semakin pulih..takderlah sudah pulih sepenuhnya 100% tapi lihat keadaan ayah skang nie, ena happy sebab ayah dah boleh buat kerja2 ringan dan boleh bergerak bebas...ena sajer test ayah..masak sayur dan letak sedikit ikan bilis dlm sayur..
ajaib sangat sebab lepas 1jam ayah tetap boleh gerak macam biasa...syukur sangat2...

Alhamdulillah
nielah #shakleeEffect dr mak dan ayah ena...
kesihatan mak dan ayah kita tidak ternilai harganya dibandingkan harga yg perlu kita kena keluarkan untuk sebotol vivix...
mana lagi MAHAL??...

harga sebotol vivix atau melihat mak dan ayah kita terlantar sakit tanpa dapat buat apa2....
jasa mereka tidak dapat kita membalasnya sampai bila2...
kami sayang mak dan ayah kami - Pn Zarena Heeney

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Thursday, January 14, 2016

Rahsia Ayahku Cergas dan Sihat


Rahsia Ayah Saya Cergas!!!

Dulu ayah antara yang paling susah nak telan ubat ke supplement lagi la jauh.

2 tahun lepas Ayah tekad berhenti merokok secara mendadak!!!

Lepas tu perubahan drastik pada diri Ayah!! Jadi kurus sangat cekung, craving untuk makanan manis-manis aja..dan ngantuk penat lemah semua ada.

Ibu dan adik dah bersuara risau..suruh pi cek hospital memang mencabar juga.

Saya pun amik alternatif untuk paksa ayah makan Vivix, Vitalea dan tambah Oste serta GLA...kongsi makan dengan Ibu!!

Ibu sampai kena suap ayah setiap malam nak make sure ayah konsisten!

Saya bagi tau konsisten baru rasa impak! dan alhamdulillah, masuk tahun kedua dah ayah dan ibu konsisten dan mendapat #shakleeeffect nya!!

Ayah mmg kerja kuat..kehulu kehilir programnya..alhamdulillah, ikhtiar dengan Shaklee..Allah bagi kesihatan Ayah kembali cergas!!

Alhamdulillah, syukur sangat dapat share manfaat Shaklee buat kedua orang tua ku!!!

Moga ayah ibu dan adik serta seluruh keluarga saya dan isteri saya sihat walfiat ikhtiar dengan Shaklee!! - Master Firdaus

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday, January 13, 2016

Variasi Testimonial Vivix


Vivix untuk Mak tersayang yang dah berusia 65 tahun. Alhamdulillah masih kuat dan sihat. Tiada apa yang boleh mengembirakan bila melihat orang yang kita sayang sihat dan kuat untuk terus beribadat. :) - Master Ruziah


"Dulu saya agak kusam,
Kini sy lebih ceria dan lebih muda"
Ini salah satu punca apabila Nana menjadi penggemar Vivix! Semakin kt berusia, semakin tua usia kulit dan organ serta sistem kita.Jadi badan kita ini pun memerlukan khasiat Resveratrol adalah salah satu bahan utama dalam VIVIX yang bertindak membaikpulih DNA Sel dan sekaligus membaikpulih sel, organ dan sistem tubuh badan kita
Best kan ‪#‎shakleeeffect‬ ni?
Makin tua makin sihat
Jom Shaklee! - Master Nana


Alhamdulillah, berkat konsisten pengambilan Vivix, ayah kembali ceria.
Siapa tak risau akan kesihatan orang tuanya yang kini sedang memulihkan diri kesan dari berhenti rokok 3 tahun lepas
Alhamdulillah, ikhtiar dgn Vivix; bertindak menarik keluar segala radikal bebas dari dalam badan
Alhamdulillah; ayah saya kembali ceria dan segar - Master Firdaus

Tumor hilang selepas dua minggu mengamalkan vivix. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Banyak berita gembira yang kita dapat hasil daripada mengamalkan Vivix. Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai dan kita wajib menjaga sebaiknya.


Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Tuesday, January 12, 2016

Ibu dan Ayah Sihat Bersama Vivix



"Tiada apa yang menggembirakan kami bila dapat melihat ibu ayah sihat dan ceria, dapat melakukan aktiviti seharian dengan baik. Betul kan?

Ni kisah ibu saya yang tersalah makan ubat. Niatnya nak sihatkan lutut supaya dapat la cepat hilang sakitnya dan dapat melakukan aktiviti  seharian. Ye, memang cepat sihat tapi kesannya bila ubat diberhentikan...bermulalah..

ibu saya telah mengalami kenaikan berat yang ketara.selera pun naik dan sakit satu badan.yg lebih sedih nak bergerak pun tak boleh..sume dgn bantuan.. nasib ada ayah yg sentiasa disisi.
Hati anak mana tak sedih tengok ibu kesakitan kan..maka kami pun  mengambil inisiatif untuk membeli VIVIX.

Alhamdulillah...botol pertama mama nampak segar.dan setelah botol yang keempat disamping menjaga makan.mama nampak lebih sihat dan berat pun turun.


Kini mama dah kembali beraktiviti. tongkat pun hilang ke mana.hee.. dan paling penting VIVIX masih menjadi teman setia.syukur lihat mama gembira dan sihat kembali.sakit sihat semua dr Allah swt kan..syukur syukur..thank you Allah swt..

p/s: oh ayah saya pun ada mkn vivix.dia kata sekali mkn je terus rasa badan bertenaga..best kan.
that's why I LOVE SHAKLEE " -
Pn Aisyah

Produk yang diambil:
1. Vivix
 
Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
 
Continue Reading

Monday, January 11, 2016

Diabetes dan Vivix : Luka Tertutup Sendiri


"Ni kisah mak mertua sepupu oyun yang dah lama menghidap diabetes..Diabetes dengan luka memang tak dapat dipisahkan..bila luka sikit je, even sikit pun memang susah dan lambat nak baik..
yang paling bahayanya bila mengenangkan risiko infection tu nanti..biarlah penat jerih mencuci luka, asalkan luka tu tak sampai mengundang bala seterusnya..kalau infection, takut merebak, takut kena potong lebih besar kaki tu!

Gambar Jun 2014 tu seminggu lepas potong sikit bahagian jari tu...lukanya asik terbuka dan lambat betul nak tunggu tertutupnya..so..memang kene rajin jaga...dekat 2 bulan jugakla dengan luka terbuka tak baik2..

Bulan Ogos 2014, sepupu oyun nak try dengan Vivix..lepas seminggu,  ALLAHUAKBAR, tertutup terus kulit tu! Punyela lama tunggu je dekat  2 bulan nak baik sendiri luka tu...tak tutup2...lega kan bila takde luka terbuka yang boleh mengundang lebih banyak bahaya tu...

Untuk mereka yang ada family #Diabetes mesti faham perasaan ni...tak tergambar rasanya bila orang yang kita sayang makin sembuh dan sihat..

Alhamdulillah..cousin repeat order #Vivix lagi..Siap double order dengan pakcik lagi tu..katanya pakcik pun nak try vivix yang amazing ni jugak
!" - Pn Ayuney

Produk yang diambil:
1. Vivix
 
Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
 
Continue Reading

Sunday, January 10, 2016

Testimoni Vivix : Slip Disc Kronik

Lagi testimoni menarik berkaitan Vivix. Kisah dari hati. Saya percaya ramai diluar sana ada masalah yang sama. Semoga bermanfaat :)



"Tahun 2015 ni kira dah masuk 3 tahun lebih saya dah tak kerja sejak hujung tahun 2011 lagi.
Pada awalnya saya cuma ambil cuti tanpa gaji kerana kesihatan saya yang agak teruk masa tu. Tapi disebabkan keadaan saya belum stabil saya terpaksa berhenti kerja juga.

Saya telah disahkan oleh doktor pakar orthopedik, mengalami masalah tulang belakang PID (Prolapse Intervetebral Disc) a.k.a Slipped Disc kronik, di mana pada masa itu tapak kaki kiri saya mulai kurang deria rasa.

Saya hanya rasa macam ada sesuatu yang melekat di tapak kaki tetapi sebenarnya tiada apa2. Saya tak dapat rasa apa2 sewaktu kaki memijak clutch kereta.
Pinggang saya sudah semakin sangat sakit. Saya perlu bertahan. Saya teruskan juga pergi ke ofis.

Fikiran saya masa tu hanyalah pergi jumpa doktor yang berhampiran ofis tempat saya kerja, minta surat untuk refer ke doktor pakar orthopedik dan minta cuti tanpa gaji dari bos selama sebulan. Tak kira bos bagi atau tidak saya mesti cuti. Kalau tak bagi juga saya berhenti kerja.

Ya.. itu dah kira 4 tahun yang lepas.

Selama 2 tahun saya berjuang menahan sakit. Saya tak boleh jalan. Tak boleh baring. Tak boleh duduk lama2. Semua serba tak kene. Masa tu saya masih bujang. Mak, abah dan adik2 banyak membantu.

Ketika saya sedang berjuang menahan sakit, saya lebih banyak duduk di tikar sejadah. Lepas subuh terus dhuha. Tenang sangat masa tu. Walaupun setiap pergerakan saya sangat sukar dan sakit namun setiap kali berbual2 dengan Pemilik Sekalian Alam ini hati sentiasa tenang dan lapang. Seolah hilang segala kesakitan dan kesusahan.

Setelah lama saya sendirian, asbab sakit yang saya alami, Allah temukan jodoh saya dengan seorang lelaki yang sangat budiman. Itulah suami saya.
Ya.. betul janji Allah. Setiap kesulitan itu diiringi dengan kemudahan. Saya sakit, terlantar, Allah temukan jodoh yang bertahun2 saya cari dan tunggu. Alhamdulillah.. syukur ya Allah...
Asbab sakit dan jodoh pula..saya ditemukan dengan Shaklee. Ya Shaklee..

Satu jenama yang sudah lama juga saya cari sebab saya tahu jenama ini mempunyai produk yang baik. Mak banyak kali cerita tentang Shaklee. Mak kata mak pernah beli minyak ikan Shaklee untuk adik istimewa. Masa tu mungkin sekitar tahun 2007. Saya pun tak pasti. Saya masih bersekolah masa tu.

Ada perubahan yang memberangsangkan. Sebab tu saya cari semula jenama Shaklee. Kami sangkakan produk Shaklee ni dah tak ada lagi. Bila tahu ada lagi rasa gembira sangat.

Saya mula makan vitamin Shaklee semasa dalam pantang. Sebab nak tambah pengeluaran susu badan. Saya ambik ESP dan Alfalfa.
Tetapi masa tu rasa macam tak menjadi. Namun saya teruskan juga. Lama kelamaan saya rasa susu saya semakin pekat. Walaupun tak banyak seperti orang lain tetapi anak saya tetap dapat menyusu. Dan semakin lama pengeluaran susu bertambah. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Masa dalam pantang saya rasa sangat tak sihat. Mungkin kesan sakit tulang belakang saya. Manakala jari dan pergelangan tangan kiri saya pula kebas dan sangat sakit hingga tak boleh disentuh. Saya berasa sangat sukar untuk mengangkat dan menguruskan anak saya pada masa itu. Tiap kali nak mengangkat anak untuk disusukan saya akan mengalirkan air mata menahan kesakitan.

Dalam masa yang sama bila ada rezeki lebih saya akan beli lagi vitamin Shaklee. Sedikit demi sedikit saya tambah.

SR Vitamin C,
Vitalea,
B Complex,
Vitamin E,
GLA,
Zinc Complex,
Peppermint-Ginger,
Herb Lax,
Omegaguard,
Lecithin,
Garlic
Vivix

Maaf terlalu banyak pula
Bukan saya seorang yang makan. Ahli keluarga saya ikut makan juga. Sehinggalah pada suatu masa saya kumpulkan semangat mengikat perut untuk beli dan mencuba Vivix. Upline saya, saya biasa panggil beliau Kak Shareena cadangkan saya mencuba Vivix untuk masalah PID ini.

Alhamdulillah. Dapat juga beli masa promosi Vivix sebelum ni. Satu botol je mampu nak beli. Memang agak mahal. Tapi demi kesihatan dan anak saya, saya perlu ketepikan harga tu. Kesihatan lebih penting.

Seminggu selepas makan Vivix dan Omega (vitamin2 lain ada makan juga tapi saya utamakan Vivix dan Omega dulu), sakit dipergelangan tangan kiri mulai berkurang. Lama kelamaan selepas habis satu botol Vivix dalam tempoh sebulan saya tak perasan yang sebenarnya jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih. Dan pada 15hb Januari 2015 doktor orthopedik telah sahkan jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih sepenuhnya. Doktor seperti tidak percaya kerana saya tidak makan sebarang ubat tahan sakit ataupun membuat fisioterapi. Subhanallah. Alhamdulillah.

Kini sakit belakang, pinggang masih ada tetapi keadaan kesihatan saya sudah jauh beza dari dahulu.

Saya sudah boleh berjalan, sudah boleh buat kerja rumah lebih sedikit, lebih sihat dan cergas berbanding dahulu, kulit wajah saya lebih sihat dari sebelum ni. Dulu kusam dan berjerawat. Masalah keputihan dah tiada. Masalah dalaman wanita dapat di atasi. Daya ingatan saya semakin baik.

Pendek kata Syukur Alhamdulillah kerana banyak masalah kesihatan saya menunjukkan perubahan yang ketara secara keseluruhannya.
Begitulah.. Satu langkah yang kecil dapat membantu ke arah satu perubahan yang besar. Bantu diri untuk bantu orang lain. InsyaAllah kita mampu mengubahnya." - Pn Min

Alhamdulillah. :)
Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading