Thursday, November 19, 2020

Kolestrol Turun Mendadak

 KOLESTROL TEGAR MAK DAH TURUN

Mak faezatul ada masalah kolestrol tinggi. Dah bertahun-tahun 'liat' & ketegaq tak mau nak turun.
Kalau tengok yang sebelah kiri atas , tu result bacaan kolestrol mak 6 tahun lepas (8.8 mmol). Tinggi! Tinggi sangat! 
 
3 tahun lepas tu (21/2/2014) mak pi check lagi. Gambar sebelah kanan atas, result bacaan kolestrol masih lagi tinggi! 7.6 mmol
 
Mak sedih. Pastu lama mak 'merajuk' tak mau pi farmasi check kolestrol lagi. 
 
Awal tahun ni, 12/1/2017 mak ajak faezatul pi farmasi lagi. Nak pi check kolestrol, mak kata, "lama tak check.."
 
Result yang sama, merobek jiwa mak.. Lagi tinggi bacaan kolestrol mak. 7.71 mmol.
 
Lepas tu mak tanya faezatul "Along, Shaklee nie ada dak untuk bagi turun kolestrol? "
 
Faezatul cadangkan OMEGA GUARD & PHYTOCOL ST (set kolestrol).
 
Mak cakap nak try omega dulu. Lepas sebulan, baru mak ambik Herblax untuk masalah sembelit & nak tukar produk jugak sebenarnya.
 
Tak mau dah guna jamu moden yang dah 25 tahun mak ambil tu.. Boleh tahan mahal jugak harganya.. 
 
Mak konsisten ambik omega & herblax selama hampir 5 bulan. 
 
Manfaat Omega Guard

 
Manfaat Herblax

 
Pagi tadi, 30/5/2017 sekali lagi pi check bacaan kolestrol mak. Tak expect apa2 pun sebenarnya. Redha jaa..
 
Tapi.......
 
Terkejut sungguh mak bila dapat tau result bacaan kolestrol dia dah turun! Dari dok angka 7-8 jaa..
 
Hari ni dalam sejarah, result kolestrol mak jadi 5.98 mmol !!
 
Separuh menjerit mak dalam farmasi tu sebab seronok sangat tadi. Dengar suara mak jaa dalam farmasi tu tadi.. Jenuh bagi hint, suruh mak slow down suara.. 😁😁
 
Mak siap tanya "mesin ni rosak ka dik? " dekat staf farmasi tuu.. Staf tu pulak jawab "eh dak eh.. tak rosak pun mak cik.." 😂😂😂
 
Seronok sungguh mak sampai dalam perjalanan balik tadi dok ulang2 yang tu ja..
 
"Kolestrol mak turun! Kolestrol mak dah turun.. Ya Allah.. Seronoknya.. "
 
Alhamdulillah.. Akhirnya..Turun jugak kolestrol mak. 😊
Continue Reading

Tuesday, November 17, 2020

Kehidupan Yang Lebih Baik

 

Bagaimana yang dikatakan kehidupan yang baik?

Kajian daripada KWSP menyatakan kehidupan yang baik adalah bila:
 
1. Mempunyai duit yang cukup untuk perbelanjaan keperluan asas
 
2. Ada masa bersama keluarga, kawan-kawan.
 
3. Terlibat dalam aktiviti kominiti
 
4. Hidup bermakna dan memberi manfaat pada orang lain.
 

 
Tahap hidup dulu dan sekarang jauh dah berubah. Dulu roti canai 80 sen sekeping, sekarang dah RM1.20 sekeping. Dulu mak kita bagi duit sekolah RM1 sekarang kita bagi anak duit sekolah RM3.
 
Jadi nak tak nak, kita kena berusaha untuk tingkatkan atau tambah pendapatan. Ni perkara yang paling susah semua orang nak buat. Tapi tak mustahil.
 
Cara terbaik untuk tambah oendapatan adalah dengan memulakan perniagaan anda sendiri atau orang jawa kata ‘start your own bisnes’.
 
 
Macam Kak Ngah, Kak Ngah suka berkongsi tentang produk kesihatan.
 
Kenapa?
 
Sebab kehidupan yang baik adalah dengan mempunyai kesihatan yang baik.💕
 
Apa pun perniagaan yang kita buat, niatlah kerana Allah. InsyaAllah keuntungan yang kita dapat tu lebih berkat dan semoga Allah jadikan kita peniaga yang bertaqwa.💕
Continue Reading

Monday, November 16, 2020

Kau Lebih Baik Dari Aku

 

Kau lebih baik dari aku!

Pernah tak kita bergaduh? Berselisih faham antara satu sama lain? Berselisih pendapat?
 
Nak kongsikan 1 kisah ringkas para sahabat iaitu Abdul Rahman bin Auf dan Talhah.
 
Ketika ke dua sahabat ini berselisih pendapat, hubungan mereka agak renggang dan suatu ketika, ketika Talhah jatuh sakit, Abdul Rahman pergi ziarah Talhah dan ketika itu Talhah berkata, “ Wahai Abdul Rahman, engkau lebih baik dari ku.”
 
Kenapa Talhah berkata sedemikian?
 
Kerana ketika Abdul Rahman sakit, Talhah tak gi ziarah pun. Dan sebab itulah dia merasakan Abdul Rahman jauh lebih baik darinya.
 
Perlu berjiwa besar, perlu berlapang dada. 
 
Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dipermudahkan rezekinya dan ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah dia menyambungkan tali silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Our Children : Zafran Zara Muna Zeydan

 
Continue Reading

Sunday, November 15, 2020

Cabaran Virtual Run Bersama Geng Lari Shaklee

 


Dulu, nak bersenam keluar peluh punyalah becinta. Alhamdulillah sejak join vitual run jadi rajin bersenam dan rasa berbaloi. Pagi-pagi Kak Ngah akan buat fast walk depan tv dalam rumah je bersama anak-anak. Nak menggayakan gaya hidup sihat ni tak susah pun, yang penting niat kita. Moh ler kita jaga kesihatan kita ni sementara masih sihat.
 
Hari ni sebenarnya nak buat task sempena #15kmdone jadi Kak Ngah kena pilih 1 supplemen yang Kak Ngah paling suka. Of course la Kak Ngah akan pilih OMEGA GUARD!
Kenapa Omega Guard?
 
10 Manfaat Omega Guard

 
 
📍Salah satunya Omega Guard Shaklee diiktiraf oleh friend of sea. Ini menandakan, minyak ikannya adalah tang berkualiti tinggi.
 

 
📍Omega guard semestinya lengkap dengan EPA dan DHA yang mana ianya sangat penting untuk fungsi kognitif otak. Boleh beri pada anak-anak kita untuk bantu mereka fokus dalam pelajaran.
 
📍Ianya juga anti-radang. Juga boleh mencegah ekzema. Anak Kak Ngah yang no 4 suka ambil Omega. Alhamdulillah sangat membantu dalam masalah ekzema.
 
📍Yang nak kurus, boleh ambil Omega Guard. Bantu tingkatkan metabolisme, membekalkan lemak baik untuk bakar lemak jahat yang tidak perlu.
 
📍Of course Omega ni penting untuk support kesihatan jantung, otak dan sendi kita.
 
Fuh! Sangat banyak manfaat Omega Guard ni. Sebab tu la Kak Ngah sayang sangat kat dia. Bukan sayang nak makan, tapi sayang kalo tak makan 😂. 1 kelurga boleh makan tau. Dari yang umur 1 tahun hingga berusia. Penting untuk kita jaga lifestyle yang lebih sihat untuk hidup lebih bermakna di kemudian hari. InsyaAllah. Pada Allah kita bermohon dan berserah. 💕
Continue Reading