Saturday, June 30, 2012

Testimonial Puan Nadiah : Breastfeeding Set 3M

Assalamualaikum.

Harini Nad nak share supplements yang Nad makan untuk breastfeeding.


Nad menggunakan breastfeeding set Shaklee, nama dia Set 3M. Nad makan sejak Zahin umur 1 bulan sebab masa tu susu merudum sebab Zahin ada prolong jaundice. Doktor suruh kasi Zahin FM for 1.5 day :(


Disebabkan kurang ilmu tentang breastfeeding, Nad pump sekali je masa Zahin diberi FM tu. Patutnya untuk maintain susu, Nad kena pump sama macam keperluan Zahin. Sebab supply susu badan adalah bergantung kepada demand baby. Lagi sikit kekerapan Nad pump, lagi sikit lah susu. So merudumlah susu masa tu. Gelabah nak cari milk booster. Lepas baca reviews dan testimonials online, Nad pun decide nak cuba breastfeeding set Shaklee.


Set 3M yang Nad amalkan sejak Zahin berusia 1 bulan

Perubahan Yang Dirasakan


1. 
Pening-pening pada 5 hari pertama selepas consume. Sebab berlaku healing crisis. Tapi takdelah sampai tak boleh buat kerja :D

2. Lil Zahin menyusu sekejap je dah kenyang. Sebelum ni menyusu around 20 - 45 min, kadang sejam. Sekarang tak sampai 10 min pun, sebelah je pulak tu. Rupanya 
susu semakin pekat.

3. Masa let-down reflex (LDR), susu memancut keluar. Dulu menitik-nitik saje :D Means 
susu banyak la kan :) Tak dapat nak tunjuk hasil pump sebab saya direct feeding saja hehe. 

4. Dulu muka lil Zahin banyak biji-biji kecil. Bila saya tanya Ummi saya, dia kata masa saya baby dulu pun macam tu. 
Sampai ada orang cakap macam udang kena bakar. And bila time lil Zahin ni, ada jugak orang cakap macam udang kena bakar! Haha. Like mother like son :P Tapi lepas consume Shaklee ni, biji-biji tu dah semakin hilang :D Alhamdulillah.

Sebelum consume, usia lil Zahin 22 hari. Banyak biji-biji kat muka. Kesian :(


Selepas sebulan consume, usia lil Zahin 51 hari. Dah takde biji-biji!


Selepas 2 bulan consume, usia lil Zahin 87 hari. Semakin licin :D

5. 
Berat badan lil Zahin bertambah dengan pesat. Haha. Masa 1st month, berat lil Zahin naik 0.6 kg je. Masa tu baru 5 hari consume Shaklee. 2nd month naik 1 kg dan 3rd month naik 1.4 kg. Dan bulan2 seterusnya memang bam2. Masa 6 bulan berat 8kg. Semua cakap Zahin bam2. Hehe.


7 months old, 8.3kg. Berat mula tak naik banyak sebab dah boleh merangkak dan meniti perabot. Nak mula jalan.


6. Bila BF ni kita cepat lapar kan? Tapi since consume Shaklee ni, jarang sangat lapar! Dulu kejap-kejap je perut bunyi kriuk kriuk hehe. 



7. Senang nak lena di malam hari dan bangun di pagi hari walaupun badan penat menguruskan rumahtangga dan bangun malam-malam bf Zahin dengan posisi duduk (tak reti posisi lain walaupun dah setahun lebih dah umur Zahin hehe). Siang tak tidur langsung. Bangun awal tidur lewat tapi masih energetic. Dan Nad selalu sakit pinggang sejak umur 12 tahun lagi. Now takde lagi. Alhamdulillah :)



8. Masa Zahin umur 3 bulan, badan Nad dah back to pre pregnancy weight. Lepastu dah turun to my most ideal weight dan maintain until now. Kalau orang jumpa Nad skrang, termasuk lah kawan masa skolah menengah, selalunya akan cakap "Kurusnya Nad!!" Err..beza sangat ek ngan waktu sblm pregnant? Or even masa skolah dulu? Hehe Nad rasa lemak kat pipi yang kurang tu kot :P



Nad semasa Zahin berumur 1 tahun 1 bulan. Berat 45 kg. 5kg kurang dari pre pregnancy weight. Hehe


Alhamdulillah sampai sekarang umur Zahin dah 1 tahun 6 bulan, Nad masih consume lagi. Sebab ianya penting untuk Nad. Ya, supplements ni ialah untuk kesihatan ibu yang menyusukan itu sendiri.

Sebab susu ibu dah confirm lengkap dengan segala nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran baby. Tapi kalau kita yang makan tak cukup khasiat, kita lah yang akan terasa kesan dia. Sebab apa yg kita makan semua dah masuk dalam susu kita untuk kebaikan baby. Bila tak cukup khasiat, mulalah rasa letih, stress, sakit pinggang, gigi rasa longgar macam nak luruh, rasa bisa kat tumit, etc. So better Nad amik supplement sekarang untuk maintain sihat sehingga kemudian hari :) Credits.

Menarikkan pengalaman yang diceritakan Puan Nad ni :)

Setelah consume Shaklee, susu jadi pekat dan banyak, kulit jadi licin, berat baby bertambah, mom jarang lapar, senang nak lena dan bangun pagi hari, sakit pinggang hilang. Alhamdulillah. :)

Apa yang terkandung dalam set 3M ni?
-Vita-lea
-Vitamin C
-B Complex
-Alfalfa Complex
-Ostematrix
-Energizing Soy Protein (ESP)

Next Wani akan kongsikan khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya setiap supplement set 3M. InsyaAllah.

So, sesiapa yang berminat dengan breastfeeding set 3M ni bolehlah PM di facebook atau emel wanipc@gmail.com dan untuk reply yang cepat, boleh sms/whatsapp Wani di 019-658 1210 :)

TQ! :D



Continue Reading

Friday, June 29, 2012

berusaha nak optimumkan susu badan

Assalamualaikum :)

Hi, seperti yang dijanjikan sebelum ni, Wani nak kongsikan pengalaman selepas mengambil supplement Shaklee. Wani ambil set breastfeeding 3M. Alhamdulillah syukur, kalo sebelum ni my lil Zafran asyik terbangun je malam-malam (xnyenyak) sebab lapar. Alhamdulillah sekarang da bleh tido nyenyak sebab Zafran menyusu susu ibu :D Ibunya pun rasa cergas bila bangun pagi2 da xrasa sakit2 badan. Alhamdulillah.

Sebelum ni Wani campur susu. Kadang susu ibu, kadang susu formula. Rasa mcm lebih kpd susu formula je sbb susu badan xbyk sgt. Kesian kat Zafran :( Wani usaha macam2 nak kasi banyak susu tapi hasilnya sama juga.

Kebetulan kat facebook ada friend yang post bagaimana ingin mengoptimumkan susu badan, Wani pun cepat2 la baca nak tahu. Ada juga Wani search kat google. Rasa xsabar plak nak makan supplement yang disyorkan tu. Testimonial yang diberikan amat positif. Now, Wani salah seorang Independent distributor for Shaklee product :)

Sesiapa yang berminat boleh la PM wani kat facebook. Klik badge facebook kat sebelah kanan page ni yea. Boleh juga emel di wanipc@gmail.com dan untuk reply yang lebih cepat, boleh whatsapp/sms 019-658 1210 :)

Next entry Wani akan kongsikan pengalaman mom2 lain yang telah menggunakan Shaklee produk :)
Continue Reading

Thursday, June 28, 2012

Betul ke bagus susu ibu ni?

Assalamualaikum :)

Subhanallah...soalan apakah ini? :D

Kewajipan ibu menyusukan anak terkandung dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan (bapa pula) memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya, tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya..." - surah al-Baqarah: 233.

Alhamdulillah sehingga ke hari ini Wani masih dapat lagi menyusu Zafran. Sekarang umur Zafran 1 tahun 3 bulan. Lagi 9 bulan untuk susukan Zafran. Harap-harap dapatla susukan Zafran hingga umurnya cukup 2 tahun.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, susu ibu adalah susu yang terbaik didunia.  AIR susu ibu merupakan minuman berkhasiat untuk bayi terutama susu awal ibu iaitu susu yang mula-mula sekali keluar selepas seseorang wanita melahirkan anak.

Khasiat susu awal ibu dikaitkan dengan kandungan kolestrum yang berwarna kekuningan. Ia membekalkan antibodi daya tahan penyakit yang kuat kepada bayi.

Bayi yang minum susu ibu juga dipercayai mempunyai personaliti dan memiliki emosi yang stabil. Amalan menyusukan bayi turut berfaedah kepada ibu dalam membentuk tubuh yang langsing selepas bersalin, membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari.

Walaupun susu ibu terhasil secara semula jadi, ibu perlu pastikan pada waktu ini pemakanan mereka diberikan perhatian sewajarnya supaya kualiti susu berada pada tahap terbaik dengan mengambil makanan berkhasiat selain menghindari teh dan kopi kerana ia dikatakan menyebabkan bayi menjadi terlalu aktif.

Ambil hidangan seimbang dengan makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien seperti kalsium, zat besi, iodin, zink dan pelbagai vitamin. Jangan lupa, lebihkan minuman menjamin bekalan mencukupi untuk tubuh ibu sendiri serta penghasilan susu. - credits.

p/s: Susulah anak anda selagi termampu. Next entry, berusaha untuk mengoptimumkan susu badan dan alhamdulillah terjumpa produk yang amat berkesan :D
Continue Reading

Wednesday, June 27, 2012

Kesihatan adalah anugerah

Assalamualaikum :)

Hi, Wani wujudkan blog ni adalah untuk berkongsi berkaitan dengan kesihatan. Kesihatan adalah satu anugerah yang perlu disyukuri. Ianya tidak ternilai hebatnya jika nak dibandingkan dengan wang ringgit yg banyak. Justeru itu, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana 'sihat' merupakan anugerah berharga dari Allah swt. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu" (Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi di sini insya'allah Wani akan berkongsi bagaimana ingin menangani permasalahan berkaitan kesihatan, apakah supplement yang perlu diambil? Bagaimana ingin menanganinya? Juga tips-tips yang berkesan. 

"sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati". So, sesiapa yang merasakan diri masih kuat, bertenaga sementara masih muda ni, eloklah kita berusaha untuk mengekalkannya. Insya'allah.

Keep smilling :)

Insya'allah. Next entry Wani akan kongsikan tentang kebaikan susu ibu dan story macam mana boleh terpikat dengan produk Shaklee dan juga pengalaman setelah mula consume. :)
Continue Reading