Thursday, June 28, 2012

Betul ke bagus susu ibu ni?

Assalamualaikum :)

Subhanallah...soalan apakah ini? :D

Kewajipan ibu menyusukan anak terkandung dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan (bapa pula) memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya, tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya..." - surah al-Baqarah: 233.

Alhamdulillah sehingga ke hari ini Wani masih dapat lagi menyusu Zafran. Sekarang umur Zafran 1 tahun 3 bulan. Lagi 9 bulan untuk susukan Zafran. Harap-harap dapatla susukan Zafran hingga umurnya cukup 2 tahun.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, susu ibu adalah susu yang terbaik didunia.  AIR susu ibu merupakan minuman berkhasiat untuk bayi terutama susu awal ibu iaitu susu yang mula-mula sekali keluar selepas seseorang wanita melahirkan anak.

Khasiat susu awal ibu dikaitkan dengan kandungan kolestrum yang berwarna kekuningan. Ia membekalkan antibodi daya tahan penyakit yang kuat kepada bayi.

Bayi yang minum susu ibu juga dipercayai mempunyai personaliti dan memiliki emosi yang stabil. Amalan menyusukan bayi turut berfaedah kepada ibu dalam membentuk tubuh yang langsing selepas bersalin, membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari.

Walaupun susu ibu terhasil secara semula jadi, ibu perlu pastikan pada waktu ini pemakanan mereka diberikan perhatian sewajarnya supaya kualiti susu berada pada tahap terbaik dengan mengambil makanan berkhasiat selain menghindari teh dan kopi kerana ia dikatakan menyebabkan bayi menjadi terlalu aktif.

Ambil hidangan seimbang dengan makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien seperti kalsium, zat besi, iodin, zink dan pelbagai vitamin. Jangan lupa, lebihkan minuman menjamin bekalan mencukupi untuk tubuh ibu sendiri serta penghasilan susu. - credits.

p/s: Susulah anak anda selagi termampu. Next entry, berusaha untuk mengoptimumkan susu badan dan alhamdulillah terjumpa produk yang amat berkesan :D

0 comments:

Post a Comment