Showing posts with label Set Hamil Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Hamil Shaklee. Show all posts

Wednesday, April 18, 2018

Susu Meriah Semasa Berpantang


SEMASA BERPANTANG
  • Susu meriah dan pekat
  • Dapat simpan stok susu banyak
  • Anak tidur lebih lena

Saya suka guna mealshake dan esp masa berpantang best sangat2 susu meriah dan pekat. Dapat simpan stok banyak berbaloi sangat...yang penting malam anak x kacau tido saya..anak tido lena - Pn Faezah



 

Manfaat ESP dan Meal Shakes semasa berpantang:
  1. Membantu menghasilkan hormon dalam badan, serta membina sel-sel dalam badan. Hormon oxytocin dan prolactin adalah sangat penting kepada ibu menyusu.
  2. Komponen utama susu ibu adalah protein (selepas air). Justeru protein adalah penting untuk penghasilan susu. Kurang protein boleh menyebabkan ibu mengalami masalah kurang susu.
  3. Membantu penyembuhan luka secara menyeluruh.
  4. Membantu memekatkan susu, justeru bayi lebih cepat kenyang dan kurang meragam.
  5. Mengenyangkan dan memberi tenaga.

Alhamdulillah

#shakleebywanipc



Info & Order
017 2050 991
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Continue Reading

Friday, September 15, 2017

Ostematrix Untuk Ibu Mengandung

Ostematrix merupakan supplemen yang terdapat dalam Set Ibu Mengandung. Sesuai untuk ibu-ibu amalkan Ostematrix untuk mendapatkan sumber kalsium yang mencukupi untuk diri sendiri dan juga bayi yang dikandung.

Kalsium sering dikaitkan dengan kesihatan tulang dan gigi. Tulang adalah sistem sokongan badan kita. Jadi adalah penting untuk kita menjaganya supaya sihat dan kuat. Lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung, kerana kalsiumnya dikongsi bersama bayi dalam kandungan.


Kandungan dalam setiap pil Ostematrix mengandungi:
  1. Kalsium - Blok binaan untuk tulang 
  2. Magnesium - Membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang
  3. Boron - Membantu metabolisme tulang
  4. Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
  5. Tembaga, Zink dan Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang

Mengapa kalsium penting semasa hamil?
  • Bayi yang berkembang dalam rahim ibu memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat. 
  • Kalsium juga membantu bayi membesar dan membentuk jantung, saraf dan otot yang sihat.
  • Jika protein digunakan badan untuk membina otot, kalsium pula membantu otot lebih sihat. Oleh sebab itulah, dalam set ibu hamil shaklee mengandungi ESP Shaklee untuk sumber protein dan juga kalsium
  • Kalsium juga perlu untuk membangunkan irama jantung yang normal dan kebolehan pembekuan darah.
  • Walaupun garis panduan umum adalah 1,000 miligram sehari (bersamaan dengan tiga gelas susu), wanita yang mengandung atau menyusu memerlukan lebih banyak - 1,200 hingga 1,400 miligram sehari. 
 Ostematrix dalam set mengandung Shaklee

Pengambilan setiap vitamin dalam kuantiti yang sesuai akan membantu mencukupkan khasiat yang diperlukan oleh ibu hamil dan juga anak dalam kandungan. InsyaAllah

Boleh hubungi saya jika ada pertanyaan berkenaan dengan supplemen Shaklee. :)

Terima kasih

Nak tanya tentang Shaklee?

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Tuesday, August 8, 2017

Testimonial : Ikhtiar Hamil Dengan Shaklee

IKHTIAR HAMIL DENGAN SHAKLEE.





Customer ni ikhtiar hamil dengan Shaklee. Alhamdulillah, sekarang dah hamil 19 minggu.

Disahkan cyst dan sukar preggy. Perlu jalani operation untuk buang cyst.

Doktor suggest untuk ambik GLA & B Complex Shaklee. Selepas ambil 2 botol ni Cyst mengecut Alhamdulillah dan operation dibatalkan.

Makan tak sampai sebotol GLA, Positif Pregnan. Alhmdulillah dengan Kuasa Allah dan ASBAB Shaklee.

Dia teruskan dengan set hamil shaklee. Apa yang dia sharing :-

  •  Tak ada kencing manis (walaupun ada keturunan)
  •  Tak ada kencing kotor
  •  Hb cantik
  •  Setiap kali checkup semua ok
  •  Set hamil shaklee berbaloi

Set hamil Shaklee

Trimester1

💐ESP
♻ memberikan tenaga berpanjangan
♻ kulit ibu dan bayi cantik, gebu, bersih

💐 B-COMPLEX (asid folik) (120biji)
♻ melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang
♻ menghalang ibu dari risiko kanser dan strok

💐 VITA-LEA (120biji)
♻ mengelakkan masalah anemia ataupun kekurangan sel darah merah
♻mengurangkan risiko bayi pra-matang dan masalah bayi kurang berat badan

💐 VITA-C (180biji)
♻ mengurangkan risiko demam ataupun selsema

💐 OSTEMATRIX (120biji)
♻ membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat untuk ibu dan bayi
♻ mengelakkan kekejangan

Tambah semasa Trimester 2
💐 OMEGA GUARD (90biji)
♻ membantu perkembangan otak bayi

#sethamilshaklee

Nak tanya tentang Shaklee?

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Sunday, November 29, 2015

Testimonial Set Hamil Shaklee

"Waktu pregnant arwah anak ketiga awal 2012, sy pre eclampsia dan hypertension stage 3 (bacaan Systolic (mm Hg) sehingga 240+). Perlu makan berjenis2 ubat (antara yang saya ingat Atenolol & Propranolol) untuk kurangkan tekanan darah tinggi & diletakkan di bilik berasingan, bilik hypertension.

Lepas bersalin, saya mula migrain. Migrain yang teruk, hantukkan kepala, tarik rambut sendiri kononnya nak kurangkan sakit. Saya rasa itu effect dari ubatan waktu pregnant cause sebelum ni saya tak pernah #migrain sampai berdenyut-denyut satu kepala. Kerja terganggu, menangis je la tahan sakit.

Awalnya tak nak ambil pain killer kerana bimbang ada effect jangka panjang. At last terpaksa ambil cause tak tahan sangat sakitnya..hanya Allah swt yang tahu...

Sehinggalah saya try shaklee masa saya pregnant anak ke 5 akhir 2013 (masa anak ke 4 belum kenal Shaklee).. saya consume set pregnant: ESP, B Complex, Ostematrix,  Vitamin C dan Omega Guard. Lepas consume dalam 3 bulan baru saya perasan migrain dah lama tak menyerang. Sakit kepala yang teramat tu dah hilang. Hilang terus! Macam miracle je... (now dah 10 bulan tak migrain..Alhamdulillah)

Bila fikir balik...ohhhh rupanya set yang saya ambil tu juga set migrain iaitu B Complex dan Ostematrix. Set ni bukan untuk hamil je, multifunction tau.. Alhamdulillah lega sangat bila sendiri dapat merasa perubahan positif...mudahan dijauhkan dari migrain sampai bebila...aamin..
 

**berpantang pun masih ambil set sama..penjimatan di situ..bagus kan Shaklee" - Pn Fiqaz


Produk yang diambil:
1. ESP
2. B Complex
3. Ostematrix
4. Vitamin C
5. Omega Guard

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Tuesday, September 8, 2015

Susu untuk ibu hamil

Susu untuk ibu hamil adalah sangat penting untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan janin dalam kandungan. Susu juga membantu mengurangkan rasa mual dan muntah yang berterusan.

Ketika hamil anak yang pertama suatu ketika dahulu, saya jenis yang tidak suka minum susu. Disebabkan keterpaksaan, saya minum susu HL strawbery :D



Alhamdulillah boleh masuk ke tekak saya pada masa tu. :)

Bila masuk mengandung anak ke dua, saya tidak perlu risau lagi kerana saya mengamalkan pengambilan ostematrix Shaklee. Tablet kalsium yang direka khas untuk penyerapan maksimum ke dalam badan.



Ostematrix membuatkan saya bertenaga setiap kali bangun tidur, lawas, cramp kaki tidak pernah berlaku sewaktu hamil, morning sickness boleh dikatakan tidak ada. Alhamdulillah.

berikut adalah petikan yang saya ingin kongsikan dengan anda apa yang diperkatakan oleh Dr Zubaidi tentang keperluan susu untuk ibu hamil DI SINI.



Ingin dapatkan pil kalsium anda?


Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)
Continue Reading

Monday, September 7, 2015

Bertenaga semasa hamil

Ramai yang ingin bertenaga ketika hamil. Tidak dinafikan, sesetengah ibu mengalami fasa-fasa tertentu semasa kehamilan. Ada yang menyeronokkan dan sebaliknya. :) Biasalah tu. Saya juga mengalami fasa-fasa yang sama.

Morning Sickness
Biasakan, mula-mula dalam 3 bulan pertama, tentu akan ada muntah-muntah, tak larat nak makan, dan sebagainya. Bila dah tak larat tu yang membuat badan letih, jadi lemah, dan paling bahaya boleh mudaratkan kesihatan ibu, dan juga secara tak langsung kepada bayi.
    
Cramp Kaki
memang tak dapat dinafikan, cramp kaki, masa tidur, bangun je tengah malam rasa sakit kaki sangat-sangat, itu petanda kekurangan kalsium, sebab anak pun perlukan kalsium dari ibunya.
    
Berat Badan Naik
memang naik tu biasa, tapi ada yang naik secara luar biasa, itu yang dipanggil diabetes type 3, atau GDM, yang ni memang diabetes yang sangat-sangat menghantui setiap ibu mengandung.

 Ada banyak cara nak atasi keletihan dan penat ketika hamil. Antaranya adalah
 
Tidur sebentar di tengah hari dan tidur awal di waktu malam. Bila penat badan memang memerlukan rehat. Jangan paksa untuk bekerja lebih waktu.
   
Jaga makan. Elakkan makanan yang tidak berkhasiat kerana ibu hamil perlukan kalori tambahan setiap hari. Cara makan yang betul iaitu makan yang sedikit tapi kerap boleh bantu badan untuk sentiasa bertenaga. Paling mudah, amalkan ESP yang kaya dengan protin. Kenyang, memberi tenaga dan membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan.
    
Kerap minum air untuk elak badan terhidrat. Ibu hamil juga boleh cuba minum Performance Drink utk jaga kuantiti air dalam badan.
    
Guna khidmat orang lain untuk buat kerja rumah seperti suami atau maid.
    
Pastikan nutrien yang diperlukan ketika hamil cukup. Paling mudah, amalkan set vitamin untuk ibu hamil.
    
Cara paling mudah adalah dengan senyuman. Bila kita senyum, walau ada seribu duka dan keletihan ia akan merangsang otak, hormon dan tubuh untuk beraksi lebih mantap. Tenaga baru akan dijana yang membawa mesej positif ke seluruh tubuh [sumber; 21 formula hidup luar biasa]

Nak tahu Set Hamil Shaklee? Klik DISINI
Continue Reading

Wednesday, September 10, 2014

2 Tahun Mengamalkan Produk Shaklee

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

Hari ni VE nak kongsikan dengan anda semua perjalanan 2 tahun VE bersama Shaklee.

2 tahun mengamalkan produk Shaklee. :D

VE mula consume produk shaklee pada usia 27 tahun untuk :

1. Penyusuan anak pertama. Susu drop semasa anak berusia 1 tahun 3 bulan.
2. Mengandungkan anak ke dua. Ingin memberikan yang terbaik memandangkan anak pertama HB selalu rendah dan selalu pening-pening.
3. Berpantang selepas melahirkan anak ke dua.
4. Menyusukan anak ke dua sehingga dua tahun. Sekarang berusia 1 tahun 1 bulan.

Kesannya?

Alhamdulillah dapat menyusukan anak pertama sehingga berusia 1 tahun 8 bulan kerana mengandungkan anak ke dua.
Produk Shaklee yang diambil : Set Penyusuan Shaklee (ESP, Sr Vitamin C, Bcomplex, Vitalea, Alfalfa, Ostematrix)

Semasa mengandungkan anak ke dua, HB cantik. Tak perlu ambil darah setiap kali check up seperti anak pertama. :). Alhamdulillah tiada mabuk-mabuk yang teruk di awal hingga akhir kandungan. Berat badan semasa mengandung tidak naik mendadak. Dari 45kg hingga 55kg sahaja.
Produk Shaklee yang diambil : Set Hamil Shaklee ( ESP, Sr Vitamin C, Bcomplex, Vitalea, Ostematrix, Omega Guard)

Semasa berpantang, alhamdulillah luka cepat baik, muka tidak pucat, berat badan cepat je kembali ke berat asal. Tak sampai 2 minggu. :) Ada yang menegur kata ibunya tak seperti berpantang. Hehe. Emosi stabil. Terasa badan segar dan bertenaga urus anak malam-malam. Alhamdulillah set bersalin Shaklee memang tidak mengecewakan dan membantu.
Produk Shaklee yang diambil : Set Bersalin Shaklee (ESP, Sr Vitamin C, Bcomplex, Vitalea, Zink)

Perjalanan menyusu anak ke dua begitu lancar. Alhamdulillah. Mungkin kerana ibunya dah mengambil pengajaran dari anak pertama. :). Dari situ VE belajar, kutip sedikit sebanyak ilmu penyusuan dan juga mengamalkan pemakanan tambahan untuk kesihatan. Jika badan kita letih dan selalu stress ianya boleh menyebabkan susu drop. Jadi pilihan saya adalah dengan mengamalkan pemakanan tambahan untuk kesihatan tubuh badan menyeluruh. insyaAllah.

Produk Shaklee yang diambil : Set Penyusuan Shaklee (ESP, Sr Vitamin C, Bcomplex, Vitalea, Alfalfa, Ostematrix)

Zafran dan Zara

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dan dapatkan konsultasi PERCUMA dari VE?

HUBUNGI
VitaminEmak
Sms / Whatsapp : 017 2050 991(Wani)
Continue Reading

Wednesday, May 28, 2014

Nutrien Perlu Untuk Faedah Optimum Sewaktu Kehamilan

 

Apabila anda bercadang untuk hamil, adalah baik sekiranya anda menumpukan perhatian terhadap nutrien-nutrien berikut kerana ia akan membantu anda dan bayi mencapai kesihatan yang optimum.

PROTEIN
Protein mungkin merupakan nutrien yang paling diperlukan oleh bayi anda, asid-asid amino yang membentuk protein merupakan bahan binaan badan. Protein diperlukan untuk membaikpulih dan penjagaan tisu, begitu juga untuk tumbesaran dan perkembangan bayi yang sihat.


Mengapakah Protein Penting?
 
Kebaikan untuk anda:
Protein yang mencukupi diperlukan untuk

Menyokong penghasilan darah tambahan.
Menguatkan sistem ketahanan badan yang melindungi dari jangkitan.
Menggalakkan penambahan berat badan yang sesuai.
Melindungi dari sesetengah komplikasi kehamilan cth pre-eklampsia.

 
Kebaikan untuk bayi:
Untuk membina sel darah merah dan tisu otot yang baru.
Untuk membina uri yang menyalurkan khasiat dari ibu ke bayi.
Untuk menyokong perkembangan sempurna otak bayi, terutama sewaktu trimister ke 3.

 
Rujukan Pengambilan Pemakanan (US-RDI 2002)
Sebelum kehamilan 46g/hari
Sewaktu kehamilan 71g/hari
(90g daging lembu/ayam tanpa lemak: 24g Protein)

 
Protein di Dalam Makanan
Makanan kaya-protein terdiri daripada sumber-sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Protein haiwan dipanggil protein lengkap atau protein kelas pertama kerana ia mengandungi kesemua asid amino perlu pada jumlah yang betul untuk membina protein. Sumber-sumber protein haiwan: daging, ikan, daging ayam itik, telur dan hasil tenusu.

 

Protein tumbuh-tumbuhan dianggap tidak lengkap atau protein kelas kedua kerana satu atau lebih asid amino mungkin tiada atau dijumpai dalam jumlah yang sedikit. Sumber-sumber protein tumbuh-tumbuhan: kekacang, biji-bijian, sayur-sayuran, kacang pis, kekacang dan biji benih. Adalah juga penting untuk menggabungkan protein tumbuh-tumbuhan bagi melengkapkan asid amino, sebagai contoh:
- Roti + mentega kacang
- Beras + kacang dal
- Jagung + kentang

 
Sajian kesihatan yang ditawarkan di Shaklee untuk melengkapkan keperluan protein anda

ESP - Soy Protein Isolate Powder
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.  
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*  
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Harga Pasaran : RM 150(WM) / RM 155(EM) Berat: 850 gram

Meal Shakes

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Harga Pasaran: RM 113.75(WM) / RM 121.25(EM)
Berat: 544 gram

Info produk: www.shaklee.com.my


Info & Order:   

Noor Zawani Suhaimin (Wani)   

Shaklee ID : 866668 

Sms / Whatsapp : 019 658 1210   


Continue Reading

Wednesday, May 15, 2013

Testimonial selepas pengambilan set mengandung Shaklee

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Wani nak kongsikan dengan anda semua testimonial dari pengamal set mengandung Shaklee...Wani sendiri juga merupakan pengamal set mengandung ni sekarang! Sekarang dah 6 bulan lebih..Alhamdulillah, semuanya elok je..HB ok, berat badan pun ok..alhamdulillah :)...Sentiasa rasa bertenaga untuk menguruskan rumah dan ahli keluarga.

Di sini nak kongsikan dengan anda semua testimonial yang dikongsikan oleh mereka yang sudah mengamalkan set mengandung shaklee.



Azwa Shaari "selain boleh mengawal semula selera makan kita n menambahkan tenaga,kulit pun btambah bseri:))) ,sebelum ni rambut saya byk juga gugur,tapi alhamdulillah selepas mengamalkan set ni,dgn izin Allah rambut kembali lebat n lebih bsinar.bulan ni kndungan dh 7bln berat badan turun cikit 60.5kg,baby alhamdulillah sihat."


Lyana Mansor "best kan.. yana pun peknen kali ni naik sikit jek. baru 4kg.. walaupun perut membesar ngan jayanya.. berbeza sgt ngan peknen sebelum2 ni..."


Nur Anakku "omega ni mengandungi DHA,yg mana kita sedia maklum sgt bagus untuk perkemabangan minda.. jadi bagi ibu mengandung,ianya amat membantu bg perkembgn pesat otak janin... kiranya dr dlm perut lg, kita dah beri sesuatu untuk kecerdasan minda dia.."


Idayu Arsat Azwa Shaari, "mmg x rugi kiter ambik shaklee ni, now dah habis berpantang pun still ambik lg, hubby pun tkg habiskan my esp tu.. W/pun mmg dia yg bg duit .. Saper x sayang isterikan.. Berpantang nanti jgn lupa add alfafa + zink tau... & vit e tu. ?. Ha3"


Azwa Shaari "Sebelum amalkan set ni,berat bdn naik 3 kilo tiap2 bln sejak awl mengandung,sebulan selepas mkn,berat bdn bln 4&5 stabil tk naik,Dan pkembangan baby doc kata bagus..."

Haa..ini dia antara testimonial dari para pengguna set mengandung Shaklee..telah ramai yang sudah merasai keberkesanannya. Anda bila lagi? Jom sihat bersama Shaklee!!! Pasti berbaloi! :)

Vitamin yang disyorkan semasa mengandung. Klik disini.


 

Info & Order :

Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668
Sms / Whatsapp : 019 658 1210
PM di FB : Noor Zawani Suhaimin
FB Fan Page : Kesihatan Adalah Anugerah

Continue Reading

Tuesday, February 12, 2013

First and Second Pregnancy :)

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Wani nak share pengalaman mengandung anak pertama dan anak kedua dengan kalian semua :)

Masa mengandung kat Zafran hubby cakap..balik keje je ibu terbaring..pening2..masa tu mmg amik supplemen dari klinik swasta + klinik kerajaan... kalau kat Klinik Swasta dia kasi Obiminz daah siap plus DHA untuk perkembangan otak baby. Kalau kat klinik kesihatan dorang kasi bcomplex, asid folic dan iron tablet.

HB selalu je rendah masa mengandung kat Zafran..tapi xdelah kritikal sangat..nurse selalu tanya makan iron tablet x?hehe..Wani makan juga, tapi kadang skip jugak..haha..tapi bila rajin makan pun result sama je..tu yang jadi malas sikit..hehe..makan pun macam-macam..ikot je nasihat nurse suh makan makanan yang boleh tingkatkan HB seperti bayam, ikan, daging, ayam..ponn sama juga..hati memang wani tolak tepi..wani xmakan hati..hehe..xsedapp..


Alhamdulillah, sejak jadi SID, wani amik supplemen Shaklee je masa pregnant ni...Alahan mengandung pun xda la teruk sangat, boleh je wat kerja rumah, makan macam biasa, bertenaga je...cuma kuat makan skit kot..dan ngidam macam-macam..hehe..tapi nasib baik mengidam benda yang senang nak dapat :)

Apa supplemen yang Wani amik sekarang?
- BComplex
- Chew Vita C
- Vitalea
- Ostematrix
- ESP

Now, wani baru 1st trimester..nanti masuk 2nd trimester wani nak tambah amik Omega Guard Shaklee..dah simpan siap-siap Omega Guard ni..hehe..sebab sekarang kan tengah PROMO Omega..so, bleh la dapat dengan harga yang lebih murah tau. Omega ni bagus untuk perkembangan otak baby dalam kandungan. InsyaAllah dengan pengambilan Omega guard ni, akan lahirlah anak yang cerdas dan pintar disamping kena rajin dan selalu sedekahkan ayat Al-Quran pada baby kita tu.

Sekian sahaja perkongsian dari Wani :)

Untuk info & Order : Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin
FB Fan Page : Kesihatan Adalah Anugerah
Continue Reading

Sunday, September 23, 2012

Testimonial mengambil vitamin Shaklee semasa mengandung

Assalamualaikum wbt.

Entry sebelum ni Wani ada kongsikan kepentingan vitamin ketika hamil di sini. Hari ni Wani nak kongsikan pula testimonial dari pengamal vitamin Shaklee. Beyond Mama ni siap compare kan lagi semasa mengandungkan anak pertama dan keduanya. Wani sendiri xdapat lagi nak compare anak pertama dan kedua sebab baru ada anak sorang je...hehe..So, mari kita baca testimonial dari Beyond Mama ni..belajar dari pengalaman orang lain :)

----------------------------------------------------------------------------------------------

Tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum saya melahirkan anak ke-2. Rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kongsikan testimonial diri sendiri sepanjang mengamalkan set vitamin Shaklee untuk 2nd pregnancy nie.




Saya menggunakan kesemua vitamin di atas ketika usia kandungan mencecah 4 bulan. Sebelum itu saya masih menggunakan multivitamin, fish oil dan acid folic yang dibekalkan oleh pihak klinik. Saya jugak turut mengamalkan pengambilan Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink untuk mengurangkan kesan loya mengandung. Buat pengetahuan anda, anak ke-2 saya adalah lelaki, anak sulung yang pertama juga lelaki, namun pengalaman mengandung untuk kedua-dua anak ini adalah berbeza. Antara perbezaan terbesar penggunaan set vitamin mengandung Shaklee adalah:

1st, TIADA KESAN STRETCH MARK PADA PERUT. Sewaktu mengandungkan anak pertama, perut saya umpama lukisan bercorak akar kayu, kesan stretch mark berlingkar2 pada perut. Even semasa 4 bulan pertama mengandungkan anak ke-2, kesan stretch mark sudah mula timbul namun hasil pengambilan set vitamin Shaklee, kesan stretch mark itu telah hilang dan perut saya kekal licin sehingga kini tanpa perlu menyapu minyak atau lotion stretch mark. Terima kasih kepada Vita-C dan ESP yang membina kembali kolagen yang musnah ketika pembentukan stretch mark.

2nd, PARUT HITAM PADA TUBUH MAKIN PUDAR. Kata orang tua, bila mengandungkan anak lelaki akan banyak kesan hitam pada tubuh. Kedua-dua kandungan saya memang begitu, tapi alhamdulillah, setelah pengambilan set vitamin Shaklee, kesan hitam pada leher saya hilang terus. Kesan hitam pada celah paha dan ketiak juga turut pudar. Thanks to Vita-C and ESP again.

3rd, KAKI TIDAK CRAMP / TIADA SIMPUL BIAWAK. Ini merupakan masalah terbesar saya ketika kandungan pertama dulu. Masalah cramp pada betis (simpul biawak, tarik mengkarung, etc.) berlaku beberapa kali dalam seminggu terutamanya pada tengah malam ketika sedang nyenyak tidur. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya bila terkena serangan simpul biawak. Untuk 2nd pregnancy, sekali pun saya tidak pernah mengalami kesakitan itu. Thanks to OsteMatrix yang membekalkan calcium dan magnesium yang secukupnye untuk mengelakkan masalah cramp kaki semasa mengandung.

4th, TIADA WATER RETENTION PADA KAKI. Semasa kandungan pertama, ibu saya sampai menangis melihatkan keadaan kaki saya yang terlalu kembang akibat water retention. Water retention pada kaki adalah sangat mengganggu kehidupan harian kerana kaki mudah jadi penat dan sakit ketika berjalan. Thanks to B-Complex yang membekalkan B6 yang cukup untuk mencegah water retention. Kesannya akan lebih optimum jika digabungkan bersama pengambilan OsteMatrix dan VitaLea.

5th, TIADA MASALAH ANEMIA. Di awal kandungan anak pertama, saya mengalami masalah anemia. Hampir satu ofis menegur kulit saya sangat pucat sampai ke tapak kaki seolah-olah tiada aliran darah langsung. Saya terpaksa mengambil ubat tambahan dari klinik untuk mencegah anemia. Untuk kandungan kedua, saya langsung tidak diserang anemia ketika mengandung. Thanks to Vita-Lea yang membekalkan tambahan iron di dalam vitaminnya yang mampu mencegah anemia.

6th, KENAIKAN BERAT BADAN YANG IDEAL. Jumlah kenaikan berat badan saya pada kandungan pertama ialah 18kg. Untuk kandungan kedua ini, jumlah kenaikan masih belum mencecah 10kg. Thanks to B-Complex yang menukarkan makanan yang saya makan kepada tenaga dan mengelakkan masalah water retention. Thanks to OsteMatrix juga yang membantu penghadaman yang sempurna sepanjang kehamilan anak kedua ini.

Apa yang diambil oleh Beyond Mama?
Vitamin C
ESP
Ostematrix
B Complex
Vitalea

Terima kasih kepada Beyond Mama kerana sudi berkongsi testimonial ini. Bagi ibu-ibu muda yang tiada pengalaman mengandung bolehlah mempelajari sesuatu dari entry ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau berminat mendapatkan vitamin-vitamin ini

Contact me, your Shaklee independent Distributor,
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Continue Reading

Saturday, September 8, 2012

Kepentingan vitamin ketika hamil

Assalamualaikum wbt..

Hari ni Wani nak share tentang kepentingan vitamin semasa hamil...vitamin sangat penting dan perlu untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan dan tidak terkecuali untuk kesihatan si ibu juga :)

Panduan Pemakanan Tambahan Buat Ibu Mengandung...
  • B-Complex - 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic separately, because this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.
  • Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea ni is a multivitamin. So, bila dah ambil ni tak perlu ambil Obimin ya.
  • Vitamin C - 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.
  • OsteMatrix - 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi.

From babycentre:
When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)
  • Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari sahaja. Air tu boleh air kosong, mahu pon juice seperti orange juice. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya mommy tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.
  • OmegaGuard - 1 tab daily is enough. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan brain & mata baby. Buat mommy pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan mommy.
  
kepentingan Omega :
The benefits for baby are:
  • A better brain with higher intelligence
  • Good nervous system development
  • Better eyesight from retina formation
  • Fewer behavioral problems after birth
  • Better sleep patterns for a new born
Health benefits for mom include:
  • Less chance of developing pre-eclampsia
  • Protection against brain loss during pregnancy
  • Less chance of pre-term labor and cesarean
  • Much lower risk of postpartum depression
  • Greatly reduced incidence of breast cancer
DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet. (BellaOnline)

Cadangan untuk 1st trimester 

Multivitamiin (LENGKAP DGN IRON)
B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
Vitamin C
Ostematrix (KALSIUM)

Cadangan untuk 2nd & 3rd trimester

Multivitamiin (LENGKAP DGN IRON)
B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
Vitamin C
Ostematrix
Omega Guard (MINYAK IKAN)

Contact me, your Shaklee independent Distributor,
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin
Continue Reading