Showing posts with label Energizing Soy Protein (ESP). Show all posts
Showing posts with label Energizing Soy Protein (ESP). Show all posts

Thursday, December 24, 2020

Promosi 6 hari dari Shaklee

 Assalamualaikum, selamat pagi semua. Hari ni nak share promosi yang di buat oleh Shaklee. Hanya 6 hari je guys!

Dengan pembelian set ni, anda akan dapat menikmati kupon Ediskaun dari RM40 - RM80.

Jom lihat apakah set yang ditawarkan.


CoQ-Trol Plus

ESP

Collagen

Vivix

ResV

Jika berminat, boleh la hubungi saya ya. Terima kasih.

Continue Reading

Thursday, May 3, 2018

Minuman Bertenaga


Minuman bertenaga pilihan kami sekeluarga

Esp mengenyangkan dan merupakan sumber protein dari tumbuh-tumbuhan. Mempunyai indeks glisemik yang rendah. Sebab itu lah ianya membuatkan kita berasa kenyang lebih lama.

Performance drink pula minuman elektrolit yang tidak bergas. Memberi tenaga dan membuatkan kita tidak berasa haus atau dahaga melampau semasa berpuasa. Sebab itulah ianya menjadi pilihan ramai semasa bulan puasa.

Shakes ESP + PD

Dah cuba mesti termimpi-mimpi  

Info & Order
019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday, April 18, 2018

Susu Meriah Semasa Berpantang


SEMASA BERPANTANG
  • Susu meriah dan pekat
  • Dapat simpan stok susu banyak
  • Anak tidur lebih lena

Saya suka guna mealshake dan esp masa berpantang best sangat2 susu meriah dan pekat. Dapat simpan stok banyak berbaloi sangat...yang penting malam anak x kacau tido saya..anak tido lena - Pn Faezah



 

Manfaat ESP dan Meal Shakes semasa berpantang:
  1. Membantu menghasilkan hormon dalam badan, serta membina sel-sel dalam badan. Hormon oxytocin dan prolactin adalah sangat penting kepada ibu menyusu.
  2. Komponen utama susu ibu adalah protein (selepas air). Justeru protein adalah penting untuk penghasilan susu. Kurang protein boleh menyebabkan ibu mengalami masalah kurang susu.
  3. Membantu penyembuhan luka secara menyeluruh.
  4. Membantu memekatkan susu, justeru bayi lebih cepat kenyang dan kurang meragam.
  5. Mengenyangkan dan memberi tenaga.

Alhamdulillah

#shakleebywanipc



Info & Order
017 2050 991
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Continue Reading

Wednesday, November 1, 2017

Sarapan Dengan Minuman Protein

Sarapan ESP jom! 😊

Kak Ngah suka guna botol kecik molek tu. Senang nak gegar-gegar kan ia. 😂

Botol tu pon penuh 300ml je. Letak air masak, ESP 2 sudu besar lepas tu gegar-gegarkan ia. Senang je. Budak-budak kecik pon pandai. 😁

Buka penutup, jangan lupa ambil bau dulu yea. Aroma memang tak boleh tahan. Nak cepat-cepat minum je. Namunnnn, jangan gelojoh yea 🤣

Baca la bismillah dulu supaya kita tak minum bersama syaiton 👹 dan jangan lupa niat untuk dapat kesihatan yang baik.

1 botol ni 2 kali teguk je Kak Ngah. 🤣 gelojossnya Kak Ngah!! 😝 Pehtu, dengan buih-buihnya skali nak di sedutnya. Over bebenau. 😇

Serius, memang sedap ESP ni. Bagi Kak Ngah la. 😃 Nak minum pun kena sorok-sorok takut anak dara minta. 🤣

ESP memang menjadi kegilaan bagi yang dah rasa kesannya. 😊

Anda nak cuba 1? Eh, banyak pon tak pa. Meh whatsapp Kak Ngah lekaih 😊😊

📱019 658 1210
Nak senang, klik link ni pon boleh 👉🏻👉🏻 Di sini
Continue Reading

Monday, October 30, 2017

Kanak-kanak pun suka ESP Shaklee


Haa...anak dara siapa lah tu kan? :D

Anak dara saya memang sangat suka ESP Shaklee ni. Masa ibu dia minum, mula la nak menempel :D
"ibu, kakak nak juga..ESP ibu ni sedap laa"

Kanak-kanak suka, ibu lagi la suka. haha.

ok, boleh ke sebenarnya kanak-kanak minum ESP ni?

How Much Protein Do You Need Everyday?

    1-3 tahun : 16.5g protein/day
    4-6 tahun : 25g protein / day
    7-14 tahun : 31.5g protein per day
    15-18 tahun (male) : 44g protein per day
    15-18 tahun (female) : 40g protein per day
    18+ tahun : 45g protein per day
    19+ (male) : 54g protein per day
    19+ (female) : 44g protein per day
    Pregnant : 30g protein per day
    Lactating : 20g protein per day
    Althlete : 62.5-100g protein per day

sumber : freefoodfreedom.com

ESP ni tidak disyorkan kepada bayi bawah 1 tahun.

Mengikut pakar nutrisi Shaklee, ESP boleh diberi kepada kanak-kanak seawal umur 2 tahun.

Jika kita lihat jadual pengambilan protein bagi kanak-kanak di atas, kanak-kanak hanya memerlukan 16.5g protein setiap hari. 1 hidangan ESP bersamaan dengan 14g protein sahaja. Jadi kanak-kanak BOLEH minum ESP. :)

Info & Order
019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Tuesday, September 19, 2017

Cara-cara Pengambilan ESP Shaklee




Ramai yang tertanya-tanya ESP ni boleh campur dengan minuman lain tak? Ada macam-macam cara pengambilan ESP ni tau.

Di bawah adalah cadangan-cadangan pengambilan ESP Shaklee.

Mana 1 pilhan anda?

❤️ESP + Air suam

❤️ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)

❤️ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu. after few hours. blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)

❤️ESP + Susu Anmum

❤️ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee

❤️ESP + Nesvita 3in1

❤️ESP + jus twister tropicana

❤️ESP + Ribena

❤️ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)

❤️ESP + Milo/Horlicks

❤️ESP + sirap bandung

❤️ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecik serbuk Shaklee fiber (jika ada)

❤️ESP + KOKO + OAT

❤️ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL

❤️ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)

❤️ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<-- blend

❤️ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP.

❤️ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)

❤️ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung <-- blend, pastu letak ketul ais, sedap n kenyang

❤️ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) -->hasil? sgt mengujakan!!


Best sangat kan? Jom cuba semua resepi di atas 😍



Continue Reading

Sunday, September 17, 2017

Rahsia Bertenaga di Bulan Puasa Walaupun Hamil

Biasa ibu-ibu yang hamil bila masuk je bulan puasa mula la risau macam mana nak bagi badan tahan dan bertenaga je walaupun tengah berpuasa.

InsyaAllah kita ikhtiar untuk nak sentiasa bertenaga walaupun tengah berpuasa. Jom baca pengalaman Puan Eina bagaimana beliau cergas ketika hamil walaupun berpuasa.



"Pengalaman hamil kali kedua dengan ESP. Masa bulan puasa tahun lepas pregnant 8 bulan dan menyusukan si kakak yang berumur 3 tahun. Family tak percaya sebab nampak sihat dan bertenaga je siap boleh puasa penuh walaupun dah sarat dan sibuk dengan kerja-kerja / kelas-kelas bisnes siangnya.

Syok sangat minum ESP + performance drink + kurma.

Rahsia makan sahur untuk makyong kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa. Suami pon tumpang skali. Katanya memang berbeza dengan hari-hari yang tak sahur dengan ESP.

Siapa nak ganti puasa tu memang saya rekemen bersahur dgn ESP."

Alhamdulillah, suka dengar pengalaman Puan Eina yang bertenaga dan boleh berpuasa penuh walaupun tengah sarat. :)

Nak tanya tentang Shaklee?

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia 
Continue Reading

ESP Shaklee Untuk Siapa

Assalamualaikum dan hai! :)

Sebenarnya siapa yang memerlukan ESP Shaklee? Jawapannya adalah semua orang memerlukan ESP kerana ESP adalah protein dan protein merupakan makanan sel. Sel yang sihat akan menjadikan badan kita sihat dan mampu menyerap nutrien dan zat dari makanan yang kita makan.

Bagaimana ESP membantu?

Wanita yang sedang hamil

ESP kuatkan rahim kita dan membantu pembentukan otot bayi. Protein bagus untuk tumbesaran.


Wanita yang menyusukan anak

ESP membantu memekatkan susu ibu. Protein yang mencukupi menjadikan kita cukup tenaga dan menghasilkan susu yang berkhasiat dan berkualiti


Sesiapa yang nak stabilkan hormon

ESP mengandungi kacang soya yang kaya dengan isoflavone. Ia berfungsi membantu memulihkan hormon wanita dengan mengeluarkan darah kotor dan mengantikan dengan protein yang diperlukan


Sesiapa yang mahu kurus

ESP membuatkan kita rasa kenyang. Nafsu nak makan pun berkurang


Individu yang selalu sibuk dan nak cepat

Penyediaan yang mudah untuk individu yang tak sempat nak sarapan dan ia mengenyangkan


Sesiapa yang ingin kekal sihat

ESP menguatkan sistem imun tubuh, pelengkap nutrien dalam badan kita. Membantu mengurangkan risiko kanser dan mempertingkatkan tahap kolesterol yang baik dalam badan


Sesiapa yang nak cantik

ESP membuatkan kulit kita anjal, gebu, nampak lebih cerah dan berseri.


Sesiapa yang nak berpuasa

ESP membekalkan tenaga berpanjangan. InsyaAllah bertenaga sepanjang berpuasa.


ESP sememangnya sesuai untuk semua lapisan!


Info & Order
019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia  

Continue Reading

Thursday, September 14, 2017

ESP Shaklee Untuk Kulit

Assalamualaikum dan hi semua! :)

ESP Shaklee Untuk Kulit. Wah! excited ni.

haaa. cer tengok kulit-kulit si penggemar ESP tu, cantik kan?

Sebenarnya ESP ni bukan untuk kulit je. Banyak sangat manfaat ESP Shaklee ni. Tapi sekarang ni Wani nak fokuskan hanya untuk kulit sahaja.

Hanya 1 atau 2 sudu besar ESP setiap pagi, bancuh dengan air masak. Energy maintain, perut kenyang, kulit pun cantik. InsyaAllah.

Antara kesan positif pada kulit setelah mengamalkan ESP Shaklee, ramai yang mendapati:
  1. kulit cantik tanpa make up
  2. kulit semakin cerah berseri
  3. jerawat hilang
  4. parut jerawat hilang
  5. kulit lebih anjal
  6. kulit semakin glowing dan berseri
  7. kulit tidak berminyak
  8. kulit tidak kering
  9. kulit semakin lembap
  10. liang pori semakin mengecil
  11. kulit semakin gebu
  12. jeragat hilang
  13. kulit tak kusam
  14. whitehead dan blackhead semakin hilang
  15. selulit hilang
  16. tona kulit lebih sekata
  17. kulit semakin lembut
  18. stretch semakin hilang
  19. tumit kaki yang pecah semakin hilang
  20. kulit badan cerah dan licin
Phewww. Banyaknya manfaat ESP untuk kulit. Belum cuba, belum tahu. Sesiapa yang ingin mencuba ESP Shaklee untuk kulit, boleh la hubungi Wani ye. :)

Nak tanya tentang Shaklee?

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Friday, September 8, 2017

Minuman Tenaga


Memberikan tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.*

Kuasa Protein untuk Tenaga Lebih Lama

Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein kami yang mempertingkatkan TENAGA-stamina anda. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama.

Tahukah Anda?
Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pertama pada tahun 1961.

KEISTIMEWAAN Shaklee
  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  • Membekalkan 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

Nak tanya tentang Shaklee?

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Continue Reading

Thursday, September 7, 2017

Promo Shaklee September 2017

Promosi khas untuk ahli Shaklee
Promo Shaklee September 2017 ialah The Radiant 4. Set ini mengandungi 4 produk Shaklee.

1. Collagen Powder
  • Bahan utamanya ialah sisik ikan merah dari laut dalam.
  • Fungsinya adalah untuk menyokong pembentukan tisu penyambung.
  • Bukan itu saja, Shaklee Collagen Powder ini juga di tambah dengan 7 bahan aktif iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B meningkatkan keberkesanan collagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.

2. GLA Complex



  • Berasaskan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
  • Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause.
  • Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.



3. Sr Vitamin C


  • Berasaskan jagung
  •  Kandungan Vitamin C dalam 1 kapsul bersamaan 7.5 biji buah oren.
  • Menggunakan teknologi Sustained Release di mana Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan, 100mg setiap sejam untuk memastikan keperluan Vitamin C di dalam badan sentiasa dipenuhi secara berterusan.
  • Mengandungi "bioflavonoids". Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi.



4. Energizing Soy Protein 


  • ESP diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.
  • Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” ( non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.
  • Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP Shaklee / Energizing Soy Protein ( ESP ) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
  • ESP merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  • Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39
  • Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Nak tanya tentang Shaklee?

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday, March 15, 2017

9 Golongan Yang Perlu Ambil ESP

Siapakah mereka? Jom kita tengok. :)



✅untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik, halus mulus..

✅untuk ibu menyusu..ibu lebih bertenaga, anak mudah kenyang, pengaliran susu yang baik..kenapa?
 ESP kaya dengan PROTEIN

✅untuk ibu dalam pantang - mempercepatkan penyembuhan selepas proses bersalin

✅untuk mereka yang ingin AWET MUDA!

✅untuk mereka yang ada masalah kulit..bukan sahaja pada bahagian muka, malah seluruh badan.

✅untuk wanita yang ingin hamil sebagai sumber protin asas dalam badan untuk kesuburan

✅membantu bagi mereka yang ingin berdiet kerana esp mengenyangkan dan memberi tenaga 
sehingga berjam-jam lamanya

✅sangat popular untuk kecantikan kulit dan keanjalan kulit dan seluruh badan

✅sesuai untuk seisi keluarga sebagai minuman kesihatan yang kaya dengan sumber protin ASLI.

#shakleebywanipc #shakleemelaka #shakleemalimmelaka #shakleechengmelaka #shakleepulaugadongmelaka #espshaklee

 Nak tanya tentang Shaklee?
019 658 1210 Zawani Suhaimin Your TRUSTED SID COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, January 25, 2016

Sembelit Semasa Berpantang

 MANGKUK TANDAS PENUH DARAH

Semua wanita yang pernah melahirkan anak pasti ada kenangan kan, Ada yang kenangannya manis. Ada yang pahit. Ada yang ngeriiii~~

Pengalaman saya melahirkan anak pertama memang sangat manis. Yelah...first cahaya mata. Siapa tak Happy kan. Proses bersalin saya pun mudah je. Masuk2 labour room, tak sampai 30 minit dah selesai bersalin. Anak saya pun kecik je. So tak de la susah sangat nak teran. Rasa macam nak membuang air besar je..tup2 tengok baby dah keluar..=)

Tapi....lepas tu yang saya alami pengalaman yang saaaangat ngeriii. Sejak sebelum kahwin lagi memang saya ada sembelit. Kadang-kadang seminggu sekali baru membuang. Tapi tak teruk. Lepas Minum milo, mesti lawas punya. Tapi lepas bersalin anak no 1, sembelit saya jadi teruk sangat.
Ada sekali tu, saya pegi ke tandas nak buang air besar. Lepas membuang, mangkuk tandas tu dah tukar jadi warna merah. Penuh dgn darah!! Seram sangat. Dah la kita ni baru lepas bersalin. Hilang banyak darah. Tambah pulak dengan sembelit. Memang seksa sangat.

Masa berpantang anak nombor 2, saya tak alami masalah ni langsung. Masa tu saya ambil SET BERPANTANG SHAKLE : VITALEA + VITAMIN BCOMPLE + ZINC + ESP + VITAMIN C + OSTEMATRIX.
Alhamdulillah sangat. Takde apa-apa masalah pun. Saya recover lagi cepat dari berpantang anak no 1. Yang paling best, NO SEMBELIT AT ALL!!! Memang saya hairan sangat. So saya pun tanya la Mr Google, kenapa saya dah tak sembelit selepas ambil Shaklee. Baca punya baca...rupanya sebab OSTEMATRIX.

KENAPA OSTEMATRIX KALSIUM ATASI SEMBELIT???

Bagi yang tak tahu apa tu OSTEMATRIX, ia merupakan vitamin yang mengandungi KALSIUM + MAGNESIUM + VITAMIN D. Sebab ni la, pill kalsium shaklee ni YANG TERBAIK BERBANDING PIL-PIL KALSIUM KAT FARMASI. Kandungan Vitamin D dalam Ostematrix ni membantu penyerapan
maksimum kalsium dan membantu menyingkirkan kalsium2 yang terlebih. Ingat! Kalisum tak boleh diambil dalam kuantiti yang berlebihan tau...nanti rosak buah pinggang. Sebab tu penting ada Vitamin D sama. Manakala, MAGNESIUM pulak berfungsi untuk melancarkan pergerakan usus dan meyerap air dalam badan. Ia juga merangsang pergerakan otot.
Usus juga merupakan otot terpanjang dalam tubuh kita. So, bila usus digerakkan, sembelit tak berlaku la...

Haa..best kan ostematrix ni. Sekarang anak no 2 saya dah hampir 2 tahun. tapi saya still lagi amalkan ambil Ostematrix. Selain dari atasi sembelit, Ostematrix jugak baaaaanyak manfaat lain. Especially untuk kaum wanita. - Pn Hafidah


Produk yang diambil:
1. Vitalea
2. B Complex
3. Zinc
4. ESP
5. Vitamin C
6. Ostematrix

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Sunday, January 24, 2016

Keresahan Seorang Ibu Bila Susu Badan Berkurang


 Ini adalah #shakleeeffect saya sendiri.

Dari awal mengandung, saya memang sudah berniat mahu menyusukan anak saya selama yang boleh. Saya nak bagi yang terbaik untuk anak saya. Saya mula mendapatkan info tentang penyusuan susu ibu dari A-Z dari internet mahupun rakan-rakan yang punya pengalaman. Ketika itu, jenama Shaklee ni memang gah di dada-dada page segala group penyusuan yang saya join di Facebook.
Sebagai ibu yang bekerjaya, adalah menjadi lumrah untuk membuat stok susu sebanyak mungkin untuk si manja. Bermulalah kisah peti sejuk yang kebanjiran susu ibu itu. Hihihi.

Tetapi atas kesilapan sendiri yang malu pada mulanya untuk menyusukan anak ketika berada di luar rumah membuatkan stok susu saya semakin hari semakin susut. Sehinggakan stok saya boleh digelar 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' kerana hasil perahan harini adalah untuk kegunaan anak saya keesokan harinya. Anak pula makin hari makin bertambah kuantiti susu yang diminum.
Ketika usia anak saya hampir 7 bulan, perkara yang paling saya takut berlaku, telah terjadi.

Production susu merundum. Jika selalu, saya boleh dapat 10-12oz untuk satu sesi, kini semakin lama semakin kurang. Mulalah usahakan yang alami sahaja. Minum horlicks, air lobak putih malahan halba pun dijadikan air atau dimakan dengan nasi panas. Semuanya menjadi tetapi bila semuanya sudah imune , susu kembali merundum walaupun saya mengepam secara konsisten dan minum air masak yang banyak tetapi masih tidak ada sebarang perubahan. Oh ya, ketika itu ada mencuba fenugreek dari satu jenama yang agak terkenal. Mungkin tidak serasi dengan saya. ianya tetap tidak berhasil.

Suatu hari, pada satu sesi mengepam di pejabat selama 30 minit, saya hanya mendapat 0.5oz sahaja. Ya Allah, masa tu saya menangis. Menangis memikirkan anak saya. Saya tak sanggup untuk memberikan anak saya susu formula. Ketika itu terlintas Shaklee di fikiran. Saya bingkas mengambil telefon dan google set penyusuan. Nahhh.. Berderet blog yang keluar. Saya pilih satu, web yang sangat lengkap. Distributor dari Kelantan. Ternampak button order disitu. Tetapi saya tak mahu. Saya fikir mesti order itu akan dibuat malam nanti. Tak boleh, saya mesti pastikan set itu sampai ke tangan saya ESOK! Saya cari nombor telefon distributor itu dan terus call. Merayu-rayu minta beliau poskan harini juga. Allah, perancanganmu sangat teratur. Saya berjaya mendapatkan set itu pada keesokan harinya.

Set Sokongan Penyusuan
Pada kali pertama saya ambil B complex, Vitamin C, Vitalea dan Zinc, hasil perahan meningkat. Sungguh! Dari 0.5oz meningkat ke 4oz. Saya teruja. Bersyukur sangat walaupun bukan 10oz seperti selalu tetapi sekurang-kurangnya ia meningkat. Ye la, baru hari pertama kan? Saya telah jatuh cinta dengan Shaklee. Dan akhirnya saya telah tambah lagi 2 item dalam set itu.

Hasilnya? Alhamdulillah.. Everything back to normal. Malahan saya mampu membuat stok yang lebih dari biasa. Tiada lagi istilah 'kais pagi makan pagi' saya itu. Saya bersyukur Allah ketemukan saya dengan Shaklee. Saya bersyukur kerana usaha saya untuk memberi yang terbaik untuk si manja dipermudahkan Allah. Hingga kini, saya masih simpan stok beku saya walaupun dah expired (tak sempat habis digunakan walaupun ikut FIFO. Alhamdulillah rezeki anak) kerana ada sentimental value di situ.

Di sini, bagi saya tak salah mencuba asalkan cara itu halal dan tidak membawa kesan buruk kepada sesiapa. Saya yakin dengan Shaklee kerana ia sentiasa selamat dan semulajadi serta berkesan. Sekiranya anda atau kenalan anda mempunya masalah sama seperti saya, jangan malu-malu untuk bertanya. Insya'allah, saya akan cuba bantu anda semampu yang boleh. - Pn Ainur Azura

Produk yang diambil:
1. B Complex
2. Vitamin C
3. Vitalea
4. Zinc
5. ESP
6. Alfalfa

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Saturday, January 23, 2016

Perbezaan Berpantang Dengan Set Bersalin Shaklee



Wah...ramai yang viralkan #shakleeeffect ye...hehe..meh saya nak recall balik tentang pengalaman berpantang saya dengan shaklee.

ONLY A WORD . ' AMAZING'!

Rata- rata kalau orang nampak saya pun mereka cakap kenapa kurus sangat dah..Penat jawab juga. Tapi bestnya sebab dah kembali pada berat asal.

10 bulan menyusukan Aeisyah memang superb feeling sebab hasil susu alhamdulillah meriah, dan pekat. - Rehanwardrobe

Produk yang diambil:
1. ESP
2. B Complex
3. Ostematrix
4. Zinc

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, January 18, 2016

Tip Atasi Masalah Rambut Gugur

Bagi ibu yang lepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih ketara kerana:

Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
   
Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
   
Kurang vitamin seperti zinc dan protein
   
Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.


Apa perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah rambut gugur selepas bersalin?


Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
       
Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.

           
Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein. (ini dia vitamin2 dan set syampoo yang bagus untuk kesihatan rambut)

       
Minum air secukupnya
       
Tidur dan rehat yang cukup dan jauhi stress


Sekian tips hari ini :)

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Friday, December 25, 2015

Tiada Lagi Kulit Katak Puru Dah Seakan Katak Pisang




" Dulu masa zaman universiti, kulit muka saya rosak teruk akibat salah pakai produk kulit. Jenama produk biarlah rahsia sebab tak maula jatuhkan produk orang lain kan hehe. Ishh teruk gila2 lah dah macam katak puru, jerawat nanah & kulit merekah2. Agaknya produk kimia lagu tu la. Masalah saya tak jugak settle walaupun dah kahwin. Tp lepas bersalin anak ke 2, saya join shaklee free membership dengan beli set pantang + nyusu lengkap daripada master Farihah Abu Kasim beliau pun rajin pm saya "kacau" promot itu ini. Mana tahan kan. Kalah juga dengan godaannya  ahaha. Lepas consume, ehhh saya rasa best sangat la. Badan cergas & kulit semakin cantik. Jerawat dah segan nak tumbuh & semakin putih. Sampai la sekarang saya masih konsisten dengan vita c 500mg, alfalfa, esp, vivix, kolagen, herb lax & set skincare nutriwhite..

Taraaaa.. lihatlah kesannya.. walaupun takla pulih 100%, tapi alhamdulilah 80% kulit dah kembali kepada asal.. sekarang tiada lagi kulit katak puru akan tetapi dah seakan katak pisang yang licin ekeke..

I loveeee shaklee very much especially nutriwhite, vita c & vivix.." - Ummu Durah

Produk yang diambil:
1. Vitamin C
2. Alfalfa
3. ESP
4. Vivix
5. Kolagen
6. Herblax
7. Set Nutriwhite

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday, December 16, 2015

Cabaran 14 hari Cantik Bersama Collagen dan ESP

Saya buat cabaran ni adalah untuk diri saya sendiri. Kalau sebut cabaran nak cantik-cantik ni, semua perempuan teruja. Betol tak? Hihi. Cabaran masker kolagen dan minum 1 gelas ESP setiap pagi selama 14 hari bermula hari ini. Siapa yang nak bersama saya sahut cabaran ni? :)

Saya buat cabaran bermasker kerana  secara umumnya, penggunaan masker yg konsisten mampu menambah kelembaban kulit, membantu mencegah jerawat atau menghilangkan minyak pada wajah. Tapi kena disiplin lah dan dalam  banyak-banyak masker. Masker kolagen lah memberikan kesan yang sangattt best... tak tau nak cerita macam mana...

Ok, kesannya nanti kita tengok pada 30hb Dec 2015. Stay tune!


Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, December 14, 2015

Self Confident Melayang Bila Gemuk



"Consume shaklee awal-awal bukan nak kurus tapi tujuan lain. Tak kisah sebenarnya gemuk ke kurus mula-mula tu. Ye lah.. peduli apa orang cakap-cakap kan. Tapi... kat hati tu kadang-kadang terasa. Kat tempat kerja, pakcik-pakcik dok cakap dok tanya..mak orang ka? kawen lama mana dah? Awat besaq sangat? Sedih.

Awat tah tiba-tiba gemuk. Padahal sampai umur 22, kurus orang panggil papan. Bila gemuk makin menjadi-jadi, self confident pun terbang melayang. Jadi, decide untuk kurus sikit. Berat mula sedar diri tu ialah 63kg, tinggi 159cm. Mula la ambil LECITHIN dan HERBLAX. Lepas tu ESP dan ALFALFA.  

Dari May sampai July, berat TURUN tinggal 57kg. Alhamdulillah. Sekurangnya pakcik yang selalu dok tanya tu tegur. Awat makin kuruih? Bos suruh kerja teruk ka? Pulakkk... - Ainie Jasmi

#shakleeeffet
#s2uFamilies
#s2united

Produk yang diambil:
1. Lecithin
2. Herblax
3. ESP
4. Alfalfa

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Sunday, December 13, 2015

Kurus : Seluar Sebelum Kahwin Dah Boleh Pakai



"Dulu selepas kawen badan naik sampai tukar semua saiz baju dan seluar. Beli saiz besar takot badan naik lg.

Tapi alhamdulillah, semenjak mengamalkan Alfalfa, lecithin dan esp shaklee perubahan ketara. Seluar sebelum kawen dah boleh pakai.

Tapi apa nak buat dengan seluar-seluar yang besar ni? Nasib tak beli banyak kalau tak mesti rugi.

Dah macam-macam cara nak kurus sebelum kawen dulu. Beli corset la, try set slimming produk XXXX la, beli losyen mustajab la, pergi slimming center la tapi semua tak jalan.

Rupanya makan shaklee je, badan sihat, kulit halus, cerah, perut kempis, pipi dah tak montel lg!" - Pn Azliza


#shakleeeffect
#S2ufamilies
#S2united

Produk yang diambil:
1. Alfalfa
2. Lecithin
3. ESP

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading