Showing posts with label Basic H. Show all posts
Showing posts with label Basic H. Show all posts

Monday, September 18, 2017

Pembantu Rumah Anda

Atas dari kiri : Basic H, botol penyembur dapat free kalau beli 1 set
Bawah dari kiri : Dish Wash Concentrate, fresh laundry Concentrate, Soft Fabric Concentrate.



1. Basic H - 1001 kegunaan. Boleh mop lantai, sebagai baja tumbuh-tumbuhan, untuk kebah demam (serap haba 3 kali ganda berbanding air biasa), basuh toilet, lap perabot, cuci dapur kesan minyak-minyak, cegah singki dari tersumbat dan macam-macam lagilah. Ada 1001 kegunaan. Bayangkan kalau saya listkan semua. Argghh..panjang berjela la nanti. hehe.

2. Dish Wash Concentrate - cepat hilangkan kesan lemak dan minyak, basuh botol susu baby, pinggan mangkuk. Jimat pun jimat, hanya beberapa titik dish wash sahaja mampu mencuci timbunan pinggan mangkuk yang banyak. Rumusannya yang tidak bertoksik, hipoalergenik, tanpa klorin, lembut pada tangan, pH seimbang dan tanpa bahan kimia berbahaya. SELAMAT, SEMULAJADI, BERKESAN.

3. Fresh Laundry - suka haruman baunya yang natural dan sangat jimat ok! hanya sesudu teh je untuk cucian guna washing machine. Tak percaya? saya pun tak percaya pada mulanya, sebab biasa guna 2 scoop sabun. haha. Tapi, believe me! betul sebab ianya SUPER CONCENTRATE! patutlah ada yang guna tahan 4/5/6 bulan dan apa yang penting ianya NATURAL tak da bahan kimia. Sesuai basuh baju kita atau baju-baju baby. Baby ni kulit sensitif tau, tak bleh basuh dengan sembarangan sabun. Best sangat guna fresh laundry ni. Saya pun sudah jatuh chentaaa dengannya!..hihi

4. Soft Fabric Concentrate - guna 1 oz je untuk 1 cucian mesin. Wangi tak yah cakap la, tambah pula dengan fresh laundy concentrate, memang best je. Rasa nak peluk-peluk je baju yang dah kering tu..hehe..jimat dan berbaloi-baloi.

Info & Order
019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia  
Continue Reading

Friday, September 15, 2017

Kelebihan Basic H Shaklee

Basic H Shaklee merupakan 'pembantu rumah' terbaik. Memudahkan kerja-kerja seharian ibu-ibu di rumah. Hanya dengan menggunakan beberapa titis Basic H sahaja, lantai rumah berkilat, sayur layu menjadi segar dan banyak lagi kegunaan dan kelebihan Basic h Shaklee.

Teruja lihat kobis memekar 


Kenapa sayur jadi segar semula?
 
Antara sebab kenapa ia jadi segar semula sebab air yg dicampur dengan basic h adalah bersifat alkali. Ia memudahkan air tersebut meresap ke dalam sel-sel tumbuhan.

Mencuci alatan dapur

Periuk berkilat selepas dicuci dengan basic H

Pencuci paling selamat dan berkesan
 Sememangnya Basic H adalah pencuci serbaguna yang mempunyai 1001 kebaikan.

Selamat, berkesan dan semulajadi.

Nak tanya tentang Shaklee?

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Tuesday, August 25, 2015

Cara menangani chiken pox atau cacar air

3 hari lepas, badan Zafran panas. Ingatkan demam biasa je, rupa-rupanya kena chiken pox. Terperasan ada biji air kecil pada leher Zafran. Tapi badan Zafran panas kejap je. Petang tu dah ok dah.

Esoknya, biji-biji air tu makin banyak naik. Risau dibuatnya. Jadi kami bawa Zafran ke klinik. Doktor bagitau chicken pox Zafran ni jenis mengganas sebab 1 hari dah naik banyak. Haha. Doktor bagi ubat virless, tahan gatal dan lotion calamine.

ubat gatal, virless dan calamine lotion


Sebelum makan ubat yang doktor bagi tu, kami bagi Zafran minum air kelapa dulu bagi chicken pox naik habis. Lepas tu baru bagi ubat yang doktor bagi tu.

Selain tu, kami mandikan Zafran dengan air basic h dan sapu dengan krim herbal blend. Zafran tak nak sapu dengan calamine lotion tu katanya panas.

Basic H wat mandi. Herbal Blend wat sapu.


Alhamdulillah, hari ke 3 dah kering semua chiken pox tu. Nasib baik ada basic h dan krim herbal blend. Dapat la juga membantu proses pengeringan chiken pox dengan cepat.

Sebenarnya risau juga pada Zara ni sebab Zara belum kena chiken pox lagi. Minggu depan pula nak gi Kedah dan Penang takkan nak bawa pesakit chiken pox kan? Nanti berjangkit dengan orang lain pula.

Moga-moga tak berjangkit la kat Zara. Walaupun chiken pox tu sekali seumur hidup, tapi masa untuk kena tu belum sesuai lagi. Hehe.


Bagaimana kami atasi chiken pox ni?

1. Berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan ianya adalah chiken pox.

2. Bagi minum air kelapa untuk bagi chiken pox naik semua. (Orang tua tua kata kalau ada naik kat tapak kaki tu maksudnya dah habis semua)

3. Bagi makan ubat yang doktor bagi. Ubat gatal tu mesti bagi untuk elak dia tergaru garu. Virless untuk matikan kuman dan lotion calamine.

4. Mandikan dengan air basic h dan sapu krim herbal blend. 2 kali sehari. Kami tak guna lotion calamine tu sebab Zafran tak nak katanya panas. Herbal blend tak panas. Tapi berangin dan sejuk.

5. InsyaAllah chiken pox akan kering lebih kurang 3 hari sahaja. Nak pulih sepenuhnya amik masa seminggu.

Hari ke 5. Nampak dah nak hilang chiken pox Zafran.


Semoga bermanfaat untuk anda. :)

Ingin mengetahui detail mengenai Basic h? klik di sini

Info & Order 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)
Continue Reading

Wednesday, November 6, 2013

1001 kegunaan basic H Shaklee

Sudah 6 bulan saya perhatikan air dalam bekas pokok saya ni.. tiada 1 ekor jejentik pon.. kalau mcm ni boleh la letak pokok hidup ni byk2 dalam rumah..hehe..baru segar skit mata memandangkan?

Kalau nak tahu..saya letak air basic h je..cuma 2 titik basic h..lepas tu campur ngan air paip..hihi..dengan basic h ni juga saya mop lantai, wat mandi, basuh baju, lap perabot, cuci baju, basuh sayur, basuh pinggan mangkuk berminyak, ubat sakit gigi, kalau badan rasa panas2 nak demam..mandi air basic h je..basic h membebaskan haba 3 kali ganda daripada air biasa tau! Badan gatal2 pon boleh mandi ngan aor basic h je..

Pendek kata..ada 1001 kegunaan basic h ni..sebab tu saya panggil ianya cecair AJAIB!



Photo: Sudah 6 bulan saya perhatikan air dalam bekas pokok saya ni.. tiada 1 ekor jejentik pon.. kalau mcm ni boleh la letak pokok hidup ni byk2 dalam rumah..hehe..baru segar skit mata memandangkan?

Kalau nak tahu..saya letak air basic h je..cuma 2 titik basic h..lepas tu campur ngan air paip..hihi..dengan basic h ni juga saya mop lantai, wat mandi, basuh baju, lap perabot, cuci baju, basuh sayur, basuh pinggan mangkuk berminyak, ubat sakit gigi, kalau badan rasa panas2 nak demam..mandi air basic h je..basic h membebaskan haba 3 kali ganda daripada air biasa tau! Badan gatal2 pon boleh mandi ngan aor basic h je..

Pendek kata..ada 1001 kegunaan basic h ni..sebab tu saya panggil ianya cecair AJAIB! Hihi..

---------
Wani,
Suri rumah LUAR BIASA!


 Info & Order:  
Noor Zawani Suhaimin (Wani)  
Shaklee ID : 866668
Sms / Whatsapp : 019 658 1210  
Pm di FB :Noor Zawani Suhaimin 
FB Fan Page : Kesihatan Adalah Anugerah

Continue Reading

Sunday, August 12, 2012

BASIC H dan kegunaannya.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak berkongsi tentang kegunaan Basic H Shaklee :)

Shaklee Basic H ni merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960... lebih kurang 52 tahun dah!



KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas
  
UNTUK KECEMASAN

1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.
Anda juga boleh jadikan Basic H Shaklee ni sebagai first aid kat rumah. 

Hakikatnya ada 1001 kegunaan...tapi ini lah yang sempat dikongsikan..anda boleh explore lagi yea.. :)
Continue Reading