Friday, September 15, 2017

Ostematrix Untuk Ibu Mengandung

Ostematrix merupakan supplemen yang terdapat dalam Set Ibu Mengandung. Sesuai untuk ibu-ibu amalkan Ostematrix untuk mendapatkan sumber kalsium yang mencukupi untuk diri sendiri dan juga bayi yang dikandung.

Kalsium sering dikaitkan dengan kesihatan tulang dan gigi. Tulang adalah sistem sokongan badan kita. Jadi adalah penting untuk kita menjaganya supaya sihat dan kuat. Lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung, kerana kalsiumnya dikongsi bersama bayi dalam kandungan.


Kandungan dalam setiap pil Ostematrix mengandungi:
  1. Kalsium - Blok binaan untuk tulang 
  2. Magnesium - Membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang
  3. Boron - Membantu metabolisme tulang
  4. Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
  5. Tembaga, Zink dan Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang

Mengapa kalsium penting semasa hamil?
  • Bayi yang berkembang dalam rahim ibu memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat. 
  • Kalsium juga membantu bayi membesar dan membentuk jantung, saraf dan otot yang sihat.
  • Jika protein digunakan badan untuk membina otot, kalsium pula membantu otot lebih sihat. Oleh sebab itulah, dalam set ibu hamil shaklee mengandungi ESP Shaklee untuk sumber protein dan juga kalsium
  • Kalsium juga perlu untuk membangunkan irama jantung yang normal dan kebolehan pembekuan darah.
  • Walaupun garis panduan umum adalah 1,000 miligram sehari (bersamaan dengan tiga gelas susu), wanita yang mengandung atau menyusu memerlukan lebih banyak - 1,200 hingga 1,400 miligram sehari. 
 Ostematrix dalam set mengandung Shaklee

Pengambilan setiap vitamin dalam kuantiti yang sesuai akan membantu mencukupkan khasiat yang diperlukan oleh ibu hamil dan juga anak dalam kandungan. InsyaAllah

Boleh hubungi saya jika ada pertanyaan berkenaan dengan supplemen Shaklee. :)

Terima kasih

Nak tanya tentang Shaklee?

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia

0 comments:

Post a Comment