Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Saturday, September 30, 2017

Kelebihan Memberi Anak Susu Ibu

sumber : Baby Center
Susu ibu membekalkan segala yang diperlukan oleh bayi anda untuk berkembang maju selama enam bulan pertama hidupnya.

Menyusukan bayi anda memberi banyak faedah. Berikut adalah di antaranya:
  • Ia mengurangkan risiko bayi mengalami sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).
  • Ia membantu bayi anda melawan jangkitan dan membentuk bakteria baik dalam sistem pencernaannya. Bayi anda mendapat kesemua nutrien yang diperlukan untuk membesar dengan baik daripada susu anda, disamping mendapat perlindungan daripada bakteria berbahaya.
  • Susu ibu mengandungi antibodi daripada badan anda yang membantu melindungi bayi anda daripada sakit perut (gastroenteritis), selesema, jangkitan dada dan jangkitan telinga.
  • Ia membantu membentuk ikatan rapat di antara ibu dan anak, dan dapat membantu mengelakkan kemurungan selepas bersalin (meroyan).
  • Ia mempersiap-sediakan bayi anda merasa pelbagai rasa yang berbeza. Berbanding dengan susu formula, susu ibu mempunyai rasa berbeza, bergantung kepada apa yang anda makan. Dengan ini, bayi anda akan kurang cerewet dalam memilih makanan apabila dia sudah bercerai susu kelak.
  • Apabila bayi anda sudah besar sedikit, penyusuan badan menjadi satu cara untuk menenangkan bayi jika dia tidak sihat dan tidak lalu makan. Susu ibu juga membantu bayi sembuh daripada penyakit dengan lebih cepat. Apabila bayi anda sudah mula makan makanan pejal, anda masih boleh meneruskan penyusuan badan.
  • Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada jangkitan. Bayi anda mungkin terkena jangkitan, dan sebaik sahaja anda sendiri dijangkiti, badan anda segera bekerja untuk menghasilkan antibodi. Antibodi ini seterusnya dipindahkan ke dalam susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia menyusu.
  • Jika anda menyusukan bayi anda secara eksklusif selama enam bulan yang pertama, dalam jangka masa setahun hidupnya bayi anda kurang berkemungkinan terkena jangkitan, dan sembuh lebih cepat jika sakit. Oleh itu, anda mungkin mahu berfikir panjang jika hendak menghentikan penyusuan badan atau menggabungkannya dengan susu formula.
  • Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat masalah nafas berdehit dalam zaman awal kanak-kanaknya dan ekzema yang teruk. Malah ia juga membantu mengelakkan bayi mendapat penyakit serius seperti leukimia, serta membantu bayi membesar dengan berat badan yang sihat. Ini seterusnya membantu anak mengelakkan penyakit berkaitan berat badan seperti kencing manis jenis ke-2 apabila dia lebih besar.
  • Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu perkembangan otak bayi.
  • Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia membantu anda mengurangkan berat badan dan mengekalkannya di kemudian hari. Ia mengurangkan risiko anda mendapat kencing manis jenis ke-2, kanser payudara pra-menopaus dan kanser ovari. Untuk satu jangka masa, penyuan badan juga menghentikan sementara ovulasi, maka anda bebas daripada haid untuk tempoh tertentu.
  • Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan.
  • Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda!

Disemak oleh pendidik antenatal dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor. Beliau juga merupakan penulis bersama Asian Parenting Today.


Sumber : Baby Center

Continue Reading

Tuesday, October 27, 2015

Cara keringkan susu badan dan elak bengkak susu



Ni dari pengalaman Wani sendiri la.. Bengkak susu terjadi sebab nak berhentikan anak solehah Zara Saffiyah. Umur 2 tahun 3 bulan.

Selama tak beri susu pada Zara, susu jadi bengkak. Tak tahan bengkak, saya pump susu keluar. Alhamdulillah lega.

Pernah dengar ada orang bagi tahu jangan pump nanti akan stimulate susu tu balik. Tapi tak tahan la bengkak susu, tak boleh nak buat kerja jadinya. Seksa menahan susu bengkak. Yang dah rasa je tahu macam mana rasanyakan? Hihi. Rasa macam nak lempang orang pun ye! Rasa je, tak buat betol pon. Haha.

Rupanya itu cara yang terbaik. Lepas pump, susu letak dalam botol. Jangan buang gitu je, boleh kasi anak minum lepas tu. Rupanya jika takda suction dari baby, susu tu lambat nak ada balik. Dua or tiga hari baru ada susu dan jika bengkak, pump lagi.

Lama kelamaan susu tu akan kering dengan sendiri tanpa rasa sakit bengkak susu. :)

Sekian saja tips dari saya. Anda boleh cuba!
Continue Reading

Tuesday, October 20, 2015

Kelebihan Susu Ibu

Susu ibu merupakan susu terbaik di dunia untuk diberikan kepada bayi yang baru dilahirkan. Setiap ibu sudah pasti menginginkan yang terbaik buat anak-anaknya. Saat menyusukan bayi sudah tentu tidak dapat dilupakan oleh seorang ibu dengan keletah anak manja yang comel. :)

Apa kelebihan susu ibu?


1. Ibu cepat kembali ke bentuk badan asal. Cepat mendapat tubuh badan yang diinginkan.

2. Tidak perlu bekalan susu formula ketika keluar. Menjimatkan masa dan space kereta jika ingin travel ke mana-mana.

3. Mengurangkan masalah elergi dan penghadaman bayi (bayi lebih sihat). Anda akan dapat lihat perbezaan antara bayi yang menyusu badan mempunyai imuniti yang tinggi berbanding bayi yang menyusu susu tepung.

4. IQ bayi lebih tinggi.

5. Jimat tanpa membeli susu formula. Susu formula di pasaran tidak kurang juga mahalnya. :)

6. Mengurangkan risiko osteoporosis, kanser payudara & ovari pada ibu.

7. Kandungan nutrisi susu ibu berubah mengikut umur bayi. Subhanallah.

Semoga bermanfaat untuk anda. :)
Continue Reading

Wednesday, May 21, 2014

Asas penyusuan : Fore Milk vs Hind Milk

Assalamualaikum..

Biasa kita dengar orang-orang tua bagitau,"Sebelah kanan nasi,sebelah kiri air.Jadi klu nk baby cpt kenyang sila menyusu seblah kanan lagi kerap drpd kiri.."
 

Ada maksud tersirat yang kita tak tau.Orang tua-tua kan kaya dengan kiasan dan ilmu.
Secara saintifiknya,sebelah kanan ke atau sebelah kiri, kedua-duanya adalah susu, tiada istilah nasi dan air..yang bezanya ialah FORE and HIND..milk.

♥ Foremilk adalah susu yang berada ‘di depan’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Oleh itu bila proses penyusuan berlaku, foremilk akan keluar dulu. Foremilk lebih cair (tinggi kandungan air) dan warnanya kehijauan atau kebiruan. Ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin.

♥ Hindmilk pula ialah susu yang berada ‘di belakang’ breast. Ia lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’.

Oleh itu sbb itulah ibu-ibu dinasihatkan untuk mengepam terlebih dahulu sebelum menyusukan baby (lebih kurang 5-10mins).
Ini kerana,Hindmilk biasanya akan keluar 10-15mins kemudian setelah semua foremilk dihabiskan.

Kalau anda perasan gmbr di bawah terdapat perbezaan antara foremilk dan hindmilk.Oleh itu,ibu-ibu hendaklah menyusukan bayi dalam tempoh 15mins-20mins setiap breast sebelum menukarkan ke breast yang satu lagi.Ini utk mengelakkan baby hanya dapat FOREMILK sahaja.



Sharing is caring!

Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   
Continue Reading

Susu Ibu : Bukan sekadar makanan biasa

Susu ibu bukan sekadar makanan, ia lebih dari itu. Susu ibu mengandungi antibodi penting untuk melawan jangkitan dan mempunyai kesan psikologi dan perubatan yang penting kepada kedua-dua ibu dan bayi.

Jika kita bandingkan anak yang menyusu badan dan anak yang minum susu formula..tahap kesihatan mereka tidak sama.


Tanyalah mana mana pakar pun mereka akan mengatakan susu ibu adalah yang TERBAIK.

Kajian mengatakan anak-anak yang disusu ibu sepenuhnya kurang jatuh sakit dalam tahun pertama. Susu badan membantu untuk mengelak dari penyakit ekzema, jangkitan telinga, jangkitan salur kencing,pneumonia dan bronkolitis

Tidak terhad kepada bayi sahaja, ibu juga turut mendapat manfaatnya di mana membantu lindungi dari kanser payu dara, kanser ovari, osteoporosis ketika lanjut usia.

Tahukah anda? terdapat 400 jenis nutrien dalam susu ibu yang tidak dapat dijumpai di dalam susu formula. Malah kandungan nutriennya berubah mengikut keperluan bayi semasa ia membesar. Subhanallah.

Berikan yang terbaik untuk si manja anda.


Testimonial mengamalkan supplemen Shaklee 

Anak pertama tak dapat menyusu sepenuhnya kerana kekurangan ilmu dalam dunia penyusuan.

Alhamdulillah anak kedua dapat menyusu dengan sepenuhnya cuma masa pergi umrah hari tu terpaksa campur. Ini yang terjadi pada diriku.

Dalam gambar memaparkan testimonial dari Pn Wahidah yang dapat menyusukan anaknya secara eksklusif!

Alhamdulillah. 





Sharing is caring!



Info & Order:   

Noor Zawani Suhaimin (Wani)   

Shaklee ID : 866668 

Sms / Whatsapp : 019 658 1210   


Continue Reading

Friday, December 27, 2013

Susu Termahal Abad Ini

Susu ibu dalah susu yang terbaik di dunia..tiada tandingan dengan susu yang ada di pasaran.walaupun harganya beribu kali MAHAL.



Tanyalah mana-mana pakar kesihatan...pasti jawapan mereka adalah dengan memberi susu ibu. Anugerah dari Allah yang tidak ternilai untuk si kecil. Adalah menjadi tangungjawab ibu untuk menyusukan anak mereka kerana susu ibu itu adalah hak anak anda.


Susu ibu yang diberikan kepada anak mempunyai banyak khasiatnya yang tidak terhitung banyaknya. Jika diberi sejak dilahirkan, kurang kemungkinan anak jatuh sakit dalam tahun pertamanya. InsyaAllah.


Jika anda ibu muda yang tiada pengalaman dalam penyusuan, cari gali lah ilmu sebanyaknya demi untuk mejayakan penyusuan pada si manja anda.


Hubungan anak dengan ibu juga lebih akrab. Wallahualam.


Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   

Continue Reading

Thursday, March 21, 2013

Pengalaman menyusu anak pertama

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Wani nak share pengalaman Wani menyusukan anak pertama. Sebelum bersalin memang Wani dah survey cara-cara nak menyusu bayi dan study sikit-sikit mengenai susu ibu. Sesungguhnya susu ibu ni banyak kelebihannya sebab itulah ia tercatat dalam Al-quran.

Hari pertama melahirkan putera sulung; Muhammad Zafran..pada pukul 12.34 tengah hari, 10.03.2011. Wani tak dapat menyusukan Zafran secara terus sebab Zafran dipantau oleh doktor memandangkan keadaanya yang lemah semasa dilahirkan. Zafran dilahirkan secara pembedahan memandangkan posisinya songsang pada masa itu.

Lama juga Wani tunggu nak lihat wajah Zafran ni. Tengah malam barulah nurse bawa Zafran jumpa dengan ibunya. Nampak bersinar dan bercahaya je muka Zafran pada masa tu..terus hilang rasa sakit kat tempat bedah..lupa segala-galanya bila tengok wajah comel si kecik ni. SUBHANALLAH..Kata nurse, Zafran sudah kenyang diberi susu. Of course la susu tepung!..rasa kecewa pun ye juga sebab susu pertama yang masuk ke mulut Zafran bukan susu ibunya :(. Redha je lah.

Memandangkan Wani bersalin c-zer, cuba juga picit susu untuk keluar..tapi susu tak ada..aduss, mcm mana Zafran nak menyusu nanti. Puas dah Wani picit pastu df Zafran..tapi susu mcm tak keluar je. Zafran menangis kelaparan. Terpaksa juga sekali lagi bagi susu tepung :(

Hari ke dua tu mula la nampak susu keluar sikit-sikit. Zafran pula bukan main lama df. Ada dekat sejam dia df. Berhenti kejap, pastu nak lagi. Mula teringat orang cakap-cakap..baby laki ni kuat menyusu..memang betullah..hehe..Alhamdulillah.



Masa Zafran umur 1 tahun 3 bulan, Wani ambil supplemen dari Shaklee (baru kenal Shaklee masa tu) memandangkan susu kurang pada masa tu dan Zafran pun sekejap lapar dan lapar nak bf. Alhamdulillah, lepas ambil set 3M susu dah mula banyak untuk Zafran. Biasa waktu malam mesti dia terjaga sebab nak minum susu. Tapi bila wani consume supplemen dari Shaklee ni..dia lena je tido malam-malam. Kulit Zafran pun cantik bersih je :)



Wani continue ambil supplemen tu sampi sekarang dan sekarang, Wani dah mengandung anak yang ke dua dan akan terus mengambil supplemen Shaklee yang SUPER BEST ni. Wani nekad, anak ke dua ni Wani nak menyusu sepenuhnya, tak nak bagi anak minum susu tepung lagi. Insya Allah. Moga Allah permudahkan jalan ku ini. Ameen.

Sekian sahaja dulu. Nanti cerita lagi :)
Continue Reading

Wednesday, March 20, 2013

Perbezaan Susu Formula vs Susu Ibu


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Wani nak share dengan anda semua tentang perbezaan antara susu formula dengan susu ibu. Semua orang tahu, susu terbaik di dunia adalah susu ibu. Jadi, mari kita tengok perbezaan ini.

Formula vs Breast milk

Hanya terdapat sedikit persamaan susu formula dengan susu ibu. Subhanallah, sesungguhnya ciptaan Allah taala Maha Hebat jika dibandingkan dengan susu formula buatan manusia.

Antara persamaan yang didapati adalah:
1. Air
2. Protein
3. Karbohidrat
4. DHA/ARA
5. Lemak
6. Vitamin
7. Mineral

Kelebihan lain yang tiada pada susu formula:
1. Enzim
2. Faktor tumbesaran
3. Anti parasit
4. Anti alergi
5. Anti virus
6. Hormon
7. Antibodi

Susu ibu sangat berharga, susuilah anak anda..dengan susu ibu, kita juga boleh mengeratkan hubungan ibu dengan anak. Anak kita akan lebih rasa selamat dan selesa dalam dakapan ibunya semasa kita menyusukannya. Sungguh tidak terkata nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita. Jangan persiakannya. Wallahualam.
Continue Reading

Tuesday, March 19, 2013

Kuantiti susu yang diperlukan bayi.


Salah Faham #1 Tentang Penyusuan Di Dalam Pantang <==

Salah FAham #1: Bayi kerap menangis, susu saya tak banyak, jadi saya terpaksa top up dengan formula..

Ibu - ibu yang dikasihi, ketahui lah, hakikat sebenar, saiz perut bayi semasa dalam pantang adalah sangat kecil. Hanya sebesar guli. Tubuh kita akan hasilkan susu berpadanan dengan size perut bayi sahaja.

Bayi kerap menangis bukan sebab kita tak cukup susu. Tapi ia menandakan susu kita sangat bagus. Susu ibu sangat mudah hadam. Bila mudah hadam, bayi akan mudah kenyang. Bila cepat kenyang, bayi akan mudah cepat lapar semula. Bila lapar semula, bayi akan meminta susu semula.

IA BUKAN BERMAKNA SUSU ANDA SEDIKIT

Semasa dalam pantang, adalah sangat bagus jika bayi kerap hisap susu. Lagi kerap bayi hisap susu, lagi bagus stimulation terhadap payudara untuk menghasilkan banyak dan banyak susu.

Pengalaman saya sendiri semasa dalam pantang, bayi saya, bayi lelaki menyusu setiap 15- 30 minit, tak kira siang atau malam. Saya tak top-up langsung dengan formula milk. Saya amalkan Shaklee supplement untuk rasa bertenaga dan segar.

Walaupun bayi nampak tak kenyang di mata kasar kebanyakan orang, tapi bila pam, susu saya sangat banyak sampai terpaksa dibuang sebab tak cukup ruang peti sejuk.

Fahami lah, bukan susu anda sedikit, tapi ia adalah kerana perut bayi kecil, maka tubuh kita akan hasilkan susu ikut size perut bayi. Kalau nak tambah kuantiti susu, kerapkan lah menyusu bayi. Lagi kerap lagi bagus. Lagi lama lagi bagus. Dan fahami lah, kalau nak tambah kuantiti susu, pastikan bayi anda hisap dengan kerap. Hisapan bayi adalah much much better dari pam yang kita beli.

Happy Breastfeeding! :)


Credits


Continue Reading

Thursday, June 28, 2012

Betul ke bagus susu ibu ni?

Assalamualaikum :)

Subhanallah...soalan apakah ini? :D

Kewajipan ibu menyusukan anak terkandung dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan (bapa pula) memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya, tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya..." - surah al-Baqarah: 233.

Alhamdulillah sehingga ke hari ini Wani masih dapat lagi menyusu Zafran. Sekarang umur Zafran 1 tahun 3 bulan. Lagi 9 bulan untuk susukan Zafran. Harap-harap dapatla susukan Zafran hingga umurnya cukup 2 tahun.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, susu ibu adalah susu yang terbaik didunia.  AIR susu ibu merupakan minuman berkhasiat untuk bayi terutama susu awal ibu iaitu susu yang mula-mula sekali keluar selepas seseorang wanita melahirkan anak.

Khasiat susu awal ibu dikaitkan dengan kandungan kolestrum yang berwarna kekuningan. Ia membekalkan antibodi daya tahan penyakit yang kuat kepada bayi.

Bayi yang minum susu ibu juga dipercayai mempunyai personaliti dan memiliki emosi yang stabil. Amalan menyusukan bayi turut berfaedah kepada ibu dalam membentuk tubuh yang langsing selepas bersalin, membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari.

Walaupun susu ibu terhasil secara semula jadi, ibu perlu pastikan pada waktu ini pemakanan mereka diberikan perhatian sewajarnya supaya kualiti susu berada pada tahap terbaik dengan mengambil makanan berkhasiat selain menghindari teh dan kopi kerana ia dikatakan menyebabkan bayi menjadi terlalu aktif.

Ambil hidangan seimbang dengan makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien seperti kalsium, zat besi, iodin, zink dan pelbagai vitamin. Jangan lupa, lebihkan minuman menjamin bekalan mencukupi untuk tubuh ibu sendiri serta penghasilan susu. - credits.

p/s: Susulah anak anda selagi termampu. Next entry, berusaha untuk mengoptimumkan susu badan dan alhamdulillah terjumpa produk yang amat berkesan :D
Continue Reading