Wednesday, March 20, 2013

Perbezaan Susu Formula vs Susu Ibu


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Wani nak share dengan anda semua tentang perbezaan antara susu formula dengan susu ibu. Semua orang tahu, susu terbaik di dunia adalah susu ibu. Jadi, mari kita tengok perbezaan ini.

Formula vs Breast milk

Hanya terdapat sedikit persamaan susu formula dengan susu ibu. Subhanallah, sesungguhnya ciptaan Allah taala Maha Hebat jika dibandingkan dengan susu formula buatan manusia.

Antara persamaan yang didapati adalah:
1. Air
2. Protein
3. Karbohidrat
4. DHA/ARA
5. Lemak
6. Vitamin
7. Mineral

Kelebihan lain yang tiada pada susu formula:
1. Enzim
2. Faktor tumbesaran
3. Anti parasit
4. Anti alergi
5. Anti virus
6. Hormon
7. Antibodi

Susu ibu sangat berharga, susuilah anak anda..dengan susu ibu, kita juga boleh mengeratkan hubungan ibu dengan anak. Anak kita akan lebih rasa selamat dan selesa dalam dakapan ibunya semasa kita menyusukannya. Sungguh tidak terkata nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita. Jangan persiakannya. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment