Showing posts with label asas penyusuan. Show all posts
Showing posts with label asas penyusuan. Show all posts

Monday, August 24, 2015

Cara nak wean-off atau cerai susu

Setiap ibu-ibu mesti mengalami proses bercerai susu (wean-off) dengan si manja tersayang. Perasaan yang pastinya meruntun hati pasti dialami ibu-ibu dan juga si manja. Begitu juga dengan saya. :) Proses bercerai susu bagi anak pertama amat mudah jika dibandingkan dengan anak ke 2 :)


Pengalaman bercerai susu anak pertama

Amat mudah sekali. Hanya mengatakan pada Zafran (anak), 'nenen' ibu sakit. Masa tu umur Zafran 1 tahun 9 bulan. Zafran dah boleh faham apa yang diberitahu. Nak bercerai susu sebab masa tu mengandungkan anak ke 2. Dia lihat muka ibu berkerut-kerut tahan sakit (masa ni memang sakit sebab susu membengkak). Sejak dari tu, Zafran langsung tak mintak nenen sebab dia risau ibu sakit. Tapi perasaan ibu pula yang sayu dah sedih bila bercerai susu dengan anak. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Pengalaman bercerai susu anak ke dua

Berbeza dengan adiknya Zara. Zara sekarang dah 2 tahun. Nak ceraikan susu ni sebab tak tahan asyik kena gigit je. Haha. Lagi pun umur Zara dah 2 tahun. InsyaAllah Zara dah dapat manfaat secukupnya dari susu ibu.

Cara 1 : Guna Vivix Shaklee. Vivix Shaklee kan warna merah pekat. Cakap ngan Zara ni darah, nenen ibu berdarah. Mula-mula dia takut dan tak nak, tapi lepas tu dia lap dengan kain. So, Zara berjaya. haha

Cara 2 : Letak kopi Vietnam. Zara ni cerdik, mula-mula je dia tak nak, tapi lepas tu dia datang balik tengok ada lagi tak kopi Vietnam tu kat nenen ibu. Kalau ada lagi, dia sapu-sapu pastu perlahan-lahan minum. Hmm..lekat juga kopi Vietnam kat mulut dia. Tapi kopi Vietnam ni macam tak pahit pula, sedap je dia minum susu ibu. Haha. So, Zara berjaya. Haha

Cara 3 : Guna minyak but-but HPA. Tak berjaya juga sebab Zara ni memang seorang yang tidak pernah mengalah dan berputus asa. So, Zara menang. Haha

Ok, Jadi saya amik keputusan untuk biarkan je. Bila dah bersedia nanti, senang je Zara wean off dengan sendiri hendaknya. Hehe.


Tip mudah untuk cerai susu anak - Credit

1) Bercakap

Terangkan pada anak yang dia dah besar. Kene minum susu botol dah. Mintak persetujuan anak. Lakukan masa sedang bf. Lakukan berulang-ulang tiap kali bf, 1-2 minggu.


2) Beri Masa

Kalau kita target nak cerai susu akhir Mac, awal Februari tu dah start beri hint dan explain kat anak.


3) Setkan Minda

Kita yakin yang usaha kita pasti berjaya. Fikirkan yang anak kita dengan mudah nanti nak bercerai susu.


4) Bersabar

Proses cerai susu ni melibatkan emosi ibu dan anak, jadi si ibu perlu banyak bersabar dengan karenah anak-anak. Kalau anak mengamuk, menangis, pujuk dengan kasih sayang.


5) Bercakap Benar

Jangan menipu kata miss B sakit, jadi tak boleh bf anak lagi. Kalau letak sirap, mungkin boleh tunjukkan memek muka yang tak best.

Kalau kebetulan sakit, boleh explain kat anak.


6) Bahan Yang Selamat

Janganlah guna bahan yang kelat sangat macam akar bakawali. Kesian kat anak kita.

Setakat sirap tu ok lagi. Ada yang guna kopi tapi last-last, anak jadi penggemar kopi plak. Kalau tak nak dedahkan kafein lebih awal pada anak, baik guna bahan lain.


7) Berdoa

Part ni paling penting. Tiap kali lepas solat, doa sungguh-sungguh agar Allah tolong, beri kemudahan. Alhamdulillah, walaupun 2 percubaan cerai susu saya tak berjaya, percubaan kali ke-3 berlaku dengan sangat mudah.

Semoga bermanfaat! :)

Lagi tips weaning off ---->> di sini
Continue Reading

Tuesday, August 4, 2015

Produk untuk ibu menyusu

Bila badan kita sihat, insyaAllah produktiviti susu untuk si kecil tidak akan terganggu. Banyak faktor-faktor yang membolehkan seseorang itu kurang susu badan. Antaranya adalah:

1. Sesi pump dikurangkan atas alasan sibuk

2. Jarak antara sesi pump melebihi 4 jam (jarak yang terlalu jauh menyebabkan badan mendapat signal baby tidak perlukan banyak susu, jadi badan kurangkan penghasilan susu)
       
3. Ibu meninggalkan sesi pump semasa cuti/kursus
       
4. Kurang pengambilan air kosong (ibu menyusu harus minum 3-4 liter air kosong sehari)
       
5. Ibu terlalu penat dan stress dengan urusan seharian
       
6. Ibu tidak mengamalkan pemakanan seimbang
       
7. Ibu tidak sihat/sakit


Ini adalah antara punca-punca lazim yang menyebabkan susu ibu kurang. Namun tidak dinafikan ada juga faktor-faktor lain di luar kawalan seperti datang haid ataupun hamil. 2 faktor ini juga biasanya menyebabkan susu ibu kurang kerana ketidakstabilan hormon dalam badan.

Jadi, saya ingin kongsikan dengan anda di luar sana tentang makanan tambahan yang saya ambil bagi menjayakan penyusuan anak sehingga ke 2 tahun.


1. Vitalea

lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas


2. B-Complex
menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh


3. Vitamin C
Vitamin C merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik, anda perlukan Vitamin C


4. ESP (Energizing soy protein)

Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Shaklee ESP membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.


5. Ostematrix (Calcium Magnesium)
 
diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi dan juga mengurangkan risiko osteoporosis


6. Alfalfa
 
galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan alfalfa juga berfungsi untuk keintiman wanita.

Sedikit sebanyak mengenai info makanan kesihatan yang saya ambil. Jika anda berminat untuk mendapatkannya juga, boleh hubungi secara sms / whatsapp di 019 658 1210
Continue Reading

Tip Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Entry ni Wani tujukan khas untuk ibu-ibu menyusu di luar sana. Wani pun seorang ibu yang sedang menyusukan anak yang sekarang dah berusia 1 tahu 11 bulan 21 hari. Bagi yang menghadapi masalah penyusuan, anda bolehlah apply tip2 yang wani kongsikan ni yer. InsyaAllah sangat membantu. Konsep demand Vs supply anda perlu tahu iaitu lebih banyak ransangan pada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. Di bawah disenaraikan 11 tips atau langkah yang anda boleh amalkan untuk meningkatkan produktiviti susu.
1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.

Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.

Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
   
Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.


2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
   
Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
   
Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.


3. Minum banyak Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


4. Fikir Bayi Fikir Susu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
   
Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...


5. Berdisiplin

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.


6. Tendum Pumping

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.


7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz.


8. Menyusu / mengepam Lebih Lama


Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
   
Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
   
Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah


9. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


10. Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com


11. Pengambilan suplemen

Dibolehkan. Antaranya ESP (Energizing Protin Shaklee)

Semoga tips ini membantu ibu-ibu yang KENTAL di luar sana. Happy breastfeeding!

Continue Reading

Friday, June 6, 2014

Suhu Air Suam Untuk Panaskan Susu Ibu

 Assalamualaikum dan seamat pagi.

Wani nak share info mengenai penyusuan dengan anda semua. Jom!

Ramai org tau jgn panaskan dengan air mendidih, hanya air suam..tapi tak ramai yg tau berapa suhu sebenar air tersebut. Dan yg pasti “suam” bg setiap org mungkin tak sama.

So, nak senang begini formulanya:

Air suam = 1 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa


Lepas ni harap kita sume tak buat silap yg bole dielakkan.

Kenapa tak boleh rendam dalam air panas atau mendidih?

susu tu tak bole panaskan dlm direct air yg mendidih sbb akan rosakkan kandungan antibodi n khasiat dlm susu tu…

tak lah smpai membahayakan, cuma dikhuatiri kita tak dpt bekalkan khasiat susu ibu yg optimum.

Happy sharing!


Info & Order:   

Noor Zawani Suhaimin (Wani)   

Shaklee ID : 866668 

Sms / Whatsapp : 019 658 1210   


Continue Reading

Monday, May 26, 2014

Menyusu : Kanan kiri

Teringat kata kata dari seorang nenek ni..masa tu berpantang anak pertama.

'Menyusu belah kanan ibarat beri nasi..belah kiri beri air'

Maksud yang cuba nenek ni sampikan..mulakan menyusu anak sebelah kanan dulu dan selepas tu kiri pula. Ini apa yang saya faham.

Hakikatnya apa yang cuba disampaikan adalah berkaitan foremilk dan hindmilk.

Susu yang cair tu adalah susu yang dihasilkan pada bahagian awal atau nama glamournya FOREMILK. Dalam foremilk kandungan lemaknya adalah rendah. Nilah yg orang2 tua panggil sebagai AIR. Susu yang pekat pula adalah susu yang terhasil di akhir penyusuan atau nama glamournya HINDMILK. Kandungan lemaknya adalah tinggi. So org2 tua panggilnya NASI. Myb ni la asal usulnya nasi dan air tu kot. Hehehe...

Dalam FOREMILK ia mengandungi kandungan laktosa yg tinggi untuk tenaga, menghilangkan dahaga dan perkembangan otak bayi manakala HINDMILK untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi. Begitu lah adanya... So betul gak konsep orang tua2 ni air dan nasi kerana air menghilangkan dahaga dan nasi untuk kenyang.. cuma interpretation nya agak lari sikit...

Haa..terjawab sudah persoalan. :))



Sharing is caring.
 
Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   
Continue Reading

Wednesday, May 21, 2014

Asas penyusuan : Fore Milk vs Hind Milk

Assalamualaikum..

Biasa kita dengar orang-orang tua bagitau,"Sebelah kanan nasi,sebelah kiri air.Jadi klu nk baby cpt kenyang sila menyusu seblah kanan lagi kerap drpd kiri.."
 

Ada maksud tersirat yang kita tak tau.Orang tua-tua kan kaya dengan kiasan dan ilmu.
Secara saintifiknya,sebelah kanan ke atau sebelah kiri, kedua-duanya adalah susu, tiada istilah nasi dan air..yang bezanya ialah FORE and HIND..milk.

♥ Foremilk adalah susu yang berada ‘di depan’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Oleh itu bila proses penyusuan berlaku, foremilk akan keluar dulu. Foremilk lebih cair (tinggi kandungan air) dan warnanya kehijauan atau kebiruan. Ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin.

♥ Hindmilk pula ialah susu yang berada ‘di belakang’ breast. Ia lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’.

Oleh itu sbb itulah ibu-ibu dinasihatkan untuk mengepam terlebih dahulu sebelum menyusukan baby (lebih kurang 5-10mins).
Ini kerana,Hindmilk biasanya akan keluar 10-15mins kemudian setelah semua foremilk dihabiskan.

Kalau anda perasan gmbr di bawah terdapat perbezaan antara foremilk dan hindmilk.Oleh itu,ibu-ibu hendaklah menyusukan bayi dalam tempoh 15mins-20mins setiap breast sebelum menukarkan ke breast yang satu lagi.Ini utk mengelakkan baby hanya dapat FOREMILK sahaja.



Sharing is caring!

Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   
Continue Reading