Monday, May 26, 2014

Menyusu : Kanan kiri

Teringat kata kata dari seorang nenek ni..masa tu berpantang anak pertama.

'Menyusu belah kanan ibarat beri nasi..belah kiri beri air'

Maksud yang cuba nenek ni sampikan..mulakan menyusu anak sebelah kanan dulu dan selepas tu kiri pula. Ini apa yang saya faham.

Hakikatnya apa yang cuba disampaikan adalah berkaitan foremilk dan hindmilk.

Susu yang cair tu adalah susu yang dihasilkan pada bahagian awal atau nama glamournya FOREMILK. Dalam foremilk kandungan lemaknya adalah rendah. Nilah yg orang2 tua panggil sebagai AIR. Susu yang pekat pula adalah susu yang terhasil di akhir penyusuan atau nama glamournya HINDMILK. Kandungan lemaknya adalah tinggi. So org2 tua panggilnya NASI. Myb ni la asal usulnya nasi dan air tu kot. Hehehe...

Dalam FOREMILK ia mengandungi kandungan laktosa yg tinggi untuk tenaga, menghilangkan dahaga dan perkembangan otak bayi manakala HINDMILK untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi. Begitu lah adanya... So betul gak konsep orang tua2 ni air dan nasi kerana air menghilangkan dahaga dan nasi untuk kenyang.. cuma interpretation nya agak lari sikit...

Haa..terjawab sudah persoalan. :))



Sharing is caring.
 
Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   

0 comments:

Post a Comment