Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, November 16, 2020

Kau Lebih Baik Dari Aku

 

Kau lebih baik dari aku!

Pernah tak kita bergaduh? Berselisih faham antara satu sama lain? Berselisih pendapat?
 
Nak kongsikan 1 kisah ringkas para sahabat iaitu Abdul Rahman bin Auf dan Talhah.
 
Ketika ke dua sahabat ini berselisih pendapat, hubungan mereka agak renggang dan suatu ketika, ketika Talhah jatuh sakit, Abdul Rahman pergi ziarah Talhah dan ketika itu Talhah berkata, “ Wahai Abdul Rahman, engkau lebih baik dari ku.”
 
Kenapa Talhah berkata sedemikian?
 
Kerana ketika Abdul Rahman sakit, Talhah tak gi ziarah pun. Dan sebab itulah dia merasakan Abdul Rahman jauh lebih baik darinya.
 
Perlu berjiwa besar, perlu berlapang dada. 
 
Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dipermudahkan rezekinya dan ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah dia menyambungkan tali silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Our Children : Zafran Zara Muna Zeydan

 
Continue Reading

Sunday, August 30, 2015

Filem mesti tonton

First time tengok filem ni, masyaAllah..begitu kental tentera Al-qassam dalam menghadapi peperangan dengan pihak Israel. Syukur alhamdulillah Allah beri kekuatan kepada mereka. Mereka tidak gentar melawan musuh dengan apa yang mereka ada. Walaupun tidak mempunyai kelengkapan seperti tentera Israel, tentera Al-Qassam tidak menjadikan itu sebagai satu halangan untuk berjaya dalam peperangan tersebut. Jom ikuti kisal tentara Al-Qassam dalam berhadapan dengan tentera Israel.


GAZA, Rabu – Stesen televisyen Al-Aqsa telah menyiarkan sebuah filem ketenteraan bertajuk Serangan Hendap yang Membunuh (Death Ambushes) yang diterbitkannya dengan kerjasama Jabatan Media Briged Izzuddin Al-Qassam pada petang Isnin lalu.

Filem 55 minit itu adalah lakonan semula operasi-operasi ketenteraan yang telah dilaksanakan oleh satu kumpulan pejuang Al-Qassam melawan Zionis Israel dalam peperangan Al-‘Asful Ma’kul pada tahun 2014.

Kisah benar yang melibatkan 5 pejuang Al-Qassam itu menunjukkan kehebatan mereka berhadapan tentera darat Zionis di kawasan At-Tuffah yang terletak di timur Gaza.

Filem berbahasa Arab itu juga telah dimuatnaik ke laman youtube dan disertakan sari kata bahasa Inggeris.

Sejak dua hari dimuatnaik ke youtube, ia telah ditonton lebih 75,000 kali.

Melalui filem ini, para penonton berpeluang melihat keberanian pejuang Palestin mempertahankan tanah air di samping melihat kesusahan yang mereka hadapi bagi meneruskan perjuangan.

Dengan audio dan visual yang menarik, turut diselitkan nilai-nilai perjuangan, persaudaraan dan pergantungan harapan yang tinggi kepada Allah yang ditunjukkan oleh pejuang Al-Qassam.

Peperangan yang diberi nama Al-‘Asful Ma’kul (Dedaun hancur dimakan ulat) berlangsung selama lebih sebulan pada Julai dan Ogos 2014 dan berakhir dengan kegagalan Zionis Israel mengalahkan Al-Qassam.

Persetujuan mengadakan gencatan senjata dicapai antara kedua pihak dengan kelebihan kepada Hamas setelah hampir semua syarat yang diletakkan dipenuhi.
Continue Reading

Sunday, August 23, 2015

Sunnah sebelum tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :)

Malam ni wani nak kongsikan dengan anda sunnah yang boleh kita lakukan sebelum tidur.

Boleh dijadikan check list kita sebelum melelapkan mata. InsyaAllah hidup kita akan diberkati dan diredhai olehNYA.

*klik imej untuk paparan lebih jelas

Semoga bermanfaat! :)
Continue Reading

Sunday, August 2, 2015

Kelebihan Surah Al Mulk

Hari ni Wani nak kongsikan dengan anda semua tentang kelebihan surah Al-Mulk. Subhanallah, sememangnya banyak sangat kelebihan-kelebihan bagi pengamal surah ini. Al-Mulk adalah surah dari dalam Al-Quran yang bermaksud kerajaan. Dalam surah Al-mulk hanya terdapat 30 ayat. Jika anda sudah mahir membacanya, jadikanlah ianya sebagai wirid anda dalam solat. Tiada ruginya jika kita amalkan. Tak kenal maka tak cinta, tak amal maka tak rasa.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Surah Al-Mulk

Fadhilat Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:


1. Mendapat Syafaat

    Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”

    Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

    Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

    Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”


2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur

Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.


    Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

    Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

    Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.

    Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

    Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”

    Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda;“Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)


3. Hati Beriman

    Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

    Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”


4.  Mendapat Keistimewaan

    Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

    Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” .

Jom kita beramal dengan surah ini. Paling tidak pun sebelum tidur. InsyaAllah. Semoga kita semua diberi kekuatan dan hidayah dalam mengamalkannya secara istiqomah. Aamin.
Continue Reading

Saturday, August 1, 2015

Formula kejayaan.


Nak berjaya?

Jom amalkan formula 11 + 1 ni. Amalkan secara istiqomah. InsyaAllah anda akan berjaya.

Tips ni adalah dari mereka yang dah berjaya. Rugi jika kita tak amal.

NO LOMPANG! OK!

Anda akan rasa KEMANISANnya jika anda amalkan. 

Tak kenal, maka tak cinta. 
Tak amal, maka tak rasa.
Continue Reading