Tuesday, November 17, 2020

Kehidupan Yang Lebih Baik

 

Bagaimana yang dikatakan kehidupan yang baik?

Kajian daripada KWSP menyatakan kehidupan yang baik adalah bila:
 
1. Mempunyai duit yang cukup untuk perbelanjaan keperluan asas
 
2. Ada masa bersama keluarga, kawan-kawan.
 
3. Terlibat dalam aktiviti kominiti
 
4. Hidup bermakna dan memberi manfaat pada orang lain.
 

 
Tahap hidup dulu dan sekarang jauh dah berubah. Dulu roti canai 80 sen sekeping, sekarang dah RM1.20 sekeping. Dulu mak kita bagi duit sekolah RM1 sekarang kita bagi anak duit sekolah RM3.
 
Jadi nak tak nak, kita kena berusaha untuk tingkatkan atau tambah pendapatan. Ni perkara yang paling susah semua orang nak buat. Tapi tak mustahil.
 
Cara terbaik untuk tambah oendapatan adalah dengan memulakan perniagaan anda sendiri atau orang jawa kata ‘start your own bisnes’.
 
 
Macam Kak Ngah, Kak Ngah suka berkongsi tentang produk kesihatan.
 
Kenapa?
 
Sebab kehidupan yang baik adalah dengan mempunyai kesihatan yang baik.💕
 
Apa pun perniagaan yang kita buat, niatlah kerana Allah. InsyaAllah keuntungan yang kita dapat tu lebih berkat dan semoga Allah jadikan kita peniaga yang bertaqwa.💕

0 comments:

Post a Comment