Monday, October 12, 2015

Urutan bayi : I LOVE U

Teknik Urutan Dan Sentuhan Membentuk Bayi Bijak

Urutan dan sentuhan merupakan perkara yang tidak boleh lari daripada hidup manusia terutama bayi. Kebanyakkan ibu bapa di India meletakkan ‘infant massage’ pada tahap utama.

Ini antara kebaikan apabila kita melakukan urutan kepada bayi kita.

  • Menghasilkan ikatan antara ibu bapa dan bayi
  • Tenang
  • Bayi rasa disayangi
  • Membantu bayi tidur dengan nyenyak
  • Meningkatkan sistem imunisasi bayi
  • Rangsangan sentuhan
  • Menyihatkan kulit bayi
  • Melancarkan sistem pengaliran darah
  • Membantu sistem penghadaman
  • Membantu dalam pernafasan
  • Melegakan kesakitan pada gigi
  • Membantu ibu bapa mengenal bayi (keperluan dan kehendak)
  • Menenangkan ibu bapa
  • Membina keyakinan ibu bapa dan bayi
  • Pengalaman yang menyenangkan
  • Merangsang penghasilan hormon oksitoksin (hormon yang dihasilkan ketika proses mengurut,membantu menenangkan seseorang)
Jom kita belajar teknik urutan bayi yang betul.

Urutan Kepala dan Muka

Urutan Dada

Urutan Tangan

Urutan Kaki

Urutan Perut
 Urutan I love you

I – Buatkan gerakan huruf ‘I’ ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi.

Love – Buat bentuk ‘L’ terbalik dari arah kiri ke kanan.

U – Kemudian buatkan bentuk ‘U’ terbalik dari kiri ke kanan.

Ketika membuat gerakan ini, sebut ‘I love you’ dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.

Urutan I LOVE U
Urutan Bahagian Belakang

Ikatan adalah cinta, sambungan, penerimaan, ketenangan, kasih sayang, kegembiraan, empati, kesatuan, kehangatan, keseronokan, komunikasi dan keakraban. Sentuhan adalah elemen yang sangat kuat dalam ikatan setiap insan, seperti komunikasi, verbal atau non-verbal dan bertentangan mata yang berpanjangan. Urutan pada bayi menyumbangkan segala aspek dalam elemen ikatan ini.

Ikatan yang lemah mampu menjurus kepada situasi bayi pra matang, komplikasi, kurang sokongan fizikal atau emosi dan juga tekanan selepas bersalin. Dalam hal ini, urutan pada bayi mampu menghasilkan semula ikatan unik ini.

Semoga Bermanfaat!

1 comment: