Tuesday, October 6, 2015

Family Day PPM 2015 di Sunway Lagoon

Pada 3 & 4 Oct 2015 Kami berpeluang ke Sunway Lagoon untuk family day tempat hubby keje iaitu PPM. Ini merupakan kali ke dua kami menginap secara PERCUMA di Sunway Lagoon Hotel Resort & Spa.

Kali pertama dapat bisnes trip PERCUMA dari Shaklee. Alhamdulillah. Seronok dapat bawa family berjalan ni lagi lagi dapat menginap di hotel 5 star secara PERCUMA. hihi.

Tak banyak acara, hanya makan malam dan mandi di Sunway Lagoon untuk keesokan harinya.

Setiba di hotel, kami check in bilik no 1207. Anak-anak dah excited nak mandi kolam sebab ayanya dah siap-siap belu pelampung sorang satu.


Pelampung sorang satu..hmmm

Zara waspada hihi

Lepas mandi, naik bilik untuk bersiap ke majlis makan malam pula lepas Maghrib.

Kami bertuah kerana dapat meja kat dalam cafe fuzion yang ber'aircond'. Pihak Petronas ni bagus kerana dah susun siap-siap family yang ada anak kecil ditempatkan kat dalam dan dikelilingi makanan. Hehe. Terima kasih kerana prihatin. Jom layan gambar lagi.




Kanak-kanak paling happy sebab dapat coklat, dapat belon dari badut. Hehe.

Selepas dinner, sesi bergambar di lobby hotel pula.

from left : Ekin, Al adanan, Me, Ulfa

3 sweets family here!

Wefie 1 family


Esoknya kami dalam dilema samada nak main kat Sunway Lagoon atau tak sebab JEREBU. Hehe. Bila tengok IPU area Petaling Jaya dah cecah 250 tu yang jadi keliru tak menentu..haha... Tapi jika tengok cuaca, jerebu takda sangat compare semalam punya jerebu. Nampak clear je. So, kami decide turun ke Sunway Lagoon pukul 11 pagi.


Zafran dan Airis

Wefie kat jambatan pula :)

Posing

Sekian cerita kami ke Sunway Lagoon sempena Family Day PPM. :) Terima kasih Petronas!

0 comments:

Post a Comment