Wednesday, November 18, 2015

Haid Tidak Menentu Selepas Bersalin

Ramai juga yang mengalami masalah seperti ini yang menjadi tanda tanya kebanyakkan ibu-ibu di luar sana. Perasaan risau semestinya menjengah dibenak fikiran. Tidak kurang juga yang mengambil ubat untuk membolehkan kitaran haid kembali normal.

Anda perlu faham terlebih dahulu perubahan hormon wanita sebelum dan selepas lahirkan anak. Kebiasaanya darah nifas yang normal mengambil masa 40 - 60 hari untuk habis.


Berakhirnya tempoh nifas, itu menandakan organ pembiakan wanita telah pulih seperti sediakala. Sebaik darah nifas berhenti, biasanya putaran haid ibu akan kembali normal di mana haid datang kira-kira sebulan setelah darah nifas berhenti.

Bagaimanapun ada sesetengah ibu mengalami kelewatan haid, ada kalanya sehingga bayi berusia 6 bulan bahkan ada yang sampai 12 bulan. Keadaan ini biasanya lebih diakibatkan oleh keadaan hormon ibu. Ibu yang menyusu bayi secara eksklusif sering kali tidak mengalami haid sehingga bayi mengambil makanan pejal lain. Bagi ibu yang menyusu secara eksklusif, anda tidak usah risau jika tidak mengalami haid kerana ianya adalah normal bagi ibu yang menyusu secara eksklusif. Ada yang tidak mengalami haid sehingga 1 tahun. Itu normal. InsyaAllah.

Ini terjadi kerana selama ibu menyusukan bayi, badan ibu menghasilakn hormon prolaktin yang mengakibatkan tidak terjadinya ovulasi atau haid. Walau bagaimanapun, ada juga ibu yang mengalami masalah kelewatan walaupun tidak menyusu bayi mereka secara eksklusif kerana kandungan hormon prolaktin ibu yang tinggi.

Ada kajian menunjukkan 10 – 30% wanita mengalami peningkatan kadar prolaktin yang terus-menerus meskipun darah nifas sudah berhenti. Ini mengakibatkan ibu tidak mengalami haid. Gangguan ini disebut hiperprolaktinemia

Semoga bermanfaat untuk anda!

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia

0 comments:

Post a Comment