Thursday, July 26, 2012

Tips untuk kekal cergas dan bertenaga ketika berpuasa.


Assalamualaikum wbt :)

Tips elak keletihan ketika berpuasa:

  1. Tidur lama-lama..bila bangun dari tidur da nak dekat waktu berbuka..
  2. Mandi banyak kali dan lama-lama..
  3. Masukkan kepala dalam peti ais
p/s: Haha..jangan tiru ye adik-adik..bapak dan mak adik2 pon jgn tiru tau.buruk bebenor..hihi... (sekadar selingan untuk menceriakan hari anda :) )

OK, hari ni Wani nak kongsi betul2 tips yang boleh diamalkan untuk menjadikan badan kita kekal cergas sepanjang hari walaupun sedang menunaikan ibadah puasa.

Elakkan daripada tinggalkan sahur. Sabda Rasulullah saw, “Sahurlah kamu, kerana sahur itu terdapat berkat yang besar”. Pilih makanan yang berserat dan berprotein yang tinggi kerana sel-sel tubuh kita memerlukan gizi yang secukupnya untuk kekal bertenaga di waktu siang.

Jangan menangguh waktu berbuka. Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang sederhana supaya dapat memberikan semula tenaga pada badan. Supplement B Complex perlu diamalkan bagi menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan.

Atur menu makanan. Utamakan 5 unsur gizi yang lengkap iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Ambil makanan yang tinggi serat yang lazimnya terdapat pada sayur dan buah.

Hindari minuman sejuk dan kandungan gula yang tinggi. Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka kerana perut akan menjadi kembung akibat keadaan berasid di dalam perut yang 'terkejut' setelah seharian perut kosong. Sebaliknya biasakan berbuka dengan minuman suam dan air yang rendah kandungan gulanya. Berbukalah dengan kurma yang manis rasanya bagi menggantikan minuman manis.

Makan secara bertahap. Jangan terus makan sehingga kenyang ketika berbuka atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana seharian perut kita kosong dan organ pencernaan berada dalam keadaan rehat.

Lakukan senaman ringan. Bersenam mampu melancarkan peredaran darah. Solat terawih adalah senaman yang bagus kerana gerakan rukuk dan sujud itu sendiri boleh membakar kalori.

Banyak minum air antara waktu selepas berbuka sehingga sahur. Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air di antara waktu berbuka sehingga bersahur bagi menggantikan kehilangan air ketika berpuasa di siang hari. 

Jangan terus tidur setelah bersahur. 
Tubuh badan kita memerlukan waktu untuk mencerna makanan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, elakkan daripada terus tidur selepas bersahur bagi memberi laluan kepada proses ini untuk berlaku. 

Selain itu, Wani juga mengamalkan ESP atau Energizing SoyProtein! Of course pemakanan yang mengandungi protein yang tinggi untuk lebih kekal bertenaga sepanjang berpuasa.

Performance Drink Shaklee juga merupakan minuman favourite ketika berpuasa! Nak tahu kenapa?

 
Performance Drink Shaklee 

- Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi.

- Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina.

- Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

- Ia adalah minuman ahli sukan yg mengandungi imbangan elektrolit yg sempurna utk membantu mencegah dehydration seperti fungsi minuman elektrolit

- Ia membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan

- Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yg memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dlm darah.

-  Ia sesuai utk seisi keluarga..

Ingin mendapatkannya?

Hubungi:

SMS/Call di 019-6581210

PM di FB : Noor zawani Suhaimin 
Emel : wanipc@gmail.com

0 comments:

Post a Comment