Tuesday, April 9, 2013

Demo Lecithin : Bagaimana Lecithin mengurai lemak-lemak dalam badan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Wani nak kongsi ngan anda semua tugas lecithin Shaklee ni..Bagi yang dah cuba ambil Lecithin, mesti anda terfikir, bagaimana lecithin boleh menguraikan lemak-lemak tepu dalam badan anda kan...

Nak tahu ke macam mana? Tengok demo seperti dalam gambarajah di bawah:

Demo Lecithin Shaklee. Credit

Apabila dah melepasi step 6...tugas herblax dan alfalfa pula untuk mengangkut lemak-lemak tu untuk dinyahkan daripada badan.

Selain daripada untuk kurus, lecithin juga berfungsi untuk meningkatkan daya ingatan ke tahap yang lebih baik. 

Nak mencubanya? boleh lah contact saya seperti maklumat yang tertera di bawah:

Untuk info & Order: 

Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668
019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com
PM di FB : Noor Zawani Suhaimin
FB Fan Page : Kesihatan Adalah Anugerah
 

Continue Reading

Shaklee di Melaka!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Kepada warga Melaka atau sesiapa yang menetap di Melaka yang ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh berhubung dengan saya yea. Insya Allah saya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda!

Jika anda tidak tahu produk mana yang sesuai, ceritakan kepada saya masalah kesihatan anda dan saya akan cadangkan supplemen mana yang sesuai.

Jom dapatkan produk Shaklee anda hari ini. Semestinya SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN. Hanya di Shaklee.

Yang berminat nak buat side income dengan Shaklee bersama saya, jangan malu, jangan segan..anda dialu-alukan...Saya akan guide anda untuk sama-sama berjaya melalui secret group yang saya tubuhkan di FB!


Saya, Noor Zawani Suhaimin, adalah pengedar Shaklee yang bertauliah anda! :)

Soalan dan Jawapan bagi yang berminat nak buat side income klik sini
Untuk info: 
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668
017 2050 991 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com
PM di FB : Noor Zawani Suhaimin
FB Fan Page : Kesihatan Adalah Anugerah
 
Continue Reading

Friday, April 5, 2013

Krisis Pemulihan (Healing Crisis)

Assalamualaikum semua :)
Hari ni Wani nak kongsikan tentang apa yang orang selalu sebut sebagai healing crisis atau krisis pemulihan. Kadang-kadang bila kita makan supplement, kita tak rasa lebih sihat malah rasa lebih teruk dari sebelumnya. Sebenarnya kita sedang mengalami healing crisis. Jom baca tentang healing crisis oleh Dr. Mary Ruth Swope dari Columbia Unversity ni.




Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.


Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?
Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?
Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.


Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.


Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

1. Anda tidak mengambil dengan konsisten

2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan

3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus

4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang

5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih

6. Keadaan tubuh yang kronik


Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca

Tanda Krisis PenyembuhanKemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantukTubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa beratTekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahanMetabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busukTanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergasSistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumurFungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berairFungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarahMungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendiTubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejasProses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktifSistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendirKetidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besarMungkin buasir
Pening, laparHipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, seduSistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)

Masalah buah pinggang



Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAlah. 


Credits : Sihat Comel Ceria
Continue Reading

Testimonial Nutriferon : Alhamdulillah tak jadi demam semasa di tanah suci


[Vitamin Shaklee, kesihatan, Umrah & Ziarah] 

Selain dari persediaan mental, persediaan fizikal sangat penting sebelum menunaikan Haji mahupun Umrah. Semestinya kita inginkan kesihatan yang "tip top" sepanjang perjalanan & sepanjang masa beribadah & berziarah.

Syukur Alhamdulillah baru2 ni saya berpeluang menunaikan umrah & ziarah bersama suami. Selama 14 hari & dengan keiizinan Allah juga, sihat & ringan rasa badan.

Sebelum pergi saya bawa bekal vitamin2 dalam foto. Asalnya ada bawa sebotol Vivix juga yang kemudian tertinggal dalam fridge bilik hotel di Kuching. Tak sampai ke tanah suci si Vivix tu ~ WaAllahualam.

Saya amalkan omegaguard, B complex & ostematrix setiap hari untuk kekuatan fizikal & kesihatan. Carotomax untuk penjagaan mata kerana banyak membaca.

Suami memang tak tinggalkan AJHT & Ostematrix setiap hari walaupun di Malaysia.

Performance drink (dalam tumbler tupperware) saya minum sekali sekala masa di Istanbul sebelum sampai tanah suci. Semasa di tanah suci, of course, tiada yang lebih menyegarkan selain dari Air Zamzam. SubhanaAllah...

Di penghujung "trip" badan rasa macam nak demam & sakit tekak. Mungkin sebab keadaan di Mekah masih berdebu2 -" construction everywhere. Terus saya ambik nutriferon sebelum tidur. Alhamdulillah dah tak jadi demam & tinggal batuk sedikit2 saja. Teringat juga vit C Shaklee yang tertinggal (stok sedikit tinggal utk anak2 di rumah) .

Alhamdulillah vitamin2 ini sangat membantu saya & suami. Di harapkan perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda juga.
Credits : www.facebook.com/OotehHealth&Wellness
Bila kita berusaha untuk sihat demi melakukan ibadah padaNYA..Insya Allah Allah akan tunaikannya..sebagai hamba, kita perlu meminta daripadaNYA. Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, kita perlu menjaga dengan sebaiknya amanah yang diberikan kepada kita ini. Bila kita sihat, cergas..insyaAllah ibadah kita akan lebih sempurna. Wallahualam.
Untuk info & Order: 
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668
019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com
PM di FB : Noor Zawani Suhaimin
FB Fan Page : Kesihatan Adalah Anugerah
  
Continue Reading

Wednesday, April 3, 2013

Bulan Immune Booster!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua :)

Bulan ni saya panggil bulan 'Immune Booster' nak tahu kenapa? Sebab Shaklee mempromosikan produk eksklusifnya iaitu NUTRIFERON!





Nutriferon tak ada dijual di mana-mana farmasi atau kedai ye! Hanya di Shaklee dan dipatenkan khas untuk keluaran Shaklee. 40 tahun ianya dikaji untuk dikeluarkan oleh Dr. Yasuhiko Kojima yang merupakan individu pertama menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.

Alhamdulillah, nutriferon dapat membantu sekiranya mengalami sakit kepala, demam, sakit gigi, selsema, batuk dll. Kami sekeluarga menjadikan nutriferon ni sebagi first aid keluarga. Pergi travel mana-mana pun senang, hanya bawa beberapa sachet kecil ini sahaja.

Masa menyusukan Zafran dulu, kalau dia selsema, demam atau batuk..saya ambil nutriferon sahaja untuk tingkatkan immune dalam badannya. Saya jenis tak suka bagi anak antibiotik, sebab kita kena habiskan satu botol antibiotik jika dah bagi dia minum. Jadi saya ambil langkah untuk tingkatkan immunenya dengan memberikan nutriferon melalui susu ibu..lebih selamat. InsyaAllah. Alhamdulillah selsema dan demam Zafran pada masa tu tak berlarutan. 2 hari je dah hilang.

Jika anda berminat nak dapatkan Nutriferon ni dengan harga promosi bulan ni untuk diri sendiri, anak-anak, suami, isteri, saudara-mara, keluarga...boleh la contact saya as your SID.

Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668
019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com
PM di FB : Noor Zawani Suhaimin
FB Fan Page : Kesihatan Adalah Anugerah
Continue Reading

Thursday, March 21, 2013

Pengalaman menyusu anak pertama

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Wani nak share pengalaman Wani menyusukan anak pertama. Sebelum bersalin memang Wani dah survey cara-cara nak menyusu bayi dan study sikit-sikit mengenai susu ibu. Sesungguhnya susu ibu ni banyak kelebihannya sebab itulah ia tercatat dalam Al-quran.

Hari pertama melahirkan putera sulung; Muhammad Zafran..pada pukul 12.34 tengah hari, 10.03.2011. Wani tak dapat menyusukan Zafran secara terus sebab Zafran dipantau oleh doktor memandangkan keadaanya yang lemah semasa dilahirkan. Zafran dilahirkan secara pembedahan memandangkan posisinya songsang pada masa itu.

Lama juga Wani tunggu nak lihat wajah Zafran ni. Tengah malam barulah nurse bawa Zafran jumpa dengan ibunya. Nampak bersinar dan bercahaya je muka Zafran pada masa tu..terus hilang rasa sakit kat tempat bedah..lupa segala-galanya bila tengok wajah comel si kecik ni. SUBHANALLAH..Kata nurse, Zafran sudah kenyang diberi susu. Of course la susu tepung!..rasa kecewa pun ye juga sebab susu pertama yang masuk ke mulut Zafran bukan susu ibunya :(. Redha je lah.

Memandangkan Wani bersalin c-zer, cuba juga picit susu untuk keluar..tapi susu tak ada..aduss, mcm mana Zafran nak menyusu nanti. Puas dah Wani picit pastu df Zafran..tapi susu mcm tak keluar je. Zafran menangis kelaparan. Terpaksa juga sekali lagi bagi susu tepung :(

Hari ke dua tu mula la nampak susu keluar sikit-sikit. Zafran pula bukan main lama df. Ada dekat sejam dia df. Berhenti kejap, pastu nak lagi. Mula teringat orang cakap-cakap..baby laki ni kuat menyusu..memang betullah..hehe..Alhamdulillah.



Masa Zafran umur 1 tahun 3 bulan, Wani ambil supplemen dari Shaklee (baru kenal Shaklee masa tu) memandangkan susu kurang pada masa tu dan Zafran pun sekejap lapar dan lapar nak bf. Alhamdulillah, lepas ambil set 3M susu dah mula banyak untuk Zafran. Biasa waktu malam mesti dia terjaga sebab nak minum susu. Tapi bila wani consume supplemen dari Shaklee ni..dia lena je tido malam-malam. Kulit Zafran pun cantik bersih je :)



Wani continue ambil supplemen tu sampi sekarang dan sekarang, Wani dah mengandung anak yang ke dua dan akan terus mengambil supplemen Shaklee yang SUPER BEST ni. Wani nekad, anak ke dua ni Wani nak menyusu sepenuhnya, tak nak bagi anak minum susu tepung lagi. Insya Allah. Moga Allah permudahkan jalan ku ini. Ameen.

Sekian sahaja dulu. Nanti cerita lagi :)
Continue Reading

Wednesday, March 20, 2013

Perbezaan Susu Formula vs Susu Ibu


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Wani nak share dengan anda semua tentang perbezaan antara susu formula dengan susu ibu. Semua orang tahu, susu terbaik di dunia adalah susu ibu. Jadi, mari kita tengok perbezaan ini.

Formula vs Breast milk

Hanya terdapat sedikit persamaan susu formula dengan susu ibu. Subhanallah, sesungguhnya ciptaan Allah taala Maha Hebat jika dibandingkan dengan susu formula buatan manusia.

Antara persamaan yang didapati adalah:
1. Air
2. Protein
3. Karbohidrat
4. DHA/ARA
5. Lemak
6. Vitamin
7. Mineral

Kelebihan lain yang tiada pada susu formula:
1. Enzim
2. Faktor tumbesaran
3. Anti parasit
4. Anti alergi
5. Anti virus
6. Hormon
7. Antibodi

Susu ibu sangat berharga, susuilah anak anda..dengan susu ibu, kita juga boleh mengeratkan hubungan ibu dengan anak. Anak kita akan lebih rasa selamat dan selesa dalam dakapan ibunya semasa kita menyusukannya. Sungguh tidak terkata nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita. Jangan persiakannya. Wallahualam.
Continue Reading

Tuesday, March 19, 2013

Kuantiti susu yang diperlukan bayi.


Salah Faham #1 Tentang Penyusuan Di Dalam Pantang <==

Salah FAham #1: Bayi kerap menangis, susu saya tak banyak, jadi saya terpaksa top up dengan formula..

Ibu - ibu yang dikasihi, ketahui lah, hakikat sebenar, saiz perut bayi semasa dalam pantang adalah sangat kecil. Hanya sebesar guli. Tubuh kita akan hasilkan susu berpadanan dengan size perut bayi sahaja.

Bayi kerap menangis bukan sebab kita tak cukup susu. Tapi ia menandakan susu kita sangat bagus. Susu ibu sangat mudah hadam. Bila mudah hadam, bayi akan mudah kenyang. Bila cepat kenyang, bayi akan mudah cepat lapar semula. Bila lapar semula, bayi akan meminta susu semula.

IA BUKAN BERMAKNA SUSU ANDA SEDIKIT

Semasa dalam pantang, adalah sangat bagus jika bayi kerap hisap susu. Lagi kerap bayi hisap susu, lagi bagus stimulation terhadap payudara untuk menghasilkan banyak dan banyak susu.

Pengalaman saya sendiri semasa dalam pantang, bayi saya, bayi lelaki menyusu setiap 15- 30 minit, tak kira siang atau malam. Saya tak top-up langsung dengan formula milk. Saya amalkan Shaklee supplement untuk rasa bertenaga dan segar.

Walaupun bayi nampak tak kenyang di mata kasar kebanyakan orang, tapi bila pam, susu saya sangat banyak sampai terpaksa dibuang sebab tak cukup ruang peti sejuk.

Fahami lah, bukan susu anda sedikit, tapi ia adalah kerana perut bayi kecil, maka tubuh kita akan hasilkan susu ikut size perut bayi. Kalau nak tambah kuantiti susu, kerapkan lah menyusu bayi. Lagi kerap lagi bagus. Lagi lama lagi bagus. Dan fahami lah, kalau nak tambah kuantiti susu, pastikan bayi anda hisap dengan kerap. Hisapan bayi adalah much much better dari pam yang kita beli.

Happy Breastfeeding! :)


Credits


Continue Reading

Monday, March 18, 2013

Perbandingan pil kalsium



Tengoklah perbandingan antara dua vitamin ni...yang mana lagi umphhh!! :)

Dengan Ostematrix Shaklee, terdapatnya rumusan-rumusan yang unik, yang tiada pada produk lain di pasaran. Hanya ada di Shaklee....setiap formulasi yang dikeluarkan memang menepati keperluan tubuh badan kita..sebab tulah Ostematrix ni MANTOPP!!

Apa yang saya rasai setelah mengamalkannya?
- tidur lebih lena
- tiada lagi mimpi yang bukan-bukan
- lawas pun lawas
- sakit-sakit badan sudah tiada
- pinggang pun ok
- baby dalam kandungan pun aktif..mungkin dapat kalsium cukup ni :)
- mood pun ok je
- sakit-sakit gigi pun boleh hilang

Jom dapatkan Ostematrix sekarang...bukan sekadar pil kalsium biasa!

Harga promosi sepanjang bulan ni! Sayangi tulang anda, tulang mak anda, ayah anda..nak tgk dorang sihat, jom hadiahkan Ostematrix! memang tidak merugikan..malahan berbaloi..:)


Untuk info & Order :  
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin
FB Fan Page : Kesihatan Adalah Anugerah
Continue Reading