Saturday, August 15, 2015

Petua Sembuhkan Luka Bersalin Dengan Cepat

JANGAN BIARKAN LUKA BASAH


Luka yang basah ataupun lembap akan menyediakan medium kepada bakteria untuk membiak. Oleh sebab itu, seboleh-bolehnya keringkan luka setiap masa. Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan, selalunya doktor akan spray kan, tujuannya untuk menyediakan mengelakkan air meresap masuk ke kawasan tersebut, tapi pastikan selalu lap dan keringkan kawasan luka selepas mandi atau ke tandas ya.

Untuk mereka yang bersalin secara normal, gunakan ubat kuning yang diberikan oleh hospital, dan kalau boleh sebelum sapu ubat tu keringkan dulu tempat luka dengan menggunakan tuala bersih ataupun anginkannya.


BASUH DENGAN AIR GARAM



Petua ini hanya terpakai untuk mereka yang bersalin secara normal. Ambil air suam dan dicampur sedikit garam sebelum dibasuh pada tempat luka, mungkin agak sedikit pedih pada awalnya. Lepas itu keringkan dan sapu ubat kuning


JANGAN ANGKAT BEBAN YANG BERAT


Terutamanya kepada mereka yang bersalin melalui pembedahan, mengangkat beban yang berat akan memberi tekanan kepada bahagian luka. Selain itu, jika batuk atau bersin lebih baik gunakan bantal sebagai alas untuk menekan perut.


AMALKAN MAKANAN BERKHASIAT


Ketika tempoh berpantang, ada bermacam-macam jenis makanan yang dilarang ambil mengikut amalan pantang tradisional kita. Sebagai contoh, bayam tidak boleh makan kerana sejuk padahal bayam mengandungi zat besi yan bagus untuk pembentukan sel-sel darah merah, jadi ibu-ibu yang sedang berpantang kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Untuk penyembuhan luka yang lebih cepat, makanan yang mengandungi protein seperti ikan, daging putih iaitu ayam serta protein daripada sayuran hijau dan soya adalah digalakkan pengambilannya. Namun begitu, protein daripada daging merah perlu dielakkan pada tempoh awal kerana boleh menyebabkan sembelit. Pengambilan makanan berkhasiat juga penting untuk menggalakkan pengeluaran susu yang lebih banyak untuk bayi kita.

Tapi, saya ada cara untuk mendapatkan semua khasiat seimbang yang diperlukan ketika tempoh berpantang tanpa mengambil makanan terlarang. Nak tahu? Klik di sini 

Semoga bermanfaat! :)

0 comments:

Post a Comment