Showing posts with label Tips atau Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips atau Petua. Show all posts

Thursday, November 12, 2015

Elak Mengantuk Di Tempat Kerja

Rasa mengantuk boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutama pada waktu bekerja. Jom kita lihat antara tips yang boleh digunakan bagi mengurangkan rasa mengantuk.


1. Hampiri kawasan yang bercahaya.

Pandanglah ke luar jendela. Cahaya yang lebih terang dipercayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda


2. Basuh Muka

Cara ini lebih sesuai dilakukan oleh kaum adam kerana selalunya wanita bersolek ke pejabat. Tetapi percayalah bahawa cara ini adalah cara yang paling berkesan untuk kembali cergas.


3. Wangian aromaterapi

Letakkan pewangi bilik di atas meja pejabat anda agar wangian tersebut dapat merangsang anda untuk kembali segar. Antara bauan yang sesuai adalah dari jenis ‘mint’ atau ‘lemon’.


4. Dengar Muzik

Tidak salah sekiranya anda mendengar muzik di pejabat sekiranya perkara ini tidak mengganggu konsentrasi anda bekerja. Tetapi, jangan sampai muzik tersebut mengganggu pekerja yang lain pula.


5. Senaman ringan

Lakukan sedikit pergerakan anggota badan, tangan, dan kaki. Elakkan dari duduk terlalu lama di atas kerusi sebaiknya berjalan seketika sambil menghirup udara yang segar.


6. Pandang pohonan hijau

Sesekali pandang ke luar jendela dan nikmati pemandangan pohonan hijau kawasan persekitaran anda. Perkara ini dapat membantu kita menghargai alam semulajadi yang cantik dan membantu menghilangkan rasa mengantuk.

Macam-macam cara yang kita boleh lakukan jika mengantuk ditempat kerja. :) Bagaimana pula Wani menangani mengantuk ni? Walaupon bekerja dari rumah, ada juga masa mengantuk tu. Hihi.


1. Minum Cinch Tea

Gabungan 3 jenis teh (putih, merah dan hijau) dan juga taurina sangat berkesan membantu
  • Mengantuk hilang
  • Rasa lebih bertenaga, tak lesu walau tak cukup tidur malam
  • Cepat membakar kalori dan lemak-lemak yang tersimpan

2. Minum Performance Drink (PD)

meningkatkan daya ketahanan badan, membekal tenaga dan daya ketahanan fizikal, mencegah penyahidratan dan mengekalkan paras gula. Sangat menyegarkan dan boost tenaga.

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210
Continue Reading

Sunday, October 4, 2015

Tip dan Petua : Kandungan Songsang / Breech


Terdapat beberapa tips dan petua  mengalih posisi bayi songsang yang boleh ibu hamil amalkan. Insyallah berjaya.


Jom kita baca tips dan petua mengalih posisi bayi songsang

1. Solat Hajat

Amalkan solat hajat setiap malam untuk memudahkan bayi songsang kembali kepada kedudukan yang betul untuk elak luka bersalin secara pembedahan. Solat  hajat bagus dilakukan dan mintalah daripada Allah supaya sepanjang  proses kehamilan ini dipermudahkan.


2. Selalu Berdoa



Amalkan doa mengalih posisi bayi yang songsang dalam kandungan setiap hari. Bacalah seberapa kerap yang boleh. Kalau boleh setiap minit baca doa ini. Insyallah dengan mengamalkan doa ini, kedudukan bayi songsang kembali kepada keadaan asal.



3. Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan

Sentiasalah bercakap dengan bayi dalam kandungan. Minta tolong bayi dalam kandungan untuk membalikkan kedudukan beliau ke kedudukan normal. Sebolehnya lakukan setiap hari apabila ada masa



4. Aktiviti Merangkak
Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Ibu hamil disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar.



5. Kaedah Panas - Sejuk

Letakkan pek ais pada bahagian atas rahim. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yg berisi air suam. Bayi akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.

Letakkan pek ais di atas perut. Namun dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi dengan harapan bayi akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.



4. Berendam di Kolam Renang

Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yg diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah.


5. Banyakkan Berada Dalam Keadaan Bersujud


Mengikut kajian, bayi dalam kandungan tidak suka berada di posisi ibu mereka bersujud sekiranya bayi berada dalam keadaan songsang. Mereka akan cuba untuk berpusing dan kembali kepada kedudukan normal. Maka, ibu perlulah banyak berada di posisi bersujud untuk membantu membalikkan kedudukan bayi songsang. Lamakan posisi bersujud ketika solat.


Kepada ibu hamil yang mengalami posisi bayi songsang janganlah cepat berputus asa. Yang penting berikhtiar dan berusaha. Anggaplah ini adalah ujian kecil yang menuntut hambaNya supaya lebih taat, sabar dan lebih banyak melakukan amalan kerohanian dan ibadat kepada Allah. Lakukan tips dan petua di atas. Insyallah kita dapat mengelak berlakunya pembedahan.

Semoga bermanfaat untuk anda! :)
Continue Reading

Friday, September 18, 2015

Petua memudahkan urusan harian


Dalam urusan seharian kita, ada pelbagai cara yang boleh kita buat untuk memudahkan urusan yang kadang kala kita rasa ianya amat sulit untuk diuruskan. Antaranya bagaimana untuk menhindari semut, nak lap cermin bagi berkilat, gula-gula getah melekat di baju dan sebagainya. Ok, jom kita lihat, apa yang boleh memudahkan urusan kita dengan hanya menggunakan 3 bahan ini. Iaitu lemon, timun dan roti.

1. Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

2. Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman berkarbonat Sprite.

3. Untuk menanggalkan gula-gula getah yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

4. Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

5. Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

6. Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

7.  Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

8. Kalau baju terkena dawat, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

9. Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.

10. Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90 peratus  dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
  • Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
  • Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
  • Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

Selamat mencuba!

Anda juga boleh memudahkan urusan seharian anda dengan hanya sebotol Basic H. Tak percaya? Jom klik di sini

Alhamdulillah :)
Continue Reading

Wednesday, September 16, 2015

Petua Tajamkan Gunting

Macam-macam petua ada untuk tajamkan gunting ni. Tapi saya nak share 2 je petua je dengan anda. :)

1. Guna botol kaca

Caranya mudah saja, asah gunting pada leher botol kaca tersebut. Buat seperti anda ingin menggunting leher botol berulangkali sehingga anda yakin dan berpuas hati dengan ketajaman gunting anda ya. Jangan risau, botol takkan tercalar dek kerana asahan kita. Teknik ini disah dan diakui berkesan oleh tukang jahit. :)

Credit


2. Guna daun tebu atau lalang

Caranya mudah sahaja, ambil beberapa helai daun tebu atau lalang. Gunting daun tebu atau lalang sesuka hati. Nak gunting nipis ke, tebal ke ikut suka hati korang lah. Hehe. Selepas itu, anda boleh test ketajaman gunting anda. :)

Credit
Selamat mencuba!
Continue Reading

Saturday, September 12, 2015

Petua Menghilangkan Parut Chiken Pox

Anda dah terkena chiken pox? atau anak-anak anda sedang mengalaminya sekarang? Alhamdulillah kedua-dua anak saya dah terkena chiken pox. Kami suami isteri pon dah. :D

Doktor kata, Chiken pox ni sekali seumur hidup je. Jadi, tak risau lagi dengan chiken pox. Hihi.

Nak tahu macam mana kami handle anak bila terkena chiken pox? rujuk link ini.

Anak kami yang pertama doktor kata Chiken pox nya jenis yang mengganas. Sehari dah naik banyak. Dekat muka pon banyak. Tapi yang no 2 naik sikit je. Macam tak naik chiken pox pun ada sebab kat muka ada satu dua biji je tapi jenis yang halus-halus je. Jadi memang tiada parut langsung. Alhamdulillah.
Jom saya kongsikan beberapa petua untuk hilangkan parut Chiken pox ni.

1. Bijirin Oat

Membantu melembabkan kulit di mana ia mempercepatkan proses pemulihan parut yang makin nipis. Bukan saja bantu kekalkan kelembapan kulit tapi bantu kurangkan kemerahan dan secara lembut menipiskan tona kulit tak sekata. Boleh sapu paste oat yang dicampur dengan air atau yogurt ke kulit dan gosok perlahan-lahan. Biarkan kering sebelum basuh.


2. Baking Soda

Baking soda yang bersifat alkali, membantu mengekalkan PH pada kulit. Baking soda bantu kurangkan kerengsaan dan kegatalan dan dalam masa sama bantu elakkan kita menggaru bekas chicken pox tu yang boleh jadi punca utama parut pada kulit. Baking soda juga bertindak sebagai agen penggelupasan lembut pada kulit. Boleh bancuh paste baking soda dengan sedikit air dan gosok selama 1-2 minit p ada bekas chicken pox sebelum dibasuh.


3. Aloe vera 

Sangat baik untuk menghilangkan kerengsaan, melembabkan dan memulihkan kulit yang luka akibat chicken pox, allergy dan sebagainya. Gel aloe vera baik untuk merawat kulit sebab dalamnya terdapat antioksidan dan anti mikrob. Cecair aloe vera boleh meresap masuk jauh dalam kulit untuk melembabkan kulit dan dalam masa sama meningkatkan penghasilan kolagen. Dengan itu kulit lebih cepat sembuh dan parut jadi makin nipis.

Selain itu,

Anda juga boleh menggunakan alternatif lain untuk menghilangkan parut chiken pox ini. Apa yang saya lakukan adalah dengan menggunakan vitamin E Shaklee.

Vitamin E Shaklee


Boleh pecahkan capsule dan sapukan pada kulit. Buah  betik, bayam, avokado, badam juga kaya dengan Vitamin E. Kalau rajin, boleh buat mask avokaco. Picit avokado bersama madu dan cuka epal (apple cider vinegar) dan sapu pada kulit. Biar selama 20 minit sebelum basuh.

Alhamdulillah. :)

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)
Continue Reading