Showing posts with label bayi dalam kandungan. Show all posts
Showing posts with label bayi dalam kandungan. Show all posts

Sunday, October 4, 2015

Tip dan Petua : Kandungan Songsang / Breech


Terdapat beberapa tips dan petua  mengalih posisi bayi songsang yang boleh ibu hamil amalkan. Insyallah berjaya.


Jom kita baca tips dan petua mengalih posisi bayi songsang

1. Solat Hajat

Amalkan solat hajat setiap malam untuk memudahkan bayi songsang kembali kepada kedudukan yang betul untuk elak luka bersalin secara pembedahan. Solat  hajat bagus dilakukan dan mintalah daripada Allah supaya sepanjang  proses kehamilan ini dipermudahkan.


2. Selalu Berdoa



Amalkan doa mengalih posisi bayi yang songsang dalam kandungan setiap hari. Bacalah seberapa kerap yang boleh. Kalau boleh setiap minit baca doa ini. Insyallah dengan mengamalkan doa ini, kedudukan bayi songsang kembali kepada keadaan asal.



3. Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan

Sentiasalah bercakap dengan bayi dalam kandungan. Minta tolong bayi dalam kandungan untuk membalikkan kedudukan beliau ke kedudukan normal. Sebolehnya lakukan setiap hari apabila ada masa



4. Aktiviti Merangkak
Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Ibu hamil disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar.



5. Kaedah Panas - Sejuk

Letakkan pek ais pada bahagian atas rahim. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yg berisi air suam. Bayi akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.

Letakkan pek ais di atas perut. Namun dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi dengan harapan bayi akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.



4. Berendam di Kolam Renang

Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yg diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah.


5. Banyakkan Berada Dalam Keadaan Bersujud


Mengikut kajian, bayi dalam kandungan tidak suka berada di posisi ibu mereka bersujud sekiranya bayi berada dalam keadaan songsang. Mereka akan cuba untuk berpusing dan kembali kepada kedudukan normal. Maka, ibu perlulah banyak berada di posisi bersujud untuk membantu membalikkan kedudukan bayi songsang. Lamakan posisi bersujud ketika solat.


Kepada ibu hamil yang mengalami posisi bayi songsang janganlah cepat berputus asa. Yang penting berikhtiar dan berusaha. Anggaplah ini adalah ujian kecil yang menuntut hambaNya supaya lebih taat, sabar dan lebih banyak melakukan amalan kerohanian dan ibadat kepada Allah. Lakukan tips dan petua di atas. Insyallah kita dapat mengelak berlakunya pembedahan.

Semoga bermanfaat untuk anda! :)
Continue Reading

Friday, July 13, 2012

Adakah mengambil supplement bahaya kepada bayi dalam kandungan?

Assalamualaikum wbt..

Tahniah pada yang hamil dan pada waktu yang sama sedang menyusukan si kecil :) Wani dapat satu soalan dari kawan, dia bertanyakan adakah boleh makan set BF semasa mengandung...yerlah takut bahayakan baby dalam kandungan kan..

BF set contains of:

1. Vitalea
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Alfalfa

Alfalfa tidak digalakkan sangat ketika pregnant. Jika anda ingin maintain milk production disamping menjaga kesihatan dan tumbesaran bayi dalam perut, sebaiknya anda concentrate dengan vitamin basic (vitalea, vitamin C dan B Complex) dan ESP. Alfalfa boleh disimpan masa deliver nanti. Tak rugi.

Wani nak share pengalaman kawan Kak N yang melalui pengalaman menyusu sambil mengandung. 


" Ini email dari Shida, antara kenalan terawal ibu dalam dunia blog. ""alhamdulillah sebenarnya nak cerita pasal penyusuan Firdaus yang dah mencecah 1tahun 3 bulan 5 hari, dulu Nabil menyusu selama 1 tahun 7 bulan ja..sbbnya masa tu aku dah mengandungkan Firdaus 5 bulan. Walaupun mengandung aku tetap menyusu dan mengepam macam biasa tanpa ada halangan alhamdulillah mungkin disebabkan pemakanan aku yang baik serta amalan pengambilan supplement shaklee yang mengikut jadual oleh N maka Nabil dapat juga menyusu walaupun aku mengandung. Aku mula kenal shaklee masa Nabil umo 4 lebih bulan...aku mmg mencari suplemnet yang boleh membantu aku kembali sihat sbbnya sejak bersalin anak sulong aku selalu demam dan selsema sampaikan doktor bagi pelbagai-bagai vitamin katanya aku ni kekurangan vitamin dan darah huhuhuhuhu tapi tak nampak plak kesannya aku masih tak sihat somkmo sehinggalah aku jumpa N yang sangat aktif menulis mengenai shaklee mellaui tulisan beliau lah aku bagaikan rasa perlu mencuba..alhamdulillah berkat usaha mengamalkan vitamin-vitamin shaklee serta doa akhirnya aku kembali sihat dan dapat menyusukan Nabil tanpa halangan, percaya tak mula-mula stok susu Nabil hanya ada 6 botol jer..lama kelamaanbertambah-tambah syukur sangat2. Ok balik kepada cerita Firdaus plak....setengahibu-ibu mungkin akan risau kalau mengandung sambil terus menyusukan anak tapibagi aku selagi aku menjaga pemakanan dan mengamalkan supplement yang sesuaiinsyallah anak-anak akan sihat dan selamat dan yang penting ibu mesti minum air 3 liter setiap hari, jadi tiada alasan ibu-ibu tak dapat menyusukan anak-anak ye selagi daya selagi ibu sihat dan anak-anak cergas penyusuan di masa mengandung
tidak lah membahayakan...yang penting selagi ada usaha dan doa berterusan insyallah cita-cita ibu akan tercapai." (
Beliau makan vitamin kerana kesihatan...bukan sekadar penyusuan sebab itu beliau berjaya..) " Credits


Bagi yang mengandung dan masih mahu menyusukan si kecil janganlah risau selagi anda mengamalkan pemakanan dan supplement yang sesuai..banyakkan berdoa, semoga Allah taala melimpah kurniakan rezeki untuk anak-anak kita. InsyaAllah. Yakinlah! tiada siapa yang mampu menghalang jika sudah tertulis rezeki susu itu buat anak anda.

All the best !
Continue Reading