Saturday, September 5, 2015

Az Zahin Turns 5 Giveaway by sihatcomelceria.com

http://www.sihatcomelceria.com/2015/09/az-zahin-turns-5-giveaway-by-sihatcomelceria.html

Assalamualaikum semua :)

Jom join segmen giveaway by sihatcomelceria.com ni. Tempohnya adalah dari dari 4 September hingga 26 September (Az Zahin's birthday)!


Sempena birthday Az Zahin ni.


Jom join segmen ni kawan-kawan. Dapat hadiah dari Australia lagi tau. :)


Owner Sihat Comel Ceria ni merupakan Ummi Shaklee saya! :)


Jom terjah! Klik pada gambar di atas untuk menyertai giveaway ni. Mudah je!
Continue Reading

Friday, September 4, 2015

Sijil Halal Shaklee 2015

Shaklee ni halal ke tak? Antara soalan yang ditanya pelanggan. :)

Nak tahu halal ke tak, boleh tengok sini:

Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klik direct link di sini: Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM dan di sini: Halal Accreditation (ISA).

Alhamdulillah, Shaklee ialah dari produk yang HALAL. Kalau tak HALAL, Wani pun tak nak makan :)

So, usahlah was-was lagi. Consume with confidence!
Continue Reading

Thursday, September 3, 2015

Cara menukar domain dari blogspot ke dot com

Alhamdulillah. Selesai sudah pertukaran nama domain dari kesihatanadalahanugerah.blogspot.my ke www.zawanisuhaimin.com

Terima kasih kepada anak Shaklee saya iaitu Mahfuzah kerana berkongsi cara-caranya.

Anda pun berminat nak tahu? Beli di sini je. https://my.godaddy.com



1. Cara nak beli domain

2. Cara nak guna

Sila klink link di atas untuk mengetahui cara-caranya. :)

Murah sangat tau beli domain ni. Bukan Rm250, bukan Rm100, 50?, 5?

Hanya RM 3.92 je tau!!!

Happy Sharing! :)
Continue Reading

Wednesday, September 2, 2015

Promosi ESP Shaklee September 2015



RM0.00 Shaklee: Sep'15 Promo: "B7@6"-ESP(00P209), "B2Get5% Off"-ESP(00P229),"B4@3"-Vita-Lea for Children(00P219). Buy it NOW! TQ.

Jom dapatkan ESP Shaklee dengan harga RUNTUH bulan ni! Jangan lepaskan perluang keemasan ini. Jangan tunggu ESP sold out baru nak grab tau!
Saya suka sangat dengan ESP ni sebab ia membuatkan saya sentiasa bertenaga, membuatkan saya selim melim, membuatkan kulit kelihatan segar dan bermaya. ESP ni banyak manfaatnya. Minuman berprotein tinggi. Sesuai untuk semua golongan.

ESP Shaklee sesuai untuk sesiapa yang ingin kelihatan cantik, sentiasa bertenaga, wanita bekerjaya, suri rumah, pelajar, ibu dalam pantang, ibu mengandung, ibu menyusu. Jom grab ESP sementara harga runtuh bulan ni. Hanya pada September 2015 ni je tau! Nak tahu lagi keistimewaan ESP? klik di sini


ESP ni adalah minuman sarapan wajib saya. Sedap sangat ESP ni tak macam minuman lain di luar sana. ESP adalah minuman berasaskan soya yang bermutu tinggi, NON GMO lagi. Tidak seperti soya yang dijual di luar sana. High quality punya soya.

Yang penting, ianya adalah SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Dapatkan ESP anda hari ini!

Order & Info
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)
Continue Reading

Tuesday, September 1, 2015

Bercuti ke Penang 3 hari 2 malam

Pada asalnya plan pergi ke Kedah untuk menghantar adik ke rumah mak mertuanya. Majlis kahwin adik yang ke-7.

Pada 29 Ogos 2015 kami bertolak dari Klang, rumah abang ipar dan terus menuju ke Kedah. Bertolak pada pukul 8.00 pagi dan sampai pada pukul 1.00 tengahari.

Di Kg, Kejai. Pihak lelaki.

Selepas selesai, kami ke rumah saudara di Kulim untuk melawat baby yang baru lahir. Tak sempat nak ambil gambar baby. Hihi.

Setelah itu, bertolak terus ke Shamrock Beach Villa di Penang. Kami menyewa di situ untuk 2 malam.

Di Penang, sempat merasa masakan orang sana. Nasi kandar memang menu wajib. :)

Jom layan gambar.

Shamrock Beach Villa.

Pak Ngah, Irsyad dan Afina.
Villa yang kami duduk ni ada 6 bilik, 5 bilik air. 3 tingkat. Cuma yang risau bila si kecik yang ada ni duk panjat-panjat tangga. Jadi seriau di buatnya. Hehe. Pantai depan umah je. Tapi kena lintas jalan untuk ke pantai. Jalan kaki je.

Shamrock beach, Batu Ferringhi


Tak banyak tempat yang kami lawat semasa kat sana. Hanya sempat ke Gurney Parragon, Gurney Plaza, Botanical Garden, Masjid Negeri Pulau Pinang.

Next time mesti pergi lagi. Bila ke Pulau Pinang ni tak sah kalau tak beli jeruk Pak Ali tau. Mesti beli! Hehe.
Continue Reading

Monday, August 31, 2015

Vitamin tidak berkesan

Makan vitamin tapi tak berkesan?

Dah cuba macam-macam vitamin, tapi masih tiada kesan. Jerawat naik non-stop dari bujang hingga berumah tangga. Haru di buatnya. Dah gi klinik kulit, bila habis ubat, jerawat masih naik lagi.

Jadi, apa nak buat ye? Dah buntu?

Air putih dah minum banyak?
Dah ikut jadual pengambilan vitamin yang betul?
Dah elak ambil vitamin bersama dengan ubat?
Tiada pengambilan kafein dalam diet harian?

Sila tanya diri anda!

Jika jawapan pada soalan di atas semuanya YA tapi masih lagi mengalami masalah yang sama. Nah! inilah jawapannya.

Sihatkan usus anda terlebih dahulu

Anda boleh mencuba agen detox terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa vitamin untuk mencantikkan wajah.

Saranan saya, anda perlu mengambil

1. Herb-Lax untuk detox usus



2. Alfalfa untuk detox darah.


Usus yang tidak sihat mengalami masalah dalam penyerapan vitamin. Ini membuatkan apa sahaja vitamin yang anda ambil, tidak memberi kesan kepada tubuh anda.

Masalah jerawat juga mungkin terjadi disebabkan masalah hormon. Anda perlu periksa kitaran haid. Adakah teratur atau sebaliknya.

Jika mengalami masalah hormon, anda disarankan untuk mengambil GLA Shaklee. Ianya bertindak untuk menstabilkan hormon (membaiki kitaran haid).

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)


Continue Reading

Sunday, August 30, 2015

Filem mesti tonton

First time tengok filem ni, masyaAllah..begitu kental tentera Al-qassam dalam menghadapi peperangan dengan pihak Israel. Syukur alhamdulillah Allah beri kekuatan kepada mereka. Mereka tidak gentar melawan musuh dengan apa yang mereka ada. Walaupun tidak mempunyai kelengkapan seperti tentera Israel, tentera Al-Qassam tidak menjadikan itu sebagai satu halangan untuk berjaya dalam peperangan tersebut. Jom ikuti kisal tentara Al-Qassam dalam berhadapan dengan tentera Israel.


GAZA, Rabu – Stesen televisyen Al-Aqsa telah menyiarkan sebuah filem ketenteraan bertajuk Serangan Hendap yang Membunuh (Death Ambushes) yang diterbitkannya dengan kerjasama Jabatan Media Briged Izzuddin Al-Qassam pada petang Isnin lalu.

Filem 55 minit itu adalah lakonan semula operasi-operasi ketenteraan yang telah dilaksanakan oleh satu kumpulan pejuang Al-Qassam melawan Zionis Israel dalam peperangan Al-‘Asful Ma’kul pada tahun 2014.

Kisah benar yang melibatkan 5 pejuang Al-Qassam itu menunjukkan kehebatan mereka berhadapan tentera darat Zionis di kawasan At-Tuffah yang terletak di timur Gaza.

Filem berbahasa Arab itu juga telah dimuatnaik ke laman youtube dan disertakan sari kata bahasa Inggeris.

Sejak dua hari dimuatnaik ke youtube, ia telah ditonton lebih 75,000 kali.

Melalui filem ini, para penonton berpeluang melihat keberanian pejuang Palestin mempertahankan tanah air di samping melihat kesusahan yang mereka hadapi bagi meneruskan perjuangan.

Dengan audio dan visual yang menarik, turut diselitkan nilai-nilai perjuangan, persaudaraan dan pergantungan harapan yang tinggi kepada Allah yang ditunjukkan oleh pejuang Al-Qassam.

Peperangan yang diberi nama Al-‘Asful Ma’kul (Dedaun hancur dimakan ulat) berlangsung selama lebih sebulan pada Julai dan Ogos 2014 dan berakhir dengan kegagalan Zionis Israel mengalahkan Al-Qassam.

Persetujuan mengadakan gencatan senjata dicapai antara kedua pihak dengan kelebihan kepada Hamas setelah hampir semua syarat yang diletakkan dipenuhi.
Continue Reading

Saturday, August 29, 2015

Pencuci botol susu kegemaran saya

Assalamualaikum. Hai!!

Selamat pagi. :)

Hari ni saya nak kongsikan pencuci botol susu kegemaran saya. Memang best sangat pencuci botol susu ni. Hanya gunakan setitik sahaja. Sangat sangat jimat. Harga pula berbaloi.

Sebotol boleh guna berbulan bulan lamanya. Silap silap bertahun u! Tengok atas penggunaan kita sebenarnya. Tapi bagi saya, pencuci botol susu ni memang bebaloi untuk dimiliki.

Apa yang penting, pencuci ni adalah dari bahan semulajadi, TIADA bahan kimia dan dijamin selamat.

Apa yang boleh saya katakan tentang pencuci ni adalah:

1. JIMAT

2. TAHAN LAMA

3. PEKAT

Inilah sabun pencuci botol susu kegemaran saya!

Info & Order 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)


Continue Reading

Friday, August 28, 2015

Resepi aiskrim sedap

Bahan-bahan
1 tin susu cair / 400ml susu full cream
1/2 tin susu pekat - kalau suka manis, buh banyak
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1 sudu besar ovalette

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan tadi dan blend. Lagi lama blend lagi gebu. Masukkan dalam peti ais beku semalaman. Siappp!!

*** Jika nak perisa oreo ke, oren ke..boleh tambah dalam adunan. :)

http://misztrex.blogspot.com/2014/05/resipi-aiskrim-homemade.html

Selamat Mencuba!
Continue Reading