Monday, February 24, 2014

Apa itu Power Pumping?

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ibu-ibu jangan ingat bila buat sekali PP susu akan terus meningkat. PP ni memakan masa sekurang-kurangnya 1minggu. Jangan putus asa walaupun hasil pertama hanya setitik dua atau 'pam angin' sahaja.

Siapa yang memerlukan Power Pumping?

Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - bagi merangsang perhasilan susu
Ibu yang ingin relaktasi/menyusukan semula di anak setelah berhenti menyusukan
Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single Pump -
Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri pula 10 minit ulang semula kanan & kiri sehingga 1jam

Untuk Double Pump -
Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, stop 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, stop 10 minit dan seterusnya selama 1 jam
Digalakkan buat power pumping ni sekali sehari & pada waktu tengah malam ke subuh kerana hormon susu sangat tinggi pada waktu ini.


Shaing is caring!

0 comments:

Post a Comment