Monday, November 9, 2015

Senaman Untuk Ibu Hamil

1. Senaman Gaya Kucing

Caranya ialah lakukan seperti posisi diatas, kemudian senaman dengan menolak bahagian belakang badan ke atas. Lakukan senaman ini berulang kali dengan perlahan-lahan.


2. Senaman Gaya Rama-Rama
 Duduk seperti gaya diatas, kemudian gerakkan peha anda ke atas secara perlahan-lahan. Anda digalakkan untuk bernafas secara normal semasa melakukan senaman ini. Senaman ini membantu untuk membuka otot pelvik dan tulang pinggul.

3. Baring Sambil Mengangkat Kaki
 Baring seperti dalam gambar, kemudian angkat kaki anda ke atas dan cuba untuk bertahan selama tiga ke empat saat.

4. Senaman Kegel

Senaman ini bukan sahaja berguna untuk ibu hamil, malah kepada semua orang. Semasa hamil, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang bayak. Akibatnya seseorang itu akan mudah terkencing semasa bersin atau batuk. Senaman ini akan membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya ialah dengan melakukan kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan 6 saat kemudian rehat dan ulang semula. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja sebanyak mana yang anda mahu.


Selain itu, senaman yang boleh dilakukan oleh para ibu ialah berjalan, berenang, dan berbasikal. Senaman ini boleh dilakukan apabila ibu sudah membiasakan diri dengan senaman-senaman ringan seperti contoh diatas.

Amalan ibu semasa mengandung juga boleh merangsang minda minda bayi sejak kecil lagi.

Sharing is Caring!
Continue Reading

Sunday, November 8, 2015

Saturday, November 7, 2015

Waktu makan yang terbaik

Adakah anda mempunyai waktu yang spesifik untuk makan? Atau anda makan bila perut dah mula keluar muzik? Hihi

Penting sebenarnya untuk kita mematuhi waktu makan agar makanan yang diambil dapat dicerna dengan baik sebelum kita mengambil lagi makanan yang baru.

Di sini saya ingin kongsikan dengan anda waktu yang terbaik untuk makan.

Sarapan : 7 - 8 Pagi

Makan Tengahari : 12.30 - 2 ptg

Makan Malam : 6 - 9 malam


Happy Sharing! :)
Continue Reading

Friday, November 6, 2015

Kelebihan bioflavonoids dalam vitamin C Shaklee

Nak tahu tak, vitamin C yang saya telan setiap hari mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah lemon, orange, grapefruit).

Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Dalam banyak2 produk Shaklee, Vit C ni lah yang selalu customer repeat order.

Sehari boleh telan 5-6biji (untuk beauty,dos dicadangkan 3000mg)

saya pilih Vitamin C jenama Shaklee. 1 tablet bersamaan Vitamin C 553.00mg, Citrus Bioflavonoids Complex 120.00mg

Oh ya, bulan ni tawaran buy 6 free 1, boleh lah rembat. Jadi pembeli bijak gittew!!


Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210
Continue Reading

Thursday, November 5, 2015

Vitamin C

Semua orang tahu kepentingan Vitamin C. Ada yang telan berbiji-biji buah sehari sebab nakkan Vitamin C.

Tapi kena ingat kandungan Vitamin C dalam buah berkurang separuh selepas dipetik ketika tidak ranum, dan musnah terus apabila berterusan terdedah kepada panas

Jadi berapa % sangatla yang kita dapat hanya daripada buah-buahan. Kalau tak makan buah? Lagi lah parah yer tak. kalau merokok? Stress?kulit jerawat? Confirm tak cukup.

Sebab tu kena top up dengan makanan tambahan Vitamin C
Ada yang siap sanggup inject vitamin C lagi

Nah amik vitamin C ni, takyah susah-susah inject. Kos pun rendah ja. Berapa sen ja sehari.

Info lanjut
Sms / Whatsapp : 019 658 1210


Continue Reading

Wednesday, November 4, 2015

Vitamin C Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif dari segi kecantikan dan kesihatan

Merangsang pembentukan kolagen

Mencerahkan kulit.

Melambatkan proses penuaan.

Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.

Meningkatkan sistem imunisasi badan.

Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.

Mengatasi masalah gusi berdarah.

Saya kongsikan sebab raaaamai yang cari vitamin C. Jadi pilih lah yang berkualiti.

Order & Info
Sms / Whatsapp : 019 658 1210
Continue Reading

Tuesday, November 3, 2015

Steamboat & Grill Menggunakan Dapur Arang di OST D'Pondok-Pondok Melaka

Assalamualaikum semua :)

Mencari tempat makan menarik di Melaka? atau anda adalah penggemar steamboat?

Semalam kami berkesempatan gi makan di OST D'Pondok-Pondok. Kedai baru ja buka dalam minggu ni.

Kedai besar dan selesa, tempart parking pun luas.

Ada macam-macam pilihan. Puas hatilah! Aiskrim. ABC, daging perap, ayam perap, semua ada. Macam-macam lagi ada.





Dengan daging perapannya yang cukup rasanya, lembut dikunyah dan yang paling UNIK, dibakar menggunakan dapur ARANG!

Orang Melaka mesti cuba tau!

Siapa penggemar steamboat dan rasa nak test makan di sini, cepat2 TERJAH!

Lokasi : Boleh rujuk Fan Page OST D Pondok Pondok
Continue Reading

Monday, November 2, 2015

Sunday, November 1, 2015

Tambah Berat Badan Anda

Sekadar nak berkongsi pengalaman yang dah lama saya alami...saya ni sejak anak dara lagi berat saya tak pernah cecah 40kg...rasanya lebih 15 tahun dah...

Yang menjadi masalah kat saya masa nak cari size baju...selalunya kena cari size XS atau S...tapi memang susah nak jumpa...dan kadang-kadang size S tu pun besar dengan saya...Lama juga saya alami masalah ni sebab saya makan la banyak mana pun, makan tengah-tengah malam sebelum tidur pun memang berat akan maintain 36-37kg je...

Ingatkan selepas kahwin berat akan naik la macam kebanyakkan orang...tapi dah kahwin pun berat saya maintain sama...sampai la saya pregnant baru la dapat cecah sehingga 50kg...

Tapi lepas jer dari pantang turun balik ke berat asal...alahai...sampaikan nurse-nurse kat Klinik Kesihatan marah la suruh makan banyak lagi hehe...tiap kali check-up klinik mesti kena tahan telinga...tapi saya dah tak tahu nak buat apa lagi dah nak bagi berat saya ideal...

28/10/2013 saya register sebagai ahli Shaklee dengan tujuan utama saya nak tambahkan production susu untuk menyusu Ammar yang dah cecah setahun...

Saya beli Vitalea, B Complex, Alfalfa dan Ostematrix. Sehari selepas barang-barang ni sampai, suami saya tanya "Set naik berat badan ada x?..." Saya terfikir ada ke? Masa ni zero knowledge pasal Shaklee...So terus saya Google info dan ternyata ada!

Mata saya dah bersinar-sinar dah tak sabar nak order lagi...jadinya saya order ESP dan Mealshakes sebagai tambahan. Makanya suami saya juga consume set berat badan ni iaitu Vitalea, B Complex dan Mealshakes.

Alhamdulillah dengan izin Allah berat badan saya dan suami naik. Pipi pun dah takde la nampak tulang pipi je. Naik berat badan tak bermaksud gemuk ye...sebab masih ramai yang cakap saya slim hihi...tapi shape your body and built muscle...bukan berat air hehe...BONUS yang saya dapat, kesan sampingan dari produk yang saya ambil adalah tenaga dan kulit...itu nanti kita cerita lagi


Kat sini saya kongsikan berapa berat saya naik selama 10 bulan consume Shaklee...

Tinggi : 149cm
Target berat Ideal : 45-47kg

28/10/2013 - berat asal 36.5kg
28/11/2013 - berat naik 38kg
14/12/2013 - berat naik 38.6kg
11/1/2014 - berat naik 39.3kg
02/02/2014 - berat naik 39.8kg
29/08/2014 - berat naik 42.5kg
Total kenaikan - 6kg

Yeay...Akhirnya...berat saya cecah jugak angka 40kg tu...usaha bakal diteruskan...InsyaAllah selagi diizin olehNya...

#ShakleeEffect
#s2ufamilies
#s2united

===================
Produk yang diambil:
1. ESP
2. Mealshakes
===================

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210
Continue Reading