Sunday, June 1, 2014

Vitamin C untuk siapa?

Assalamualaikum semua dan selamat pagi :)

Hari ni masuk bulan baru 1 Jun 2014 di mana bulan yang banyak kenangan Wani. :)

Ok, pagi ni Wani nak kongsikan kebakan vitamin C Shaklee dan siapa yang perlu mengambilnya.

Vitamin C adalah vitamin yang paling POPULAR dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.

Vitamin c ni untuk siapa? dan untuk Apa? Jom semak!


1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.


2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.


3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.


4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.


5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.


6. Keracunan plumbum.

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.


7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.


8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.


9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.


10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.


11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.


12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.


13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.


14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.


Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.


15. Perlindungan dari matahari


Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.


16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.


17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.


18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.


19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Bacaan Lanjut: Vitamin Untuk Kulit Cantik


Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.


20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.


21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.


22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.


23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.


24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.


25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.


Vitamin C Shaklee

Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.

Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini.

Tahan sehingga 6 bulan.

Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   
Continue Reading

Saturday, May 31, 2014

Info Zink

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)



Hari ni Wani nak share berkaitan zink. Wani ambil Zink ni untuk mencegah rambut gugur dan mempercepat proses penyembuhan uka ketika bersalin. Alhamdulillah..best ambil zink ni. Lau anda nak tau apa yang best, jom baca.

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

7 MANFAAT UTAMA Zinc Complex dalam diet harian kita
 

1. Kecantikan Kulit

    - Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

     - Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

     - Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

     - Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

2. Kesuburan lelaki


     - Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

     - Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

     - Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

3. Ibu hamil


     - Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

4. Antibodi dan antioksidan


     - Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

     - Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

     - Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

5. Mengelak dari kanser


     - Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

6. Kesihatan secara menyeluruh


     - Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

     - Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

     - Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

7. Kesihatan rambut


     - Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut.


Zinc Complex

Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   

Continue Reading

Friday, May 30, 2014

Anak berselera makan

Assalamualaikum dan saam sejahtera semua :)

Pagi ni nak kongsi dengan readers semua berkenaan dengan sorang customer saya. jom!

Salah seorang customer saya yang berpuas hati dengan meal shakes. Semasa beliau datang ke rumah untuk mengambil meal shakes, jelas kelihatan kerisauan pada wajah sang ibu di mana anaknya kurang selera makan.

Katanya anaknya yang bongsu tak risau..kuat makan..cuma si abang ni je kurang makan..sampi kena paksa2.

Alhamdulillah, apabila beliau memberitahu keadaan anaknya selepas mengambil meal shakes..saya hanya mampu bersyukur dan tersenyum. Alhamdulillah. 


 whatsapp dari Pn Farah. :)
 Meal Shakes


Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   

Continue Reading

Thursday, May 29, 2014

Bagaimana nak join ahli Shaklee?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Ramai yang duk PM Wani tanya mcmana nak buat income dengan Shaklee ye. Hehe. Meh sini Wani share FAQ (Frequently Asked Questions) 

Q1: Kalau nak berniaga mcm Wani ni mcmana ye? Berapa modal?

A1: Registration fee RM65 + postage member kit RM10 (WM) / RM20 (EM). Ataupun beli mana2 barang yang anda suka, cukupkan RM680 dapat lah FREE membership. Takde modal pun takpe sebab bisnes Shaklee ni boleh buat dropship. Means bila customer bayar baru lah kita bayar kat Shaklee. Shaklee akan poskan barang tu kat customer kita.

Q2: Kalau jadi 'anak' Wani, Wani akan coach saya?
A2: Yup insyaAllah Wani akan guide dan coach sebab dah di bawah tanggungjawab Wani. Tapi semuanya terletak pada diri anda juga untuk berjaya. Wani hanya tunjukkan jalan  Wani akan add di secret group di bawah Wani.

Q3: Bulan-bulan kena maintain berapa sales?
A3: Tak perlu maintain sales/points unless anda sudah jadi leader, ada pangkat tertentu. So kalau nak makan sendiri pun boleh. Harga ahli dan dapat cashback/rebate juga kalau tak bisnes pun. Tak rugi pun register ahli 

Q4: Biasa berapa untung bulan-bulan? Depends on sales ke?
A4: Yup, depends on sales kita. Min 150 points utk layak dapat cashback/rebate/bonus. Bonus bermula 5% sehingga 21%, depends on berapa points kita dapat.

Q5: Ok, so mcmana nak register?
A5: Wani boleh registerkan through Shaklee2u. Segalanya online sahaja  Anda tunggu kat rumah je nanti member kit sampai.

Q6: Berapa bonus Wani sekarang?
A6: *Haa yang ni sila PM. Haha*


Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   
Continue Reading

Majlis Master celebration Penuh Aura

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Malam ni baru ada kesempatan nak update blog berkenaan master celebration (Mascel).

Pada 10 Mei 2014, Wani berkesempatan join event bagi meraikan ummi Shaklee ku iaitu Master Nadiah Suhaidi dan Amir Marzuki. Majlis yang penuh gilang gemilag yang diadakan di Pullman, putrajaya.

Pangkat Master adalah pangkat yag tertinggi dalam Shaklee. Pangkat ini la yang ramai distributor idam-idamkan. Termasuk diriku. InsyaAllah satu masa nanti aku jua akan merangkul rank Master. Aamiin.

Alhamdulillah ummi Nad tidak lupa untuk meraikan kami juga dalam majlis keraiannya. Terima kasih buat MNS dan MAM kerana tidak putus putus memberi inspirasi kepada kami.

Untuk pengetahuan semua, Shaklee memperuntukkan RM50K kepada setiap master untuk meraikan majlis ini dan terpulang kepada Master tersebut untuk mengadakan majlisnya di mana-mana hotel yang dipilih.

Dah 3 event master celebration yang sempat wani hadir.

1. Double Master Celebration Master Shareeza & Master Iffah Anuar di Impiana KLCC
2. Master Celebration Master Ruziah Amin di Philea Resort, Melaka
3. Master Celebration Master Nadiah Suhaidi di Pullman, Putrajaya


 
Dapat hadiah penghargaa dari MNS dan MAM

 
Bersama warga MSE

 
Bersama anak cucu keluarga HCG ku :)

 
Gambar-gambar sekitar majlis ummi Nad :)

Semoga majlis-majlis ilmu sebegini dapat memberi lebih aura dan semangat untuk seluruh warga Shaklee sekalian. Dengan Shaklee, banyak ilmu-ilmu perniagaan yang dapat Wani pelajari. Priceless. Terima aksih kepada ummi, nanny, moyang..yang banyak mencurahkan ilmu tanpa jemu.

InsyaAllah...semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat. Menjadi Muslimah JUTAWAN dunia akhirt. Aamiin. 

Join us. InsyaAllah. 

Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   
 
Continue Reading

Wednesday, May 28, 2014

Nutrien Perlu Untuk Faedah Optimum Sewaktu Kehamilan

 

Apabila anda bercadang untuk hamil, adalah baik sekiranya anda menumpukan perhatian terhadap nutrien-nutrien berikut kerana ia akan membantu anda dan bayi mencapai kesihatan yang optimum.

PROTEIN
Protein mungkin merupakan nutrien yang paling diperlukan oleh bayi anda, asid-asid amino yang membentuk protein merupakan bahan binaan badan. Protein diperlukan untuk membaikpulih dan penjagaan tisu, begitu juga untuk tumbesaran dan perkembangan bayi yang sihat.


Mengapakah Protein Penting?
 
Kebaikan untuk anda:
Protein yang mencukupi diperlukan untuk

Menyokong penghasilan darah tambahan.
Menguatkan sistem ketahanan badan yang melindungi dari jangkitan.
Menggalakkan penambahan berat badan yang sesuai.
Melindungi dari sesetengah komplikasi kehamilan cth pre-eklampsia.

 
Kebaikan untuk bayi:
Untuk membina sel darah merah dan tisu otot yang baru.
Untuk membina uri yang menyalurkan khasiat dari ibu ke bayi.
Untuk menyokong perkembangan sempurna otak bayi, terutama sewaktu trimister ke 3.

 
Rujukan Pengambilan Pemakanan (US-RDI 2002)
Sebelum kehamilan 46g/hari
Sewaktu kehamilan 71g/hari
(90g daging lembu/ayam tanpa lemak: 24g Protein)

 
Protein di Dalam Makanan
Makanan kaya-protein terdiri daripada sumber-sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Protein haiwan dipanggil protein lengkap atau protein kelas pertama kerana ia mengandungi kesemua asid amino perlu pada jumlah yang betul untuk membina protein. Sumber-sumber protein haiwan: daging, ikan, daging ayam itik, telur dan hasil tenusu.

 

Protein tumbuh-tumbuhan dianggap tidak lengkap atau protein kelas kedua kerana satu atau lebih asid amino mungkin tiada atau dijumpai dalam jumlah yang sedikit. Sumber-sumber protein tumbuh-tumbuhan: kekacang, biji-bijian, sayur-sayuran, kacang pis, kekacang dan biji benih. Adalah juga penting untuk menggabungkan protein tumbuh-tumbuhan bagi melengkapkan asid amino, sebagai contoh:
- Roti + mentega kacang
- Beras + kacang dal
- Jagung + kentang

 
Sajian kesihatan yang ditawarkan di Shaklee untuk melengkapkan keperluan protein anda

ESP - Soy Protein Isolate Powder
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.  
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*  
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Harga Pasaran : RM 150(WM) / RM 155(EM) Berat: 850 gram

Meal Shakes

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Harga Pasaran: RM 113.75(WM) / RM 121.25(EM)
Berat: 544 gram

Info produk: www.shaklee.com.my


Info & Order:   

Noor Zawani Suhaimin (Wani)   

Shaklee ID : 866668 

Sms / Whatsapp : 019 658 1210   


Continue Reading

Testimonial ESP

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Terdapat banyak sangat testimonial pengguna ESP ni. Jadi wani ambil keputusan untuk compile testimonial pengguna ESP Shaklee supaya senang kawan-kawan untuk review. :)

Wani sendiri pengguna ESP ni dari July 2012 sampilah sekarang. Bila habis je ESP mesti top up. agi wani ESP ni best sangat.

Kenapa wani kata best? sebab ada yang consume ESP dan kata:
1. lebih berTENAGA
2. lebih KENYANG
3. lebih SLIM
4. lebih LEMBUT dan TEGANG kulitnya
5. lebih TEBAL rambutnya sebab dah kurang KEGUGURAN RAMBUT


ni la dia rupa ESP yang glamor tu. :)

Ada customer yang bagitau...rupanya besar tong ESP ni..berbaloi-baloi dengan harganya.

ok, jom kita tengok testimonial pengguna Shaklee.

kulit muka bertambah gebu dan berseri
kulit tak berminyak sangat macam dulu
jerawat susah nak timbul
tak da dark circle keliling mata 

 'tumit kaki cam lembut je'
 
 kenyang leih lama
cik B cepat penuh



 ESP membaiki tisu kulit
parut czer semakin cantik
tambah susu badan

 bagus untuk orang gastrik

Sharing is caring!

Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   
Continue Reading