Nak dekat raya ni boleh la try test buat biskut yang senang dan mudah yang amat ni. hehe. Senang je bahan-bahannya. boleh pi cari kat kedai kek yer. :)
Bahan-Bahan:
Bahan-Bahan:
- 200 gm tepung Florenta
- 200 gm badam keping
- 100 gm kuaci hitam
- 20 gm bijan hitam
- Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
- Satukan semua bahan dalam bekas
- Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
- Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
- Panaskan oven pada suhu 160C
- Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
- Bakar dalam oven selama 10 minit
- Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
- Simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!









