Thursday, October 11, 2012

Testimonial ESP sempena promosi ESP bulan Oktober ni.

Assalamualaikum wbt...

Hari ni Wani nak share testimonial-testimonial dari pengamal ESP...biar testimonial2 ni jer yang bercerita tentang kebaikan ESP yer...Wani xmo cakap banyak dah..hihi..jommm...


Lagi testimonial ESP


Lagi...


Dan lagi...

Lagi...lagi..lagi...ada banyak lagi sebenarnya..cukup lah setakat ni saja dulu yer :)

Nanti kita sambung lagii :))

Berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh PM yer..

Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin
FB Fan Page : Kesihatan Adalah Anugerah

Continue Reading

Wednesday, October 10, 2012

PENTING!!! Ibu mengandung perlu kepada makanan tambahan.

Assalamualaikum wbt..



Hari ni Wani nak share ngan kawan-kawan tentang kepentingan vitamin yang kita ambil semasa hamil..kawan-kawan tahu x apa fungsi dan kepentingan vitamin yang kita ambil tu? jom wani kongsikan :)

Biasanya kita akan dibekalkan dengan makanan tambahan oleh doktor yang merawat kitakan..seperti asid folic, vitamin b dan iron tablet.
Asid folic ni sebenarnya menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida..

Spina bifida tu ape yer?

Ok, spina bifida ni adalah penyakit yang serius di mana ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya. Bahaya tau sebab boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk.

Sebab tulah, sebelum hamil lagi or merancang untuk hamil..doktor akan bekalkan kita dengan asid folic (400mcg) dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Ok, jom kita tengok pula apa kepentingan zat besi ni...

Zat besi ni penting bagi mengelakkan seseorang ibu yang hamil menghidapi anemia..sebelum hamil lagi kita memerlukan sekurang-kurangnya 15 mg zat besi. Semasa hamil, sudah tentulah memerlukan lebih iaitu dua kali ganda dari dos yang disarankan iaitu 30 mg zat besi.

Kalau kurang zat besi, kita akan cepat letih, rasa tidak bermaya, pucat, berdebar-debar, sukar bernafas dan mungkin akan PENGSAN..

Ibu hamil sangat sangat sangat penting untuk mengambil zat besi bagi mengelakkan Anemia.

Vitamin C juga penting nak kena seiring dengan pengambilan iron tablet..sebab ape? vitamin c akan membantu penyerapan zat besi pada kadar yang lebih optimum dalam badan. Selain itu, bonus kepada ibu kerana boleh mengelakkan stretch mark jika diamalkan di sepanjang kehamilan.

Omega...biasa kita tidak dibekalkan dengan omegakan..sebab ape? boleh beli sendiri yer kawan-kawan..hehe..omega ni penting dalam perkembangan sistem saraf dan otak..juga untuk awal penglihatan bayi. Selain itu, omega dapat mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi dan mencegah kelahiran pra matang. Perlu mendapatkan omega yang berkualiti di pasaran yer..macam2 jenis ada..

Kalsium.....sangat penting pada ibu hamil..kenapa? kerana kalsium akan diserap oleh bayi bagi proses perkembangan bayi tersebut..kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis. Ibu yang kurang kalsium dalam badan akan sakit-sakit belakang, pinggang...sbb tu la, kalsium ni sangat penting pada ibu hamil..

Ok, jom kita lihat testimonial dari pengamal supplemen shaklee yang semestinya SELAMAT, BERKESAN dan SEMULA JADI...jom klik disini..
Continue Reading

Collagen Powder


[Anti-Aging] Collagen Powder

Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan
dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

* Berat molekul diukur dalam unit Dalton

Kod Produk 11000 (15 paket)



Continue Reading

Monday, October 8, 2012

Testimonial Ibu menyusu dengan Shaklee

Assalamualaikum wbt..

Jom Wani share testimonial pengguna Shaklee (Set B + Ostematrix + ESP)

"..Ni hasil mengepam sesi kedua harini. Alhamdulillah, dimurahkan rezeki buat saya dan anak. Saya consume Set B + Ostematrix + ESP sejak mula bersalin. Sekarang anak dah 9 bulan, tak pernah miss makan dan minum vitamin Shaklee. Memang best dan berbaloi. Badan yang dulunya penat-penat, sakit-sakit, semua dah hilang dah. Susu pon masih maintain dan mencukupi untuk anak saya. Kulit terasa lembut dan tapak kaki saya yang dulunya keras dan tebal, sekarang ni dah halus mulus dah. Hehehe.

Bonusnya lagi, kalau dulu saya mudah marah dan stress bila penat, sekarang ni tidak lagi. Suami pon pelik sebab saya boleh maintain tenaga dari pagi sampai malam dengan kerja, balik rumah uruskan anak-anak, kemas rumah, urus baju semua.

Memang berbaloi-baloi dengan SHAKLEE. :)"

Kawan-kawan tahu x? B complex lengkap dengan b6 yang memang berfungsi mengurangkan tekanan..insyaAllah, dengan mengambil B Complex akan membuatkan emosi kita lebih stabil. :) ibu ceria, keluarga bahagia :D

Berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh PM yer..

Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin
FB Fan Page : Kesihatan Adalah Anugerah

Continue Reading

Sunday, October 7, 2012

Nutriferon.

Salam :)

Wani nak share sedikit fakta tentang nutriferon..jom kita kenal, apa itu nutriferon?



Apa itu Nutriferon?

Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Sejarah Nutriferon..siapa yang menciptanya?

Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi dalam badan.
    
Siapa yang perlukan Nutriferon?

Sesiapa sahaja yang selalu demam / rendah sistem imun dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan imuniti/antibodi seperti flu, demam ,cancer, asma... tetapi harus diingat yer yang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit.    

Bagaimana ia bertindak? 

Nutriferon bekerja dalam dua cara~segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan
credit

Berminat? boleh contact

Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin
FB Fan Page : Kesihatan Adalah Anugerah
Continue Reading

Testimonial Nutriferon

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah hari ni Wani nak share tentang nutriferon from shaklee..

Semalam hubby sakit kepala, so Wani suh amik NUTRIFERON 1 sachet. Alhamdulillah, sakit kepalanya berkurang..kalo x, mesti nak telan panadol..skang ni Wani nak amalkan pemakanan kesihatan dalam keluarga.. SAY NO NO NO tu PANADOL, PONSTANT..sebab boleh effect buah pinggang kit..sila google pasal kesan ke atas panadol dan ponstant ni yer..

Biar orang yang merasai kesan NUTRIFERON sahaja yang menilainya. Jom baca testimonial dari pengamal NUTRIFERON ni.



"saya rasa jatuh cinta dengan rasanya..rasa nak ratah-ratah je"

"sekarang nak bagi antibiotik pun rasa berat sebab nutriferon lagi best"

"umah kami memang wajib ada nutriferon untuk selsema, demam, batuk..memang dah xda panadol"

Alhamdulillah...nutriferon memang hebat..dengan ciptaannya menggunakan bahan-bahan semulajadi. Nak tahu lebih lanjut tentang nutriferon, bleh klik disini.

Berminat nak order? bleh contact Wani yer:

Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin
FB Fan Page : Kesihatan Adalah Anugerah
Continue Reading

Saturday, October 6, 2012

PROMOSI ESP SHAKLEE

Assalamualaikum semua..hehe

Weekend ni x gi mano2 ko? Ni nak promot skit..Shaklee ado wat PROMOSI sekarang..ESP bleh dapat harga MURAH dari biasa..ok, wani terang skit pasal ESP ni..



ESP ni adalah singakatan pada Energizing Soy Protein. Soya la senang cite. Fungsinya adalah untuk membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan kita yang dah lama, tua atau rosak dengan tisu yang baru. Protein ni penting sebab sebahagian sel dalam tubuh kita ni terbina daripada protein, jadi kalau kita kekurangan protein..badan kita akan terasa lesu, xbermaya, kulit kusam..hari-hari yang dilalui xseceria orang lain :)..kalo badan kita kekurangan protein pada tahap yang kritikal, kita berisiko mendapat penyakit seperti anemia, penyakit hati, kolesterol tinggi, tekanan darah rendah, ulser perut, usus..mcm2 lagi la..nauzubillah..xmo dah sebut..

Kita juga boleh dapatkan protein dari sumber-sumber yang lain selain ESP ni seperti telur, daging, ikan, susu dll..tapi kalo nak senang, minum je ESP ni..mudah jer..bancuh mcm tu jer..or nak sedap lagi, ada yang bancuh dengan bliss nestle..pilih je perasa apa nak..lagi fresh..hehe..tapi jangan plak bancuh ngan air panas sbb boleh merosakkan zat yang ada dalam ESP ni.

Biasanya ramai ibu menyusu ambil ESP ni sebab katanya nak tambah susu..ESP pun salah satu milk booster..sbb ianya kaya dengan protein. Kalau jumpa doktor tanya mcm mana nak tambah susu, mesti doktor suh banyakkan ambil makanan yang berprotein..haa ESP la senang, semudah 123..selain tu, sesuai untuk ibu mengandung, berpantang, selepas pembedahan..baik untuk renew sel2 baru, gastrik dll.

ESP ni sangatlah berbeza dengan soya yang lain..sbb utamanya adalah ianya diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat2 komprehensif dan memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Satu2 nya dalam pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Mempunyai index glisemik yang rendah (39) menjadikan ia sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

rendah glisemik tu apeke bende?

indeks glisemik tu adalah ukuran kecepatan makanan yang kita makan menjadi gula dalam darah. Semakin tinggi indek glisemik sesuatu makanan, semakin cepat kesannya terhadap kenaikan gula dalam darah.

ooo xbagus ke kalau cpt masuk dlm darah?

Xbagus..kita sepatutnya kekalkan paras gula dlm darah yg rendah utk kurangkan berat badan dan pnjagaan kesihatan dlm jgka ms panjang..haa, sbb tu la ESP ni juga bonus utk weight management..selain memberi tenaga yang berpanjangan juga.

ESP juga perlu dalam pengambilan vitamin-vitamin Shaklee yang lain..kenapa ye? sebab bagi memudahkan penyerapan vitamin lain dengan lebih baik. (mudah serap ke badan). Sebab tu, kalo kita lihat, kesan ke atas penyerapan vitamin badan seseorang adalah berbeza..bila mudah serap, kesannya akan lebih cepat.

Kalau tak amik ESP, boleh ambil sumber-sumber makanan yang lain mcm wani cakap tadi seperti ikan, telur, ayam, daging, etc. Tapi nak senang ambil ESP la..hehe..Selain tu, produk Shaklee juga ada alfalfa..juga kaya dengan protin, asid amino, klorofil etc..10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Kalo berminat, nak tahu lebih lagi..boleh PM yer..okies..semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua :)

Happy Sharing!
Continue Reading

Sunday, September 30, 2012

Stretch mark atau rekahan pada kulit

Assalamualaikum wbt...

Tahukah anda, apa itu stretch mark?

Stretch mark merupakan tanda parut berupa garis-garis putih yang muncul pada permukaan kulit, berbentuk garis berliku seperti anak sungai. Biasanya tanda ini muncul pada kulit perut, lengan atas, pinggul, peha, belakang badan dan payu dara. Tapi ada yang tidak ambil kisah tentang permasalahan ini.

Stretch mark biasanya muncul pada ibu yang hamil. Kebiasaannya pada bulan ke empat atau lima di mana warna kemerah-merahan muncul dan masih dapat disembuhkan. Namun begitu, dihujung kehamilan, garis yang timbul berwarna keputihan sukar untuk dihilangkan.

Nutrisi yang cukup pada tubuh membantu untuk melenyapkan stretch mark. Makanan yang kaya dengan silica dan zat besi sangat berperanan dalam perkembangan kolagen. Vitamin yang penting untuk pembaharuan sel kulit merangkumi vitamin C, vitamin E, vitamin A, vitamin K dan tidak ketinggalan juga minyak ikan (omega) untuk memperkuatkan dinding sel.

Dikongsikan testimonial dari Aula : 

Semalam la dok belek2 depan cermin tetiba tengok "eih macam dah berkurang la stretch mark nie… dok sapu2 rase licin jer… Nak tanye hubby of coz die kate cantik kan hahah :P"

Takleh aula nak share gambar hahah segan la… tapi percayalah mmg dah bertambah licin rupa dan rase  (macam makanan laks!)

Sebenarnya memang ramai yang dah share testimoni nie tapi takde lak aula rase kan.. tapi lepas mendisiplinkan diri untuk amalkan 3 CARA kat bawah nie alhamdulilah baru PERCAYA..

1. Pepagi breakfast memang Aula minum ESP+ FIBER wajib selain dari control diet dan tenaga nak make sure "Protien yang cukup untuk badan nie"

2. Amalkan minum air yang CUKUP sekurang-kurangnya 2-3Liter sehari wajib ye!!

3. Pengambilan VITAMIN C dan GLA  sekurang-kurangya 2 biji sehari.


Testimonial dari pengguna Collagen Powder Shaklee:



“...yg saya notice ada improvement pada stretch mark/tiger mark pada perut yg sgt buruk kelihatan. Mana tak buruknya kalau dah  3 kali ngandung dlm masa tiga thn berturut-turut dan siap pregnantkan twins lagi..jgn la nak claim perut tegang..tau2 je la kan...ahahahah. Lepas dah abis sekotak ni..saya belek2 bhgn yg hitam kt perut tu dah kurang sket, and kulit perut yg ada stretch mark tu pun nampak kurang sket ketaranya. tapi masih ada dan hodoh..bukan ilang terus tau..huhuhu..credits.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk ini, boleh menghubungi Wani sebagai Shaklee Independent Distributor anda :)
  
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin
FB Fan Page : Kesihatan Adalah Anugerah
Continue Reading

Sunday, September 23, 2012

Testimonial mengambil vitamin Shaklee semasa mengandung

Assalamualaikum wbt.

Entry sebelum ni Wani ada kongsikan kepentingan vitamin ketika hamil di sini. Hari ni Wani nak kongsikan pula testimonial dari pengamal vitamin Shaklee. Beyond Mama ni siap compare kan lagi semasa mengandungkan anak pertama dan keduanya. Wani sendiri xdapat lagi nak compare anak pertama dan kedua sebab baru ada anak sorang je...hehe..So, mari kita baca testimonial dari Beyond Mama ni..belajar dari pengalaman orang lain :)

----------------------------------------------------------------------------------------------

Tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum saya melahirkan anak ke-2. Rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kongsikan testimonial diri sendiri sepanjang mengamalkan set vitamin Shaklee untuk 2nd pregnancy nie.




Saya menggunakan kesemua vitamin di atas ketika usia kandungan mencecah 4 bulan. Sebelum itu saya masih menggunakan multivitamin, fish oil dan acid folic yang dibekalkan oleh pihak klinik. Saya jugak turut mengamalkan pengambilan Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink untuk mengurangkan kesan loya mengandung. Buat pengetahuan anda, anak ke-2 saya adalah lelaki, anak sulung yang pertama juga lelaki, namun pengalaman mengandung untuk kedua-dua anak ini adalah berbeza. Antara perbezaan terbesar penggunaan set vitamin mengandung Shaklee adalah:

1st, TIADA KESAN STRETCH MARK PADA PERUT. Sewaktu mengandungkan anak pertama, perut saya umpama lukisan bercorak akar kayu, kesan stretch mark berlingkar2 pada perut. Even semasa 4 bulan pertama mengandungkan anak ke-2, kesan stretch mark sudah mula timbul namun hasil pengambilan set vitamin Shaklee, kesan stretch mark itu telah hilang dan perut saya kekal licin sehingga kini tanpa perlu menyapu minyak atau lotion stretch mark. Terima kasih kepada Vita-C dan ESP yang membina kembali kolagen yang musnah ketika pembentukan stretch mark.

2nd, PARUT HITAM PADA TUBUH MAKIN PUDAR. Kata orang tua, bila mengandungkan anak lelaki akan banyak kesan hitam pada tubuh. Kedua-dua kandungan saya memang begitu, tapi alhamdulillah, setelah pengambilan set vitamin Shaklee, kesan hitam pada leher saya hilang terus. Kesan hitam pada celah paha dan ketiak juga turut pudar. Thanks to Vita-C and ESP again.

3rd, KAKI TIDAK CRAMP / TIADA SIMPUL BIAWAK. Ini merupakan masalah terbesar saya ketika kandungan pertama dulu. Masalah cramp pada betis (simpul biawak, tarik mengkarung, etc.) berlaku beberapa kali dalam seminggu terutamanya pada tengah malam ketika sedang nyenyak tidur. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya bila terkena serangan simpul biawak. Untuk 2nd pregnancy, sekali pun saya tidak pernah mengalami kesakitan itu. Thanks to OsteMatrix yang membekalkan calcium dan magnesium yang secukupnye untuk mengelakkan masalah cramp kaki semasa mengandung.

4th, TIADA WATER RETENTION PADA KAKI. Semasa kandungan pertama, ibu saya sampai menangis melihatkan keadaan kaki saya yang terlalu kembang akibat water retention. Water retention pada kaki adalah sangat mengganggu kehidupan harian kerana kaki mudah jadi penat dan sakit ketika berjalan. Thanks to B-Complex yang membekalkan B6 yang cukup untuk mencegah water retention. Kesannya akan lebih optimum jika digabungkan bersama pengambilan OsteMatrix dan VitaLea.

5th, TIADA MASALAH ANEMIA. Di awal kandungan anak pertama, saya mengalami masalah anemia. Hampir satu ofis menegur kulit saya sangat pucat sampai ke tapak kaki seolah-olah tiada aliran darah langsung. Saya terpaksa mengambil ubat tambahan dari klinik untuk mencegah anemia. Untuk kandungan kedua, saya langsung tidak diserang anemia ketika mengandung. Thanks to Vita-Lea yang membekalkan tambahan iron di dalam vitaminnya yang mampu mencegah anemia.

6th, KENAIKAN BERAT BADAN YANG IDEAL. Jumlah kenaikan berat badan saya pada kandungan pertama ialah 18kg. Untuk kandungan kedua ini, jumlah kenaikan masih belum mencecah 10kg. Thanks to B-Complex yang menukarkan makanan yang saya makan kepada tenaga dan mengelakkan masalah water retention. Thanks to OsteMatrix juga yang membantu penghadaman yang sempurna sepanjang kehamilan anak kedua ini.

Apa yang diambil oleh Beyond Mama?
Vitamin C
ESP
Ostematrix
B Complex
Vitalea

Terima kasih kepada Beyond Mama kerana sudi berkongsi testimonial ini. Bagi ibu-ibu muda yang tiada pengalaman mengandung bolehlah mempelajari sesuatu dari entry ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau berminat mendapatkan vitamin-vitamin ini

Contact me, your Shaklee independent Distributor,
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Continue Reading