Wednesday, July 11, 2012

Berpantang!

Assalamualaikum :)

Hi..Wani nak kongsikan info berkaitan Set Berpantang. Sebelum ni Wani ada post testimonial di sini

Sebelum tu, Wani nak kongsikan pengalaman berpantang Wani sendiri :)

Wani bersalin secara pembedahan sbb baby songsang...doc decide wat ECV (pusingkan baby) tapi tak berjaya. Then, doc decide suh wat pembedahan (emergency) sbb baby dah lemas.

Masa berpantang, ikan haruan la menjadi peneman...huhu..nak cepat baik kan?hehe..kalo tahu Shaklee ada Vitamin yang boleh baikkan luka ni dengan cepat, da lama Wani consume Shaklee. (Zinc)

My baby Zafran plak masa tu ada jaundice (kuning)...terpaksa la berhenti makan jamu sebab panas. Tak baik untuk baby. Takut jugak baby akan cirit-birit nanti. (Shaklee tak panas)

Masa Zafran 40 hari, kulit jadi merah-merah...terpaksa masuk wad 3 hari..tuhan saja yang tahu. Ujian dariNYA untuk hambaNYA yang lemah ini. Susu plak masa tu tak banyak sangat untuk Zafran. Kata doc, perlu bagi susu ibu dalam kuantiti yang banyak untuk bagi antibodi pada si anak. Kalo la tahu Shaklee ada BF Set yang bagus ni (Set 3M)...hmmm..tapi xper..next berpantang, akan amik produk Set Berpantang Shaklee plak.

Kandungan Set Berpantang

1. B complex
- Anti stress (sebagai penenang dan mengelakkan meroyan)
- Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga: memastikan badan bertenaga waktu dalam pantang
- Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
- Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
- Melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam walaupun ketika dalam pantang
- Walaubagaimanapun, pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu

2. Vitamin C
- Mengurangkan stretch marks!
- Mempercepatkan penyembuhan luka
- Memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin
- Sangat penting untuk menjaga salur darah
- Antioksidan
- Membuatkan kulit makin bersih, cerah, dan cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik

3. Vita-lea with Iron Formula (multivitamin)
- Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan)
- Mengandungi iron (zat besi) yang penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin
- Tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan

4. Zinc
- Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim)
- Dapat mengurangkan masalah rambut gugur. 
- Bagi anda yang tidak makan ikan haruan ataupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. 
- Membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.



Boleh juga add on Alfalfa


-Sebagai milk booster, mengatasi masalah keputihan, dan sebagai perapat! Hehe.
- Supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat
- Bantu memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat
- Bantu perkumuhan (lebih lawas)
- Buang angin dalam badan. Secara automatik kesan baik pd baby iaitu susah nak kena kembung
- Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang.
- Berada dalam kategori fiber dan mengenyangkan
- Mengatasi masalah keputihan yang dialami ramai wanita especially selepas melahirkan anak
- Bertindak seperti Kacip Fatimah (perapat wanita)

Supplement tambahan lain yang boleh diambil adalah Ostematrix dan ESP

 
Ostematrix dan ESP

Kedua-dua supplement ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu.

Selain itu, Lecithin :


untuk moms yang nak turunkan berat badan sewaktu pantang. Memang selamat untuk mom yang menyusukan. Juga membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah sembelit ketika berpantang.

Ketika berpantang ni lah kita kena jaga kesihatan dengan sebaiknya. Next, nak mengandung dan melahirkan anak lagi kan :) Ibu sihat, keluarga ceria! Walaubagaimana pun, trial pack untuk set berpantang juga disediakan dengan harga yang berpatutan. Sila hubungi Wani untuk maklumat lanjut.

SMS/Call di 019-6581210

PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Emel : wanipc@gmail.com
 
Continue Reading

Testimonial family wellness set: Ifa Berjaya Kumpul Stok EBM Sebanyak 730oz Sewaktu Berpantang!


"Salam
Alhamdulillah, semalam 6.12.2011 tamat sudah tempoh berpantang saya selepas melahirkan puteri kedua iaitu Damia Qaisara bt Shahrizam Fitri.


Berbekalkan ilmu yang pernah saya pelajari semasa menghadiri bfeeding class sewaktu mengandungkan anak pertama, membuatkan saya terpanggil sekali lagi untuk berkongsikan dengan Iffah bagaimana saya mampu untuk membuat stok simpanan susu sehingga melebihi 730oz dalam tempoh berpantang.


Allah itu Maha Hebat kuasanya. Atas kurniaanNya Dia telah memberikan rezeki yang melimpah ruah pada Damia.


Saya mula membuat stok simpanan setelah Mia berusia 2 minggu. Saya juga mengamalkan pemakanan tambahan Shaklee iaitu set 3M+ESP+PD yang dibeli dari Iffah Anuar @ Fahem Wardrobe. Pada mulanya saya agak sangsi dengan keberkesanan set ini kerana saya hanya melihat kejayaan di dalam laman web Faheem Wardrobe shj. Tambahan pula set ini dikatakan bertindak seperti juga set berpantang. ini menambahkan lagi keraguan saya, boleh ke dengan hanya set ini dpt menyihatkan tubuh badan saya dan menambahkan pengeluaran susu ibu serta menggantikan set berpantang yang terdiri daripada jamu dan lain2.


Alhamdulillah....berkat kesabaran dan usaha saya melayari internet dan melihat kejayaan demi kejayaan testimoni yang mengamalkan set ini membuatkan saya yakin yang saya juga mampu menjadi seperti mereka. Set ini memang benar-benar berkesan dan best giler......


Selepas melahirkan Damia, saya terus mengamalkan set ini secara disiplin dan tidak pernah terskip daripada jadual yang telah diberikan. Tips eksklusif tersebut saya salin semula dan saya letakkan di meja tempat saya mengepam susu serta saya tuliskan disetiap botol, bila waktu yang sepatutnya saya makan setiap supplement tersebut. Dan setelah 2 minggu baru lah saya mula menyimpan stok perahan susu saya.


Apa yang saya amalkan sejak dari anak pertama lagi ialah, sikap n semangat saya yang mengatakan saya mampu menghasilkan susu yang banyak untuk anak-anak saya. itu lah kata-kata yang sentiasa saya ucapkan sewaktu mengandung lagi. Dan Tuhan telah memakbulkannya.


Rutin yang saya amalkan sama seperti ibu2 yang lain.


Pagi: breakfast Quaker oat/roti/cekodok/milo/susu
Minum pagi: roti/biskut/susu
Tghr: Nasi lauk ikan bilis goreng ngan bawang(bwng byk2 n potong bsr2) /tempe utk sebulan yang pertama. selepas tu saya dh mula mkn mcm2 yang x menggatalkan.
Petang: Biskut/roti/susu/milo
Mlm : mkn malam menu yg sama spt tghr.


Yang penting saya mengamalkan minum air masak lebih 3 liter sehari (itu tidak termasuk lain2 air manis yang saya minum) serta membuat jadual pump yang konsisten. Selain membuat double pumping, Saya juga mengamalkan power pumping. Setiap kali saya menyusukan damia, setiap kali itulah saya membuat perahan stok simpanan saya. Hasilnya selain mampu membuat stok yang banyak, saya juga menjadi ibu susuan kepada anak buah saya setiap hujung minggu.


Dan yang paling utama, sentiasa berdoa kepada Allah supayamemudahkan segala urusan saya dan menambahkan susu saya sehingga saya mampu dikongsikan dengan bayi lain. Hebatkan kuasa Allah, membolehkan saya menyusukan bayi lain. SubhanAllah....Maha Suci Allah yang Memberikan segala2nya. Dan kini, anak pertama saya khalisya yang berumur setahun setengah juga telah berkongsi susu dengan adiknya Mia.


Saya sangat gembira dan bahagia apabila kini, kedua2 puteri kesayangan saya berkongsi susu yang paling mahal dalam dunia ini.


Terima kasih Iffah kerana turut membantu dalam kejayaan saya. Set 3M+ESP+PD mmg benar2 berkesan.


Biarlah kita bekorban mengeluarkan sedikit wang demi memberikan yang terbaik untuk yang tersayang." Credits.


Alhamdulillah...rezeki dari Allah swt yang tidak terjangkau...teruja membaca testimoni dari customer ni....Semoga Allah swt memberikan rezeki yang sama juga kepada anak-anak kita nanti. InsyaAllah.


Supplement apa yg Puan Ifa amalkan? consist of:
- Vitalea
- Vita C
- B complex
- Alfalfa
- Ostematrix
- Energizing Soy protein (ESP)
- Performance drink (PD)

Untuk mengetahui khasiat yang terkandung dalam Set 3M boleh rujuk sini

Performance Drink ini sangat istimewa. Mampu memberi kecergasan dan sesuai untuk seisi keluarga. Amat disyorkan sepanjang berpuasa dan ketika cuaca panas sekarang ni untuk mengekalkan bendalir dalam tubuh.


Jika berminat, boleh contact:

SMS/Call di 019-6581210

PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Emel : wanipc@gmail.com
Continue Reading

Tak ada perubahan pun setelah consume Shaklee ni

Assalamualaikum wbt :)

Ada mom yang mengadu, xda perubahan pon setelah consume Shaklee Set B..hasil perahan susu sama jer...malah tida perubahan langsung pada kesihatan diri sendiri. So, adakah Shaklee ni tidak sesuai untuk sesetengah orang? Apa yang harus dilakukan ni?

First, check jadual pemakanan anda. Adakah anda makan secara consistant atau pun tak.
Second, pastikan anda minum air masak 3L sehari. Sukat air masak yang diminum.
Third, percaya rezeki datang dari Allah. Tawakal kepadanya dan banyakkan berdoa.
Fourth, hubungi pengedar anda dan bercerita mengenai masalah anda. InsyaAllah boleh membantu.

Setiap orang mempunyai kesan yang berbeza bergantung kepada pemakanan dan kesihatan.

Kurang pengambilan air putih adalah salah satu sebab mata mudah mengantuk dan badan menjadi letih. Pengambilan supplement memerlukan banyak air demi penyerapan yang baik oleh badan manusia.

Tiada perubahan langsung! setelah diselidiki, mom ni adalah peminum kopi tegar (sehari 3 cawan kopi). Tanpa disedari, pengambilan kopi itulah yang memusnahkan vitamin yang sedia ada dalam badannya.

Tidak kurang juga si ibu yang tidak mendapat manfaat kebaikan vitamin kerana tiada sikap istiqamah dan sabar. Sedangkan inilah yang dituntut dalam agama untuk berjaya dunia dan akhirat. Disiplin sangat penting dalam menjayakan istiqamah

Jom ikuti pengalaman salah seorang customer Shaklee ni.

http://healthy.babykawaiistore.com/wp-content/uploads/2011/11/set3M-putriadiaz.jpg

"Assalamualaikum…Hai Hanis..terima kasih atas tips2 yang diemelkan. saya dgn sukacitanya  nak bgtau hasil susu saya telah meningkat dgn pengambilan set B, ESP n Ostematrix. slps consume semua tu dalam masa seminggu baru saya dapat lihat perubahannya. sblm ni saya hanya consume set B shj di samping mengambil makanan seimbang tetapi dah sebulan consume pun masa tu tak de perubahan sgt…hasil sama je dgn sblm consume. sejak tambah dgn ESP n Ostematrix ni saya tak perlu risau lg. ESP saya ambil 1 sudu sehari shj, alfalfa 2biji sehari dan ostematrix 2biji sehari..saya mmg amalkan mkn kurma,susu dan quaker oat setiap hari.sy hanya perah waktu kerja 3x aje dlm waktu yang konsisten dan guna teknik marmet, balik rumah dan weekend mmg direct bf.sblm ni, kalau time period n ovulation mmg sedih susu kurang sgt dan saya jadi risau + tension.saya mmg dari mula tak buat byk stok..ada la standby stok sikit untuk time2 yang merudum tu.skrg baby saya aisyah berumur 4 bln lebih dan mmg exclusive bf.saya perah hari ni untuk bekalkan kat rumah bb sitter keesokannya..itulah rutin harian saya.. saya mmg tak bekalkan susu dari freezer sbb dr pembacaan saya yg fresh lagi bagus zat dan antibodinya masih terpelihara.jadi mmg saya letak dalam fridge aje sblm bekalkan kat rumah bb sitter tu. aisyah menyusu kat rumah bb sitter 12oz sehari dan hasil perahan di waktu bekerja shj saya blh dapat 14oz.kalau ade masa kat rumah baru saya buat tandem nursing.better than before…saya sgt gembira.sekian perkongsian saya..terima kasih."

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

FB: Noor zawani Suhaimin
SMS : 019 658 1210
Emel : wanipc@gmail.com
Continue Reading

Tuesday, July 10, 2012

Testimonial Pn Wan Su : Alhamdulillah kulit bebas jerawat, luka cepat sembuh, susu banyak, badan bertenaga..

Assalamualaikum wbt...

Hi, wani nak kongsikan pengalaman Pn Wan Su yang hamil dan berpantang anak ke-3 menggunakan Shaklee.


"...........................bila diingatkan balik saat2 yang aku lalui waktu pantang yang amat mencabar dulu...aduiii mmg terasa ngeri...bersalin anak pertama..jahitan lambat baik...dia punya sakit tu kan...sampai bila org lalu sebelah kite pon terasa ngilu je..sampaikan org tepuk peha kite pon akan rasa sakit ya amat...rasa nak buat penghadang je kat tempat duduk tu..jgn kasik org mai dekat..
anak kedua pun mcm tu...masih ngan problem jahitan...sakit giler...tp kali ni lagi sadis..bila masuk hari ke 30 tu...benang dah reput...tp tempat jahitan masih membengkak...bila jalan macam org baru beranak..owhhh mengingatkan sumer ni..mmg tak bleh jd...aku kena buat sesuatu biar kejadian2 dulu tak berulang..
so bila aku ngandung anak ketiga ni...seawal mengandung aku amek supplement shaklee...bila dah hampir nak bersalin,..aku mencari2..apa yg patut aku consume supaya cepat baik..apa jua saranan kawan2 yg aku rasa elok..aku amalkan..antara petua yg paling aku carik...cemana nak cepat baik luka jahitan episiotomy tuu...haa ni tips macam mana nak luka jahitan cepat baik..haa petua nya rendam luka jahitan tu ngan air garam..lps tu guna hair dryer dan keringkan tempat luka tu...buat laa tiap kali p buang air kecik...pastikan selalu tukar pad biar sentiasa kering..mmg cepat baik lukanya..10 hari je dah baik..tq pd officemate aku lynn yg bagi petua ni..ohhh satu lagi aku sapu tempat luka jahitan tu dengan jeli gamat healin nama dia lukano..mmg superb...punyelah susah nak dpt gel tu..sebab kata stokist..itu barang panas..lariss la tu maksud dia..carik2 punye carik kat beberapa stokis sumer abis..aku guna en google..rupanya ada jual kat klinik kat taman kosas..dekat je ngan umah.tu pon tinggal satu..
dari segi makanan pon sama..pendek kata..apa saja org kata elok aku sanggup buat..dan beli..melabur sikit tak pe...janji aku tak terseksa menanggung sakit waktu pantang..susah wehh..mana nak jaga anak lagi..mana badan kite tak sihat lagi..pendek citer..bersalin kalini..aku syukur sgt sbb badan terasa cergas..sihat dan bertenaga...
syukurlah pada Allah...kerana mengurniakan aku kesihatan yg baik waktu aku berpantang kali ni..apapun kite kena laa usaha...jgn kedekut utk invest $$ untuk makanan kesihatan...sebab health is wealth...suka ngan motto dr nordin darus ni..if you think wellness products are expensive..try illness..tp aku rasa shaklee ni tak la mahal sgt..sekali beli mcm mahal..tp kalo dibahagikan tiap2 bulan tu...tak byk..sebab satu set ni..boleh tahan 4 bulan..

bukan nak iklan..sebab aku bukan penjual supplement ni..sekadar nak berkongsi kebaikan...ni le yg aku dok telan hari2..terselit satu nutrilite amway calcium..sebab ari tu kehabisan ostometrix so aku kirim ngan jiran..apa pon sumer supplement ni..
satu pelaburan yg berbaloii-baloii..ibu dan baby dapat manfaat darinye..

aku amek full set shaklee untuk lepas berpantang.lps tengok testimoni ibu2 lain yg mengujakan...hasilnya ianya juga berkesan utk aku ..lps beranak..muka tak pucat...badan rasa kuat..luka jahitan cepat baik...haa ini lagi satu yg bestt dan penting susu pon byk.....lagi satu..haa ada lagi tu...tetiba je aku rasa kulit aku cantekk..haa cantekk laa pd aku..
.memandangkan dulu kulit aku selalu berjerawat..tp sejak preggy...sampai laa skrg..kulit muka aku sekali pon tak naik jerawat..heran..tp aku rasa sebab protein yg aku amek ni la...kulit baby pon tak sensitif..tak de ruam2...aku rasa sapa yg preggy atau akan melahirkan anak..elok laa amek supplement...brand mana2 pon boleh..tp dah tau supplement hat ni elok..wat apa susah2 nak cuba try n error supplement lain yg belum tentu baik....kans.... credits
“Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, bagaikan mahkota di atas kepala orang yang sihat hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit” .



Kelebihan dan kebaikan yang ada dalam set berpantang Shaklee:


Vita-lea
-Bersama iron formula dan sangat penting untuk tubuh selepas bersalin. Boleh elakkan muka kita pucat dan tidak bermaya.


B Complex
-elak kemurungan, anti-stress, stabilkan hormon. Biasanya dalam berpantang, emosi kita tak stabil dan B Complex membantu sebagai penenang, sekaligus pengeluaran susu akan lebih lancar. InsyaAllah.


Vita-C
-membantu memperbaiki tisu sel, mempercepatkan penyembuhan luka. Biasanya doc akan sarankan kita makan oren untuk cepatkan penyembuhan luka. Untuk pengetahuan semua, 1 biji Vita-C Shaklee bersamaan dengan 7 biji buah Oren!


Zinc
-membantu luka, teruamanya luka dalaman agar cepat sembuh. Xlah hari-hari kena makan ikan haruan je..betol x?




Bagaimana dengan anda? Mahu mencuba vitamin Shaklee?

Hubungi Wani :

SMS/Call di 019-6581210

PM di FB : Noor zawani Suhaimin


Emel : wanipc@gmail.com



Continue Reading

Monday, July 9, 2012

Kelebihan setiap vitamin dalam penyusuan

Assalamualaikum :)

Seperti yang dijanjikan, Wani ingin berkongsi apa yang terdapat dalam Set 3M Shaklee ni serta khasiat-khasiat yang diperolehi. InsyaAllah.



Apa yang terkandung dalam Set 3M ni?
1. Vita-lea
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Alfalfa Complex
5. Ostematrix
6. Energizing Soy Protein (ESP)

Vita-lea with Iron Formula (multivitamin)
- Mengandungi 12 vitamin, 7 galian dan zat besi
- Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Bagi bf mom, Vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu tumbesaran anak.
- Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
- Tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.
  

Vitamin C
- Sangat penting untuk menjaga salur darah
- Antioksidan
- Membantu meningkatkan antibodi ibu dan anak yang sedang menyusu. Sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari
- Bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah, insyaAllah akan mudah sembuh
- Membuatkan kulit makin bersih, cerah, dan cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


B Complex
- Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
- Anti stress (sebagai penenang)
- Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
- Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga
- Membantu ibu-ibu berfikiran positif (sentiasa mood baik). So, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar
- Melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam
- Walaubagaimanapun, pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.


Alfalfa
- Supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat
- Bantu memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat
- Bantu perkumuhan (lebih lawas)
- Buang angin dalam badan. Secara automatik kesan baik pd baby iaitu susah nak kena kembung
- Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang.
- Berada dalam kategori fiber dan mengenyangkan.


Ostematrix (Calcium Magnesium Vitamin D)
- Membantu mengurangkan Risiko Osteoporosis
- Membina tulang dan gigi yang kuat
- Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
- Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf - menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan
- OsteMatrix Membekalkan:
+ 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
+ 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
+ 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
*DV = daily value
- Recommended untuk ibu-ibu yang mengalami kurang susu sewaktu period 


Energizing Soy Protein (ESP)
- Merupakan protien
- Protein sangat penting untuk pembentukan sel
- Sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu
- Penting untuk kelenjar dan tumbesaran
- Mencantikkan kulit si ibu dan anak (Alhamdulillah. Patut la kulit Zafran lembut, licin dan gebu!)
- Membantu kawal paras kolesterol
- Turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah
- Memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang
- Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran?
 Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi. Worth your money
*ESP tiada dalam trial pek set B kerana ia dalam bentuk serbuk. Packaging in canister.
  

Set 3M sesuai untuk siapa?
Untuk breastfeeding moms yang:
1. Ada masalah penyusuan
2. Mahu mula menyimpan stok EBM
3. Mahukan anaknya mudah lena waktu malam
4. Menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.
Set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik.


Kita sebagai manusia hanya mampu untuk berikhtiar, selebihnya berserah sahaja pada yang Maha Kuasa.


Next, Wani akan kongsikan jadual pemakanan Set 3M.


Untuk pertanyaan atau berminat dengan Set 3M, boleh la call/SMS di 0196581210 atau boleh PM wani di facebook Noor Zawani Suhaimin

Continue Reading