Showing posts with label gout. Show all posts
Showing posts with label gout. Show all posts

Wednesday, September 2, 2020

Menderita Gout Selama 20 Tahun Akhirnya Bacaan Acid Uric Normal

 [AYAHKU PENDERITA GOUT 20 TAHUN]


"Kisah bermula ketika saya berumur 12 tahun. Ayah bawa saya ke Sunway Lagoon. Bukan main sukanya hati ni dapat berjimba-jimba di sana bersama kakak saya.


Sedang bersukaria, tiba-tiba ayah mengerang kesakitan. Katanya kakinya amat sakit. Nak bangun pun tak boleh.ibu mula resah.saya apatah lagi.macam-macam yang terlintas di kepala waktu itu.

“Kenapa ayah tiba-tiba jadi begini?”
“Adakah ayah lumpuh?”


Astaghfirullah! Susahnya hati saya masa itu. Terbantut nak bersukaria. Hari yang gembira bertukar menjadi duka. Ayah ditolak dengan “wheel chair” ke kereta. Dan ibu terus memandu kereta menuju ke klinik berhampiran. Ayah diberi Pill Killer.


Sehingga kini umur saya 30 tahun, Ayah masih makan pill killer setiap kali Gout menyerang. Dah jadi macam gula-gula. Gout kerap bertandang. Sekarang makin teruk. Bengkak-bengkak di tumit dan juga di tangan. Bukan bengkak biasa.Siap bernanah besar-besar pula tu. Naik seram saya tengok. Dalam hati, bilakah semua ini akan berakhir?


Saya simpati ayah jalan henjut-henjut. Saya sedih ayah solat tidak dapat duduk dengan betul ketika tahyat awal mahupun akhir. Saya menangis di belakang pintu lihat ayah terbaring mengerang sakit    di atas katil ketika mana dia tak kuat untuk berjalan.


Hanya doa yang mampu saya panjatkan. Doa yang tanpa usaha. Ustaz masa sekolah cakap, Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA. Tetapi itu sahaja yang saya mampu. Saya sedih.


Suatu hari, tergerak hati saya untuk berikan ayah OMEGA dan ALFAFA Shaklee. Saya ada terbaca yang Omega mampu mengurangkan radang sendi dan juga kesakitan. Manakala Alfafa mampu meneutralkan uric acid kepada alkali. Wahh menarik!! Teruja saya nak berikan kepada ayah saya.


Saya beri pada ayah dan tulis besar-besar pada botol. Tiba waktu makan, saya SMS ayah.


“Ayah dah makan OMEGA?”
“Dah makan ALFAFA?”


Begitulah bersungguhnya saya inginkan ayah sihat. Ayah saya patuh dan konsisten menelan 2 supplemen ini. Sambil saya tak henti-henti berdoa moga inilah usaha terbaik untuk ayah saya.


Suatu hari yang cerah, Ayah baru pulang dari checkup di hospital. Wajahnya girang dan berseri. Dihulurkan sehelai kertas kepada saya.


Klik untuk paparan lebih jelas


“Kertas apa ni?” Masyallah!! Terkejut saya lihat bacaan uric asid ayah saya berada di paras NORMAL!!! Ya Allah..bergenang air mata saya.


“Dah 20 tahun Ayah tak pernah pun dapat bacaan uric asid NORMAL.Doktor pun terkejut.Bagus ye Shaklee “ kata ayah.


Dah setahun ayah bersama Shaklee. Saya asyik intai je kakinya. Tiada lagi bengkak. Tiada jalan hinjut-hinjut. Tiada nanah besar-besar.


Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…

Hati anak mana yang tak gembira pabila ayah tersayang kembali ceria menjalankan kehidupan. Terima kasih Allah" - Puan Siera Haiyi


Alfalfa Complex
Omega Guard



Info & Order
017 2050 991
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim, Klebang Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Continue Reading

Tuesday, September 4, 2012

Supplement yang perlu kepada pesakit gout

Assalamualaikum wbt...

Sebelum ni wani ada share berkaitan penyakit gout di sini.

Hari ni Wani nak share pula berkaitan supplement yang perlu untuk pesakit gout. Supplement ini adalah dari SHAKLEE.

Kebanyakan pesakit gout akan mengambil pil tahan sakit bila kesakitan menyerang. Tapi tahukah anda? penggunaan ubat tahan sakit secara berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan terutama berkaitan dengan gastrousus dan masalah buah pinggang.

Jadi, marilah kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil supplement yang sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa SEMULA JADI.
Alfalfa - merupakan detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.


Performance Drink - memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid uric.


OmegaGuard - mengelakkan inflamation atau rasa kepanasan pada sendi-sendi pesakit.

TESTIMONIAL DARI PESAKIT GOUT. 

Testimonial pesakit gout ni dari mama Aula. Selain gout, mamanya ada masalah kesihatan lain juga iaitu darah tinggi, kencing manis, asma dan yang paling serius gout kerana ia menyakitkan.

Selepas lama dalam kesakitan, mama Aula telah mencuba Shaklee sebagai altenatif semulajadi berbanding drugs ubat penahan sakit dari klinik.




Selalunya gout ni kena pada sendi-sendi terutamanya kakilah. Jadi selalunya kaki diorang bengkak (swollen), merah and panas..


Condition gout mama mmg terukk.......Everytym tersalah makan or terlalu lame berdiri.. her kaki will bengkak merah and she cant even make a step sebab rase macam ade jarum cucuk2 kaki die... It is so painful that sometyms she just cant stand it and cry... 

So everytime die kena gout die baring je la kat atas katil and abah will give her pain killers to ease the pain and she get an injection from the clinic. And the Doctors said injection is not good for her body because of the side effects..( I tak sure about it nanti i post semula k!)..

Anak mane yang tak sedih kan?!!!! So looking at the positive effects on me after taking SHAKLEE suppliments.. So I try the pack suggested for GOUT by SHAKLEE;

My mum starts consuming it.. And the very next day NO JOKE... die cakap sengal2 dah kurang tapi sakit2 masih ada..

Alhamdulilah with GOD's will...AFTER 1 WEEK... she is getting better, kaki mmg still bengkak tapi she dah boleh jalan without complaining sakit.... sape2 yang pernah jumpa my mum dulu jalan hinjut2 and very2 slow..

AFTER 2 weeks... ramai la puji dia " Puan Saidah sekarang nampak sihat la muka pun tambah berseri". Apa lagi berbunga2 la hati my mum tuh!! 

Sedih jugak i dengar sebab selama nie saya tahu my mum sakit tapi tak buat ape2.. Sekarang saya bersyukur saya belikan SHAKLEE pack for her.. Dulu kalo she tengok TV, die takleh bersimpuh or seangkatan dengannye and the good news.. "SHE CAN BEND HER KNEES only after TWO WEEKS!!!" 


Sumer nie dengan KEBESARANYA dan usaha untuk try other alternatives SHAKLEE. It might be small to some but to her sangat bermakna means she can be more active to be with her cucu...
Tapi kalo korang nak tahu hah ade BONUS TAMBAHAN dalam mengambil suplemen di atas... Mulanya I tak perasan then selepas seminggu mama cakap tak cungap2 she can talk calmly and her BREATH dah tak berbau....

YEap dats right dulu mama ade masalah mulut berbau because of the medication she's taking due to her asthma... hah panjang la cerita die nie hehe:) PAsal mulut berbau nie nanti I post special entri k!!

SO Itula testimoni mama saya... selepas mengambil nya almost 2 bulan dah ALHAMDULILAH perubahan positif pada mama.

Sebab nilah Aula suka sangat SHAKLEE suplemen, it provides alternative for healing besides prescription drugs. Aula bersyukur sangat...
 
Jadi, inilah yang saya nak syorkan kepada pesakit gout, supplement semulajadi dari Shaklee selain dari menjaga diet harian.
 
1. Alfalfa - merupakan detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
2. Performance Drink - memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid uric.
3. Fiber Unfalvored -  mengandungi vitamin, mineral dan fiber yang berfungsi untuk menyerap lebihan gula dan lemak dari badan dan menyingkirkan melalui proses perkumuhan.
4. Omega-mengelakkan inflamation atau rasa kepanasan pada sendi-sendi pesakit. 

Contact me, your Shaklee independent Distributor,
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Continue Reading

Tuesday, August 14, 2012

UrIc AciD tiNgGi---->>G0uT

Salam =) 

Post dari my other blog Ujana Raudhah

just nak kongsi masalah uric acid yang tinggi dalam darah...

Time medical checkup aritu my hubby nyer uric acid tinggi...sbb tu laa dia asyik sakit2 sendi jer..dari bahan2 yang aku baca..baru aku tahu...kalo uric acid tinggi..boleh menyebabkan penyakit gout...hmm..xmo hubby sakit2 lagi..so aku mesti wat research ttg camner nak rendahkan uric acid ni..

Gout
merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

•Serangan akut (tiba-tiba).
•Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan
gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi
serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Ubat-ubatan atau pemakanan yang perlu diamalkan:

Habbatus Sauda
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
Makanan Beralkali
seperti spirulina, alga biru-hijau.
Jus tembikai.

Timun
mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik

Kenapa ada pengamal mengalami sakit di sendi dan asid urik yang lebih tinggi dalam
darah selepas pengambilan HabbatusSauda' ?
Sakit sendi adalah disebabkan oleh asid urik yang terkumpul di bahagian sendi. Selepas memakan Habbatus Sauda' sistem pertahanan badan akan meningkat, sel darah putih dalam badan akan cuba membuang asid urik dari sendi yang terkumpul dalam sendi dan mengakibatkan perasaan sakit. Asid urik dari sendi akan dihantar melalui darah ke ginjal untuk dikumuhkan, maka paras asid urik dalam darah akan meningkat buat sementara waktu.

Gout arthritis yang menyakitkan adalah disebabkan oleh pemendapan asid urik yang membentuk kristal di tisu-tisu sendi. Seseorang yang di katakan mengidap gout arthritis  ini adalah mereka yang biasanya mengalami bengkakan sendi, kemerah-merahan dan sedikit rasa panas. Diagnosis yang dilakukan adalah dengan mengenal pasti kristal asid urik (monosodium urate) dalam cairan sendi berkenaan. Kristal tersebut mungkin sudah berkumpul sejak  beberapa tahun dalam sendi berkenaan, yang menyebabkan  radang. Serangan gout  arthritis boleh menyebabkan kerosakan sendi yang menjadi punca arthritis yang kronik. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

PERINGATAN


1) Kalau sakit jangan urut atau letak minyak angin. Nanti, asid urik tu akan mengkristal dan boleh merosakkan sendi.

2) Time betul-betul sakit, jangan makan ubat. Sebab ada reaction yang boleh jadikan penyakit makin teruk.
3) Kena banyak minum air kosong. Tanda dah cukup air, air kencing jernih, bukan kekuningan, keorenan atau kecoklatan.
4) Kawal kolesterol
5) Kena jaga pemakanan.

ELAKKAN MAKAN

**Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
**Ikan bilis, kembung, sardin
**Daging cincang
**Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
**Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

KURANGKAN MAKAN

**Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
**Peanuts, lentil, kekacang dan peas
**Ayam daging
**Roti jagung dan bijirin 


Semoga artikel ini bermanfaat pada sesiapa yang mengidap gout :)
Continue Reading