Showing posts with label Skin Care Set. Show all posts
Showing posts with label Skin Care Set. Show all posts

Friday, October 30, 2015

Cara Mencerahkan Kulit

Oren mengandungi Vitamin C yang membantu kulit manjadi sihat.

Bagaimana cara nak mencerahkan kulit?

1. Mengelakkan diri dari terdedah pada cahaya matahari, memakan ubat, mengurangkan tekanan dan tidak bergantung kepada penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia.

2. Menggunakan produk semulajadi seperti yogurt, kapur, jus oren dan bedak kunyit.

3. Guna madu untuk menghaluskan kulit selain berfungsi sebagai ejen pelembap. Kulit kering menjadikan warna kulit tidak sekata dan kusam.

4. Oren mengandungi vitamin C yang membantu anda memiliki kulit yang sihat. Kunyit untuk antiradang dan tumbuhan lidah buaya (Vera) boleh memudarkan parut.

5. Makanan yang mengandungi enzim antioksida dan asid amino adalah untuk menghalus dan mencerahkan kulit.

Wanita Malaysia Obses Kulit Cerah! Betul ke idok ni?

Jika betul, jom amalkan Sr Vitamin C Shaklee! Nak impak lagi A++++ tambahlah ESP.

 
Sr Vitamin C mengandungi enzim antioksida. Manakala ESP kaya dengan asid amino penting yang diperlukan tubuh.

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210
Continue Reading

Sunday, September 13, 2015

Merawat Kulit Terbakar dan Melecur

Kejadian yang tidak diingini berlaku tanpa diduga. Semoga yang mengalami tabah dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya kita manusia diuji dalam pelbagai cara.

Bagaimana untuk merawat bagi mereka yang kulitnya terbakar atau melecur?

Anda boleh mencuba Vita-E, Bcomplex, VitaC dan Energizing Soy Protien (ESP) bagi membantu kesan pemulihan kulit dengan cepat. Apakah fungsi-fungsi vitamin-vitamin ini:



Vitamin E: Menghilangkan parut, memperbaiki kulit dengan pantas


Bcomplex: Melembapkan kulit, menghilang stress

 

Vitamin C: Mencantikkan kulit, menjadikan penyembuhan kulit samarata. Ia juga meningkatkan sistem immune.

 

ESP: Membantu memperbaiki sel-sel kulit yang telah rosak bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Berikut adalah testimoni pengguna yang telah berjaya menggunakan Set Kebakaran ini:


Alhamdulillah. :)

Info & Order:
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)
Continue Reading

Thursday, June 18, 2015

Mencegah dan merawat jerawat

Salam 1 Ramadhan. :)

Dah sahur? Pagi ni saya nak share tentang jerawat.

Jerawat adalah masalah kulit yang paling biasa kedengaran. Jerawat disebabkan oleh sebum yang dibuat oleh kelenjar sebaceous dalam pori-pori dikeluarkan secara berlebihan. Sebum yang berlebihan ini akan menutup pori2 dan menyebabkan munculnya bintik hitam atau blackhead. Apabila bakteria di bawah kulit membiak dan membebaskan enzim yang memecahkan sebum ini, maka terhasillah jerawat.


Jerawat biasanya berlaku kepada remaja, kerana pada masa ini tubuh menghasilkan testosteron dan hormon kedewasaan lain yang meningkatkan penghasilan sebum itu tadi.

Jerawat biasanya banyak terjadi di bahagian muka, belakang, dada dan bahu kerana di situ terdapat banyak kelenjar sebaceous.Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai yang menganggap jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya makan kacang, coklat boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya faktor2 di atas boleh memburukkan lagi keadaan, tetapi bukan punca jerawat.

Cara mencegah jerawat:
1. Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia
2. Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.
3. Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.
4. Dapatkan rehat secukupnya.

Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:
1. B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi
2. Vitamin C – menjaga kesihatan kulit
3. Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.

Supplement untuk merawat Jerawat:
1. Vitamin E – membantu mengurangkan parut
2. Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak
3. GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak

Semoga bermanfaat untuk anda! :)

Ingin mendapatkan vitamin Shaklee? Hubungi Saya, Wani di 019 658 1210
Continue Reading

Friday, July 20, 2012

Ohhh Jeragat. Bagaimana untuk menghilangkannya?

Assalamualaikum :)

Hari ni Wani nak kongsikan tentang masalah kesihatan kulit berjeragat dan bagaimana cara untuk mengatasinya. :)

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.

Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar.

Rawatan dalaman adalah penting untuk membekalkan nutrisi pada tubuh. Pembinaan sel-sel yang baru adalah penting!

Jadi, nutrisi apakah yang diperlukan untuk mengelak atau menghilangkan jeragat ini?

YA! Vitamin C dapat membantu membina kolegen yang penting untuk menguatkan sel-sel tisu dalam badan.

Selain itu, GLA juga perlu kerana ianya mengandungi Omega-6 yang bersifat anti-radang yang membantu masalah kulit, melembapkan kulit dan sangat sesuai untuk masalah jeragat, dermatitis, eczema, psoriasis serta bagi wanita yang ada masalah hormon (e.g : PMS, haid tak teratur, cyst dan fibroid).

Untuk menyelesaikan masalah kulit anda ini, Shaklee ada jalan penyelesaiannya! InsyaAllah. 

Nutrisi penting yang diperlukan adalah seperti berikut:

 

B Complex

- penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban,membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku.

Vitamin C

 - sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Vitamin E

- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

dan juga GLA :)

Berminat?

SMS/Call di 019-6581210


Emel : wanipc@gmail.com 
Continue Reading

Tuesday, July 17, 2012

Skin Care Set (Set Penjagaan Kulit)

Assalamualaikum :)

Semua orang inginkan kulit cantik bukan? Apa yang dimaksudkan kulit yang cantik? Bagi Wani, kulit yang cantik adalah kulit yang bersih, berseri dan cerah. Cerah di sini membawa maksud cerah kulit asal! yea, kulit asal! Ada juga orang berkulit putih tapi kurang bermaya & tak berseri (kusam).

Jadi, tahukah anda sebenarnya penjagaan kulit bukan sahaja perlu dibelai pada luaran sahaja malah dari dalam juga sangat perlu demi untuk mendapatkan seri pada wajah. Masalah kulit biasanya berkaitan dengan sel yang telah mati dan tidak digantikan dengan sel yang baru. Jadi jerawat, jeragat dan parut masih kekal di situ.

Oleh yang demikian, anda perlu tahu apakah vitamin-vitamin yang sesuai untuk merawat kulit anda supaya kelihatan licin dan berseri. InsyaAllah :)

Vitamin C
-membantu membina kolegen yang penting untuk menguatkan sel-sel tisu dalam badan
-antioksida yang baik
-membantu pulihkan sel akibat luka

 B Complex 
-berfungsi sebagai penenang  kepada sel dan hormone kita.
-Mengandungi  B2 iaitu Riboflavin yang dikenali sebagai beauty vitamin.
-Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.
-atasi kelesuan 

Vitamin E 
-untuk kulit, anti penuaan dan antioksidan
-anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel
-anti aging vitamin
-merawat dan mencerahkan parut
-membantu kemusnahan vitamin A dan C
-membantu penyerapan oksigen
 
 
Set penjagaan kulit asas

 Multivitamin @ vitalea 
-mengandungi kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh yang mana adakalanya kita mempunyai -kekangan untuk emndapatkan dalam menu seharian
-Vitamin untuk kolagen dan pelindung sel

 Alfalfa 
-sumber mikronutrion yang paling kaya, membuat system badan berjalan lancar

GLA 
-berfungsi menstabilkan hormone dalam badan

Zinc 
-salah satu ejen penting dalam keseimbangan hormone

ESP 
-untuk membantu pembinaan sel yang sihat kerana sel sendiri terbina dari protein.

Adakah anda perlu mengambil semua supplement tersebut? Tidak. Anda perlu mengenalpasti masalah kulit yang anda hadapi dan rujuk set seperti di bawah: 

Set 1 = (vit B complex, vit C vit E) 
-untuk masalah kulit berjerawat yang tidak serius
-untuk maintain kulit tetap licin dan berseri dan awet muda

Set 2 = (set 1 + zinc) 
-untuk kulit berjerawat batu dan bernanah serta meninggalkan parut yang sukar untuk hilangkan

Set 3 = (set 1 + alfalfa) 
-kulit berjerawat akibat resdung dan selain dari muka bahagian belakang badan juga dipenuhi jerawat
-sesuai buat mereka yang alah pada makanan laut

Set 4 = (set 1 + GLA) 
-untuk kulit yang berjeragat, serta sering terdedah pada cahaya matahari yang terik

Set 5 = (vitalea + ESP) 
-buat mereka yang tidak mempunyai masalah kulit Cuma ingin maintain kulit sihat dan berseri.

Namun kesemua set di atas digalakkan di ambil beserta ESP untuk menampakkan kesan yang lebih optimum jika digabungkan pengambilannya.

Next, Wani akan kongsikan testimonial pengguna set kecantikan Shaklee.

Anda berminat?

Boleh hubungi Wani dengan salah satu cara di bawah:

SMS/Call di 019-6581210

PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Emel : wanipc@gmail.com
Continue Reading