Sunday, June 14, 2015

Uri lekat dan siapa yang berisiko

Apa itu uri lekat?

"Uri lekat atau 'retained placenta' berlaku apabila selepas proses untuk mengeluarkan placenta(uri) secara 'control cord traction' (CCT) gagal dilakukan, dan samada tali pusat terputus semasa proses CCT atau placenta terkoyak dan sebahagian tertinggal di dalam rahim. Salah satu sebab keadaan uri lekat berlaku antaranya kerana rahim gagal mengecut dan kekurangan kalsium dalam badan.

Selalunya jika kita pernah mengalami uri lekat, doktor akan merekodkan ianya sebagai 'bad obstetrical hystory'dengan ink merah. Maknanya kemungkinan untuk kejadian ini untuk berulang itu ada. Dalam kes uri lekat, doktor terpaksa mengeluarkan uri dengan menggunakan tangan samada dibawah kesedaran pesakit ataupun tidak. Sesetengah hospital mereka akan berikan pesakit bius sebelum melakukan prosedur tersebut."

Siapa yang berisiko?
  • Wanita hamil yang mengalami masalah plasenta previa. Di mana uri atau plasenta berada di bawah bahagian rahim menyebabkan bukaan pangkal rahim tersekat
  • Mereka yang pernah menjalani pembedahan pada rahim seperti D&C
  • Pembedahan pembuangan fibroid
  • Pembedahan ceasarean pada kelahiran lepas

Plasenta Previa - masalah uri di bawah menutupi saluran peranakan
http://littlemamadiary.com/wp-content/uploads/2011/05/placenta-previa.jpg
 Sedikit perkongsian dari pembacaan. Semoga bermanfaat kepada anda.

#hamil #urilekat

0 comments:

Post a Comment