Saturday, September 19, 2015

Resepi Bubur Untuk Anak Dalam Proses Nak Sihat

Bahan-bahannya:
secawan beras
daging ikut suka banyak mana
bawang putih
bawang merah
halia
kayu manis & bunga lawang
telor masin
½ cawan pati santan
garam dan aji (kalau perlu)
minyak bijan


Cara:
cuci beras. kemudian jerang atas dapur. bubuhlah air banyak2.  kemudian daging dipotong kecik-kecik dan dimasukkan bersama beras tadi. campakkan sedikit kayu manis dan bunga lawang.masaklah sampai beras betul2 hancur. kalau tak cukup hancur, tambah air lagi sampai bubur jadi halus.


kemudian bila beras dah cantik hancur, masukkan sedikit santan. susah nak agak banyak mana. tapi kalo satu cawan beras tu yang dah jadi bubur nasi, masukkan setengah cawan santan pekat. masak lagi sampai mendidih. bubur ni tak usahlah buat pekat atau cair sangat. kalau rasa pekat sangat bubuh air lagi dan masak. begitu juga kalau cair, masaklah bagi dia pekat sikit.


apabila bubur sudah mendidih, pecahkan telor masin ke dalam bubur perlahan-lahan. satu cawan beras tu, bubuhlah dalam empat biji telor asin. masak dengan api pelahan kerana kuning telor masin lambat sikit masaknye. kacau perlahan2 takut telor kuning pecah. guna senduk dan angkat telor masin  utk pastikan ia sudah masak. rasalah. kalo perlu letak garam, letakklah sikit. ada suka bubuh kicap cair sewaktu makan. ada suka bubuh sikit msg masa masak. kemudian tutuplah api.


tumis halia yg telah diracik halus bersama bawang merah dan bawang putih dalam minyak yg sikit. garing jer, tuangkan keatas bubur dalam periuk. tumis darat orang kata. hidangkan dalam mangkuk, bubuh kuning telor masin satu dan taburkan daun sop, daun bawang ker atau bawang goreng. jgn lupa titiskan sikit minyak bijan. ini penting nak bagi aroma yang power.




Source : Credit

0 comments:

Post a Comment