Flight yang ditempah adalah pada awal pagi iaitu 9.00pg tetapi flight delay ke pukul 2.00 ptg. Kami ok lagi sebab pihak Air Asia memberi tahu awal. So, kami dapat bagitau travel agen yang kami akan sampai kira-kira pukul 2.00ptg waktu Indonesia. Apa yang mengejutkan lagi semasa nak check in, flight kami delay lagi sehingga ke pukul 8.00 malam. Nasib baiklah dapat tukar flight ke pukul 5ptg. Lama jugalah kami bertapa di KLIA 2. Hihi.
Alhamdulillah, setelah touch down di Airport KualaNamu kami telah ditunggu oleh Pak Herman. Mesra sangat orangnya. :)
Setelah itu, Pak Herman membawa kami ke Restoran Ayam Penyet Cindelaras.
Nasi ayam penyet ni sedap bangat. Tapi sambal dia memang pedas meletop. Hati-hati ya. :D
Setelah perut di isi, kami terus bertolak ke Danau Toba yang mengambil masa kira-kira 6 jam dari Medan. Terasa berbaloi perjalanan bila dapat melihat Danau Toba. :)
My mom sempat posing bersama botol Sr Vitamin C Shaklee. Hihi. Mama saya awet muda tau! :)
Seramai 10 orang yang menyertai trip ke Medan. Hehe.
Suasana dari cottage tempat kami menginap. Belakang rumah-rumah tu adalah Danau Toba. Suasana berjerebu ketika ini.
Di sana kami dapat mendengar kisah raja Batak yang bernama Sidabutar yang gagah perkasa bersama kekasihnya Si Anting Malela yang cantik rupawan.
Selesai di Pulau Samosir, kami dijamu makan di restoran area Parapat dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Medan. Dalam perjalanan, kami sempat singgah minum teh halia bersama pisang goreng. Pisangnya sangat fresh dan sedap.
Ngadap teh halia dan pisang goreng. Sedap bangat. :D
Jika di Indonesia halia dipanggil 'jahe'. Bukan jahil tau. Jahe! Hihi. Selesai minum teh jahe kami terus ke Berastagi. Di sana banyak menjual buah-buahan yang segar. Nak shopping baju dan cenderahati pon boleh di sana. Dari Berastagi kami terus bertolak ke Medan. Di Medan kami menginap di Hotel Antares untuk 2 malam.
Selama 2 malam di Medan, kami sempat ke Istana Maimoon, Medan Mall, Pasar Ikan dan tempat-tempat shopping yang lain.
Amik gambar berdua pulak. :)
Di Istana Maimoon, Medan.
Bergambar bersama big bear :)
Tempat makan terakhir sebelum bertolak pulang. Restoran Simpang Tiga, Medan.
Burung cenderawasih yang sudah diawet di Restoran Simpang Tiga Medan.
Perut pun dah kenyang, kami ke Medan Mall dan selepas itu bertolak terus ke Airport KualaNamu untuk pulang. Alhamdulillah pengalaman yang menyeronokkan buat kami sekeluarga. Terima kasih kepada Pak Herman kerana menjaga kami selama 4 hari 3 malam di sana. InsyaAllah jumpa lagi. :)
0 comments:
Post a Comment