GAZA, Rabu – Stesen televisyen Al-Aqsa telah menyiarkan sebuah filem ketenteraan bertajuk Serangan Hendap yang Membunuh (Death Ambushes) yang diterbitkannya dengan kerjasama Jabatan Media Briged Izzuddin Al-Qassam pada petang Isnin lalu.
Filem 55 minit itu adalah lakonan semula operasi-operasi ketenteraan yang telah dilaksanakan oleh satu kumpulan pejuang Al-Qassam melawan Zionis Israel dalam peperangan Al-‘Asful Ma’kul pada tahun 2014.
Kisah benar yang melibatkan 5 pejuang Al-Qassam itu menunjukkan kehebatan mereka berhadapan tentera darat Zionis di kawasan At-Tuffah yang terletak di timur Gaza.
Filem berbahasa Arab itu juga telah dimuatnaik ke laman youtube dan disertakan sari kata bahasa Inggeris.
Sejak dua hari dimuatnaik ke youtube, ia telah ditonton lebih 75,000 kali.
Melalui filem ini, para penonton berpeluang melihat keberanian pejuang Palestin mempertahankan tanah air di samping melihat kesusahan yang mereka hadapi bagi meneruskan perjuangan.
Dengan audio dan visual yang menarik, turut diselitkan nilai-nilai perjuangan, persaudaraan dan pergantungan harapan yang tinggi kepada Allah yang ditunjukkan oleh pejuang Al-Qassam.
Peperangan yang diberi nama Al-‘Asful Ma’kul (Dedaun hancur dimakan ulat) berlangsung selama lebih sebulan pada Julai dan Ogos 2014 dan berakhir dengan kegagalan Zionis Israel mengalahkan Al-Qassam.
Persetujuan mengadakan gencatan senjata dicapai antara kedua pihak dengan kelebihan kepada Hamas setelah hampir semua syarat yang diletakkan dipenuhi.
0 comments:
Post a Comment