Thursday, December 24, 2020

Promosi 6 hari dari Shaklee

 Assalamualaikum, selamat pagi semua. Hari ni nak share promosi yang di buat oleh Shaklee. Hanya 6 hari je guys!

Dengan pembelian set ni, anda akan dapat menikmati kupon Ediskaun dari RM40 - RM80.

Jom lihat apakah set yang ditawarkan.


CoQ-Trol Plus

ESP

Collagen

Vivix

ResV

Jika berminat, boleh la hubungi saya ya. Terima kasih.

Continue Reading

Sunday, December 13, 2020

Promosi Youth December 2020

 Promosi Youth December 2020

Ramai yang tercari-cari skin care yang selamat berkesan dan semulajadi?

Memperkenalkan Youth Skin Care yang hangat diperkatakan masa kini. Dengan sumber yang semula jadi. Beyond organic. Sesuai bagi mereka yang mementingkan kandungan terbaik untuk kulit. InsyaAllah.

Jom kita tengok apakah promosi bulan ni.


Luminous Gel Oil Cleanser + Restoring Eye Treatment


Luminous Gel Oil Cleanser + Moisture Lock Day Cream


Luminous Gel Oil Cleanser + Advance Renewal Night Cream


Luminous Gel Oil Cleanser + Age Defense Moisturizer-SPF50


Luminous Gel Oil Cleanser + Perfecting Skin Toner


Luminous Gel Oil Cleanser + Activating Serum


Luminous Gel Oil Cleanser + Radiance C+E

Berminat dengan promosi ni, jangan lupa wasap di sini --->> http://zawanisuhaimin.wasap.my

Continue Reading

Thursday, November 19, 2020

Kolestrol Turun Mendadak

 KOLESTROL TEGAR MAK DAH TURUN

Mak faezatul ada masalah kolestrol tinggi. Dah bertahun-tahun 'liat' & ketegaq tak mau nak turun.
Kalau tengok yang sebelah kiri atas , tu result bacaan kolestrol mak 6 tahun lepas (8.8 mmol). Tinggi! Tinggi sangat! 
 
3 tahun lepas tu (21/2/2014) mak pi check lagi. Gambar sebelah kanan atas, result bacaan kolestrol masih lagi tinggi! 7.6 mmol
 
Mak sedih. Pastu lama mak 'merajuk' tak mau pi farmasi check kolestrol lagi. 
 
Awal tahun ni, 12/1/2017 mak ajak faezatul pi farmasi lagi. Nak pi check kolestrol, mak kata, "lama tak check.."
 
Result yang sama, merobek jiwa mak.. Lagi tinggi bacaan kolestrol mak. 7.71 mmol.
 
Lepas tu mak tanya faezatul "Along, Shaklee nie ada dak untuk bagi turun kolestrol? "
 
Faezatul cadangkan OMEGA GUARD & PHYTOCOL ST (set kolestrol).
 
Mak cakap nak try omega dulu. Lepas sebulan, baru mak ambik Herblax untuk masalah sembelit & nak tukar produk jugak sebenarnya.
 
Tak mau dah guna jamu moden yang dah 25 tahun mak ambil tu.. Boleh tahan mahal jugak harganya.. 
 
Mak konsisten ambik omega & herblax selama hampir 5 bulan. 
 
Manfaat Omega Guard

 
Manfaat Herblax

 
Pagi tadi, 30/5/2017 sekali lagi pi check bacaan kolestrol mak. Tak expect apa2 pun sebenarnya. Redha jaa..
 
Tapi.......
 
Terkejut sungguh mak bila dapat tau result bacaan kolestrol dia dah turun! Dari dok angka 7-8 jaa..
 
Hari ni dalam sejarah, result kolestrol mak jadi 5.98 mmol !!
 
Separuh menjerit mak dalam farmasi tu sebab seronok sangat tadi. Dengar suara mak jaa dalam farmasi tu tadi.. Jenuh bagi hint, suruh mak slow down suara.. 😁😁
 
Mak siap tanya "mesin ni rosak ka dik? " dekat staf farmasi tuu.. Staf tu pulak jawab "eh dak eh.. tak rosak pun mak cik.." 😂😂😂
 
Seronok sungguh mak sampai dalam perjalanan balik tadi dok ulang2 yang tu ja..
 
"Kolestrol mak turun! Kolestrol mak dah turun.. Ya Allah.. Seronoknya.. "
 
Alhamdulillah.. Akhirnya..Turun jugak kolestrol mak. 😊
Continue Reading

Tuesday, November 17, 2020

Kehidupan Yang Lebih Baik

 

Bagaimana yang dikatakan kehidupan yang baik?

Kajian daripada KWSP menyatakan kehidupan yang baik adalah bila:
 
1. Mempunyai duit yang cukup untuk perbelanjaan keperluan asas
 
2. Ada masa bersama keluarga, kawan-kawan.
 
3. Terlibat dalam aktiviti kominiti
 
4. Hidup bermakna dan memberi manfaat pada orang lain.
 

 
Tahap hidup dulu dan sekarang jauh dah berubah. Dulu roti canai 80 sen sekeping, sekarang dah RM1.20 sekeping. Dulu mak kita bagi duit sekolah RM1 sekarang kita bagi anak duit sekolah RM3.
 
Jadi nak tak nak, kita kena berusaha untuk tingkatkan atau tambah pendapatan. Ni perkara yang paling susah semua orang nak buat. Tapi tak mustahil.
 
Cara terbaik untuk tambah oendapatan adalah dengan memulakan perniagaan anda sendiri atau orang jawa kata ‘start your own bisnes’.
 
 
Macam Kak Ngah, Kak Ngah suka berkongsi tentang produk kesihatan.
 
Kenapa?
 
Sebab kehidupan yang baik adalah dengan mempunyai kesihatan yang baik.💕
 
Apa pun perniagaan yang kita buat, niatlah kerana Allah. InsyaAllah keuntungan yang kita dapat tu lebih berkat dan semoga Allah jadikan kita peniaga yang bertaqwa.💕
Continue Reading

Monday, November 16, 2020

Kau Lebih Baik Dari Aku

 

Kau lebih baik dari aku!

Pernah tak kita bergaduh? Berselisih faham antara satu sama lain? Berselisih pendapat?
 
Nak kongsikan 1 kisah ringkas para sahabat iaitu Abdul Rahman bin Auf dan Talhah.
 
Ketika ke dua sahabat ini berselisih pendapat, hubungan mereka agak renggang dan suatu ketika, ketika Talhah jatuh sakit, Abdul Rahman pergi ziarah Talhah dan ketika itu Talhah berkata, “ Wahai Abdul Rahman, engkau lebih baik dari ku.”
 
Kenapa Talhah berkata sedemikian?
 
Kerana ketika Abdul Rahman sakit, Talhah tak gi ziarah pun. Dan sebab itulah dia merasakan Abdul Rahman jauh lebih baik darinya.
 
Perlu berjiwa besar, perlu berlapang dada. 
 
Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dipermudahkan rezekinya dan ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah dia menyambungkan tali silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Our Children : Zafran Zara Muna Zeydan

 
Continue Reading

Sunday, November 15, 2020

Cabaran Virtual Run Bersama Geng Lari Shaklee

 


Dulu, nak bersenam keluar peluh punyalah becinta. Alhamdulillah sejak join vitual run jadi rajin bersenam dan rasa berbaloi. Pagi-pagi Kak Ngah akan buat fast walk depan tv dalam rumah je bersama anak-anak. Nak menggayakan gaya hidup sihat ni tak susah pun, yang penting niat kita. Moh ler kita jaga kesihatan kita ni sementara masih sihat.
 
Hari ni sebenarnya nak buat task sempena #15kmdone jadi Kak Ngah kena pilih 1 supplemen yang Kak Ngah paling suka. Of course la Kak Ngah akan pilih OMEGA GUARD!
Kenapa Omega Guard?
 
10 Manfaat Omega Guard

 
 
📍Salah satunya Omega Guard Shaklee diiktiraf oleh friend of sea. Ini menandakan, minyak ikannya adalah tang berkualiti tinggi.
 

 
📍Omega guard semestinya lengkap dengan EPA dan DHA yang mana ianya sangat penting untuk fungsi kognitif otak. Boleh beri pada anak-anak kita untuk bantu mereka fokus dalam pelajaran.
 
📍Ianya juga anti-radang. Juga boleh mencegah ekzema. Anak Kak Ngah yang no 4 suka ambil Omega. Alhamdulillah sangat membantu dalam masalah ekzema.
 
📍Yang nak kurus, boleh ambil Omega Guard. Bantu tingkatkan metabolisme, membekalkan lemak baik untuk bakar lemak jahat yang tidak perlu.
 
📍Of course Omega ni penting untuk support kesihatan jantung, otak dan sendi kita.
 
Fuh! Sangat banyak manfaat Omega Guard ni. Sebab tu la Kak Ngah sayang sangat kat dia. Bukan sayang nak makan, tapi sayang kalo tak makan 😂. 1 kelurga boleh makan tau. Dari yang umur 1 tahun hingga berusia. Penting untuk kita jaga lifestyle yang lebih sihat untuk hidup lebih bermakna di kemudian hari. InsyaAllah. Pada Allah kita bermohon dan berserah. 💕
Continue Reading

Wednesday, September 2, 2020

Menderita Gout Selama 20 Tahun Akhirnya Bacaan Acid Uric Normal

 [AYAHKU PENDERITA GOUT 20 TAHUN]


"Kisah bermula ketika saya berumur 12 tahun. Ayah bawa saya ke Sunway Lagoon. Bukan main sukanya hati ni dapat berjimba-jimba di sana bersama kakak saya.


Sedang bersukaria, tiba-tiba ayah mengerang kesakitan. Katanya kakinya amat sakit. Nak bangun pun tak boleh.ibu mula resah.saya apatah lagi.macam-macam yang terlintas di kepala waktu itu.

“Kenapa ayah tiba-tiba jadi begini?”
“Adakah ayah lumpuh?”


Astaghfirullah! Susahnya hati saya masa itu. Terbantut nak bersukaria. Hari yang gembira bertukar menjadi duka. Ayah ditolak dengan “wheel chair” ke kereta. Dan ibu terus memandu kereta menuju ke klinik berhampiran. Ayah diberi Pill Killer.


Sehingga kini umur saya 30 tahun, Ayah masih makan pill killer setiap kali Gout menyerang. Dah jadi macam gula-gula. Gout kerap bertandang. Sekarang makin teruk. Bengkak-bengkak di tumit dan juga di tangan. Bukan bengkak biasa.Siap bernanah besar-besar pula tu. Naik seram saya tengok. Dalam hati, bilakah semua ini akan berakhir?


Saya simpati ayah jalan henjut-henjut. Saya sedih ayah solat tidak dapat duduk dengan betul ketika tahyat awal mahupun akhir. Saya menangis di belakang pintu lihat ayah terbaring mengerang sakit    di atas katil ketika mana dia tak kuat untuk berjalan.


Hanya doa yang mampu saya panjatkan. Doa yang tanpa usaha. Ustaz masa sekolah cakap, Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA. Tetapi itu sahaja yang saya mampu. Saya sedih.


Suatu hari, tergerak hati saya untuk berikan ayah OMEGA dan ALFAFA Shaklee. Saya ada terbaca yang Omega mampu mengurangkan radang sendi dan juga kesakitan. Manakala Alfafa mampu meneutralkan uric acid kepada alkali. Wahh menarik!! Teruja saya nak berikan kepada ayah saya.


Saya beri pada ayah dan tulis besar-besar pada botol. Tiba waktu makan, saya SMS ayah.


“Ayah dah makan OMEGA?”
“Dah makan ALFAFA?”


Begitulah bersungguhnya saya inginkan ayah sihat. Ayah saya patuh dan konsisten menelan 2 supplemen ini. Sambil saya tak henti-henti berdoa moga inilah usaha terbaik untuk ayah saya.


Suatu hari yang cerah, Ayah baru pulang dari checkup di hospital. Wajahnya girang dan berseri. Dihulurkan sehelai kertas kepada saya.


Klik untuk paparan lebih jelas


“Kertas apa ni?” Masyallah!! Terkejut saya lihat bacaan uric asid ayah saya berada di paras NORMAL!!! Ya Allah..bergenang air mata saya.


“Dah 20 tahun Ayah tak pernah pun dapat bacaan uric asid NORMAL.Doktor pun terkejut.Bagus ye Shaklee “ kata ayah.


Dah setahun ayah bersama Shaklee. Saya asyik intai je kakinya. Tiada lagi bengkak. Tiada jalan hinjut-hinjut. Tiada nanah besar-besar.


Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…

Hati anak mana yang tak gembira pabila ayah tersayang kembali ceria menjalankan kehidupan. Terima kasih Allah" - Puan Siera Haiyi


Alfalfa Complex
Omega Guard



Info & Order
017 2050 991
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim, Klebang Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Continue Reading

Sunday, June 7, 2020

Cara Nak Letak Icon Wasap Pada Blog

Assalamualaikum wbt

Kak Ngah nak share dengan korang macam mana cara nak letak icon wasap pada blog bagi memudahkan sesiapa yang berhajat untuk wasap korang. Biasanya orang bisnes yang ramai letak icon wasap dalam blog dorang sebab nak memudahkan customer.



ok, mula-mula korang:

1. Layout > Add Gadget > HTML
2. Copy code bawah ni dan pastekan ke dalam HTML tadi

<center><a href="https://api.whatsapp.com/send?phone=NO PHONE &text=AYAT KORANG"><img border="0" data-original-height="147" data-original-width="800" height="36" src=" https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5_o12EPxooqF8tEkC7vS2O2eQnYHbWJlYgcjjZb67FS5Ko69F-YTnuapQqo6xp4xpkYyLBO-088NSpl6uEwXf9QDQ7TMFtreToSasH-kjPHGxJK6200z6lRZn_pTgcZT-jtV7GZIZ3l8E/s1600/chat-via-WA-idpemula.png " width="200" /></a></center>


3. Pastikan tukar NO PHONE korang tu mesti ditambah kan dengan 6 . Contoh : 60172050991

4. AYAT KORANG ni pulak, ikut suka korang lah. Contoh : Hai Kak Ngah! Saya Nak Order Shaklee

5. Save !

tadaaa! dah siap :)

Credit : blog zati salim


Continue Reading

Friday, June 5, 2020

Omega Penting Untuk Ibu Hamil Dan Menyusu

Kenapa Omega penting untuk ibu hamil dan menyusu?

Kak Ngah nak kongsikan 9 sebab yang perlu anda tahu tentang pentingnya Omega-3 untuk ibu hamil dan menyusu ni.

1. Memberi kesan positif terhadap perkembangan mata dan otak bayi.

2. Ibu hamil kehilangan Omega-3 dari tubuh kerana bayi di dalam kandungan menggunakan Omega-3 untuk perkembangan sistem sarafnya.

3. Semakin banyak kehamilan, semakin banyak ibu akan berkurangan Omega-3.

4. Dapat mengurangkan risiko alahan pada bayi jika diambil ketika hamil.

5. Mengelakkan kelahiran pramatang.

6. Mengurangkan risiko preeklampsia.

7. Meningkatkan berat bayi ketika lahir.

8. Kekurangan Omega-3 ketika hamil meningkatkan risiko meroyan selepas bersalin.

9. Perlu selepas bayi lahir untuk menghasilkan susu ibu.


10 Manfaat Omega Guard
Omega tingkankan sistem imun anak
Info & Order
017 2050 991
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Continue Reading